Kedai ‘Sukan’ Ini Melabur Peralatan Sanitasi Canggih Demi Keselamatan ‘Atletnya’

Di seluruh dunia, banyak negara secara beransur-ansur telah menamatkan lockdown daripada  virus coronavirus. Dan banyak premis perniagaan, pejabat dan pejabat telah mula mencatat nama, nombor telefon, dan suhu anda sebelum anda dibenarkan masuk.

Selain itu, ada juga yang meminta anda membersihkan tangan atau memakai sarung tangan serta face mask sebagai langkah pencegahan tambahan.

Pada 17 Jun 2020, kerajaan Malaysia membenarkan kedai ‘sukan’ nombor ekor beroperasi sekali lagi. Dan mereka diminta untuk  mematuhi prosedur operasi standard (SOP) baru – sama seperti kedai kedai yang lain.

Antara langkah dan protokol yang diambil termasuk menghadkan jumlah orang di kedai pada satu masa, menulis butiran, membersihkan tangan, memakai topeng, dan mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Walaubagaimanapun, sebuah kedai loteri di Malaysia ini telah melabur dalam teknologi yang canggih. Ini dengan memasang mesin pembasmian kuman di premisnya, yang lengkap dengan dispenser pembersih automatik.

Sebelum pelanggan melangkah masuk untuk ‘bersukan’ di kedai ini, mereka harus membersihkan tangan mereka.

Setelah melangkah masuk ke bahagian ke mesin, mereka diminta untuk memusingkan badan mereka perlahan ketika mesin membasmi kuman.

Sports Toto sebenarnya tidak mewajibkan outletnya untuk memasang mesin ini.

Namun nampaknya pemilik kedai ini memutuskan untuk mengambil tindakan pencegahan atas inisiatif sendiri.

Ada netizen menyatakan bahawa, kedai ini benar benar telah menjadi menjadi tempat pelaburan yang tinggi. Mereka juga kagum dengan pemilik premis yang selama ini mengaut keuntungan yang banyak, dan apabila tiba masanya untuk melabur kepada pelanggan, mereka melakukannya.

Tetapi kedai kedai ini bukan satu-satunya yang menggunakan mesin canggih manggih ini. Malah sebuah kedai durian di Klang juga mempunyai peralatan yang serupa.

Ia jelas sekali sangat memudahkan pelanggan yang masuk ke dalamnya. Di mana pelanggan yang masuk hanya perlu menekan satu butang dengan kaki dan penyembur pembasmi kuman akan mengeluarkan pembasmi.

Tetapi ingat kepada yang beragama Islam, judi itu haram. Jangan la try bersukan sekali di sana.

 

Baca yang lain