Karim Benzema Menang Ballon D’Or, Mbappe Cuma Keenam

Penyerang Real Madrid dan pasukan kebangsaan Perancis, Karim Benzema, seperti yang sudah diramalkan, telah dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2022 atau pemain bola sepak lelaki terbaik menurut France Football.

Pengesahan karim Benzema sebagai pemenang Ballon d’Or 2022 diumumkan pada acara Gala Ballon d’Or 2022 yang diadakan di Theatre du Chatelet, Paris.

Ini adalah gelaran Ballon d’Or pertama untuk Benzema dalam kerjaya profesionalnya sebagai pemain bola sepak.

Benzema mendahului senarai 30 pencalonan. Trofi Bola Emas disampaikan oleh bekas pemenang Ballon d’Or dan bekas jurulatih Benzema di Real Madrid, Zinedine Zidane.

Zidane tidak putus putus senyumannya ketika menyampaikan anugerah kepada bekas anak didiknya di Real Madrid serta pemain senegara dengannya itu.

Penyerang yang kini berusia 34 tahun itu berjaya menewaskan tiga pesaing terdekatnya, Robert Lewandowski, Sadio Mane, dan Kevin De Bruyne.

Kemenangan gelaran sulung Ballon d’Or 2022 oleh Karim Benzema telah diramalkan sejak awal.

Kerana, Benzema tampil sangat mengagumkan bersama Real Madrid pada musim 2021-22.

Penyerang tersebut telah menjaringkan 44 gol, menjadi penjaring terbanyak La Liga Sepanyol (27 gol), penjaring terbanyak Liga Juara-Juara (15 gol).

Mesin pencetak gol Real Madrid, Karim Benzema juga membantu Real Madrid memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan trofi La Liga Sepanyol.

Selain memenangi Ballon d’Or pertamanya, Benzema juga disenaraikan sebagai pemenang Ballon d’Or tertua selepas Stanley Matthews pada 1956.

“Usia hanyalah angka bagi saya,” kata Benzema selepas menerima trofi Ballon d’Or.

“Orang ramai bermain di tahun-tahun terakhir mereka sekarang dan saya masih mempunyai keinginan yang membara ini.”

“Motivasi inilah yang membuatkan saya terus maju dan tidak pernah mengecewakan saya. Ia memastikan impian ini hidup dan menjadi api di belakang saya.”

“Saya hanya mahu menjadikan segala-galanya sebagai ‘yang paling [no.1]’.”

Kylian Mbappe yang pernah menganggap dirinya sebagai calon kuat untuk memenangi Ballon d’Or dan menganggap Benzema adalah pencabarnya, cuma di kedudukan keenam.

Tiga teratas dilengkapkan oleh Sadio Mane dan Kevin De Bruyne.

Berikut adalah keputusan penuh Ballon d’Or: 

=25. Darwin Nunez (Liverpool and Uruguay)

=25. Christopher Nkunku (RB Leipzig and France)

=25. Joao Cancelo (Manchester City and Portugal)

=25. Antonio Rudiger (Real Madrid and Germany)

=25. Mike Maignan (AC Milan and France)

=25. Joshua Kimmich (Bayern Munich and Germany)

=22. Bernardo Silva (Manchester City and Portugal)

=22. Phil Foden (Manchester City and England)

=22. Trent Alexander-Arnold (Liverpool and England)

21. Harry Kane (Tottenham and England)

20. Cristiano Ronaldo (Manchester United and Portugal)

=17. Luis Diaz (Liverpool and Colombia)

=17. Casemiro (Manchester United and Brazil)

16. Virgil van Dijk (Liverpool and Netherlands)

=14. Rafael Leao (AC Milan and Portugal)

=14. Fabinho (Liverpool and Brazil)

13. Sebastien Haller (Borussia Dortmund and Ivory Coast)

12. Riyad Mahrez (Manchester City and Algeria)

11. Son Heung-min (Tottenham and South Korea)

10. Erling Haaland (Manchester City and Norway)

9. Luka Modric (Real Madrid and Croatia)

8. Vinicius Junior (Real Madrid and Brazil)

7. Thibaut Courtis (Real Madrid and Belgium)

6. Kylian Mbappe (PSG and France)

5. Mohamed Salah (Liverpool and Egypt)

4. Robert Lewandowski (Barcelona and Poland)

3. Kevin De Bruyne (Manchester City and Belgium)

2. Sadio Mane (Bayern Munich and Senegal)

1. Karim Benzema (Real Madrid and France)

Baca yang lain