Kecewa Larangan Logo Pelangi, FA Denmark Ajak Kesemua Negara Eropah Keluar Dari FIFA

FA Denmark bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan persatuan bola sepak negara di bawah naungan UEFA yang lain mengenai kemungkinan meninggalkan FIFA, berikutan keputusan badan induk itu di Qatar semasa Piala Dunia.

Menjelang Piala Dunia, tujuh negara menulis surat kepada FIFA untuk menjelaskan hasrat mereka supaya kapten mereka memakai lilitan lengan yang bertulis ‘One Love,’ sebagai menyokong hak L G B T Q I A +, semasa kejohanan itu.

Badan induk itu tidak merestui permintaan itu, Harry Kane pada mulanya bersedia untuk memakainya tidak kira apa yang dikatakan oleh FIFA. Namun berubah pendirian kerana takut terkena kad kuning.

England memutuskan untuk tidak mengambil risiko, sehingga mendapat kritikan ramai, termasuk Roy Keane, dengan pundit yang Alex Scott memakai lilitan pelangi itu di tepi padang.

Ahli politik Jerman Nancy Faeser turut memakai lilitan itu, semasa Jerman tewas mengejut kepada Jepun, sambil duduk di sebelah presiden FIFA Gianni Infantino.

Kecewa dengan sikap FIFA yang melarang penggunaan lilitan pelangi, Pengerusi FA Denmark (DBU) Jesper Moller telah mendedahkan dia bersedia untuk berbincang dengan 55 negara anggota UEFA yang lain mengenai kemungkinan untuk keluar daripada FIFA.

“Ia bukan keputusan yang telah dibuat sekarang. Kami telah jelas mengenai perkara ini untuk masa yang lama. Kami telah membincangkannya di Nordic sejak Ogos,” kata Moller.

“Saya telah memikirkannya sekali lagi. Saya membayangkan bahawa mungkin ada kesulitan jika Denmark pergi sendiri. Tetapi mari kita lihat jika kita tidak boleh berdialog mengenai sesuatu perkara.”

“Saya perlu memikirkan persoalan bagaimana untuk memulihkan keyakinan terhadap FIFA. Kita mesti menilai apa yang telah berlaku, dan kemudian kita mesti mencipta strategi – juga dengan rakan sekerja Nordic kita.”

Infantino bersedia untuk bertanding untuk sepenggal lagi bagi jawatan sebagai presiden FIFA dan Moller mendedahkan Denmark tidak menyokong Infantino yang sebelum ini mengambil alih daripada Sepp Blatter.

“Terdapat pilihan raya presiden dalam FIFA. Terdapat 211 negara dalam FIFA dan saya difahamkan bahawa presiden sekarang memiliki sokongan daripada 207 negara.

“Denmark bukan antara negara tersebut. Dan kita juga tidak akan mengubah pendirian.”

Jerman adalah salah satu pasukan lain yang marah kerana FIFA memutuskan bahawa akan dikenakan hukuman jika memakai lilitan pelangi tersebut.

Pemenang Piala Dunia 2014 itu telah mengancam tindakan undang-undang terhadap organisasi itu, mempersoalkan sama ada tindakan FIFA yang menurut mereka adalah tidak sepatutnya.

DFB Jerman turut menanggap FIFA telah cuba menutup suara mereka.

Dalam kenyataannya, DFB berkata: “Kami mahu memakai lilitan kapten pelangi yang menunjukkan nilai yang kami pertahankan dan pegang di dalam pasukan kebangsaan Jerman: diversiti, dan saling hormat menghormati.”

“Bersama sama dengan negara lain, kami mahu suara kami didengar.”

“Ini tiada kaitan dengan kenyataan berbaur politik, tidak ada tolak ansur dalam hak asasi kemanusiaan. Itu tidak sepatutnya dipersoalkan. Sebab itulah mesej ini sangat penting untuk kami.”

“Menghalang kami memakai lilitan kapten [OneLove] bermaksud menafikan suara kami. Kami kekal dengan pendirian kami.”

https://twitter.com/DFB_Team_EN/status/159540579295756288

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan