Kedutaan China Kecam Media Barat Guna Gambar Hodoh Untuk Atlet Wanitanya Yang Menang Emas

Seorang duta dari negara China yang agak koyak, marah dengan gambar yang digunakan media barat ketika mengumumkan pemenang pingat emas acara angkat berat wanita,

Menurut kedutaan tersebut, media barat sengaja memuat naik gambar yang hodoh untuk atlet mereka yang memenangi pingat emas.

Hou Zhihui memenangi emas pertama acara angkat berat wanita di Tokyo 2020.

Duta China ke Sri Langka membidas agensi berita Reuters di Twitter. Di mana duta tersebut dengan mengejutkan ramai mengeluarkan teori bahawa media barat tersebut tidak berlaku adil kepada atlet China.

Kenyataan itu dengan pantas menerima sokongan daripada media berpangkalan di China, Global Times yang menganggap Reuters biadap.

Foto kontroversi itu memaparkan wajah pengangkat berat berusia 24 tahun itu sedang mengerutkan wajahnya ketika mengangkat barbell 49kg.

Dalam kenyataannya, duta China tersebut berkata: “Dalam banyak banyak gambar, Reuters memilih gambar ini, di mana ia memaparkan betapa hodohnya perangai mereka.”

“Jangan babitkan ideologi politik lebih dari sukan, dengan menggelar diri kamu kononnya kamu media netural. Memalukan, Hormatilah semangat olimpik.”

Global Times China menganggap tindakan Reuters itu adalah satu propaganda kebencian ke atas Parti Komunis China. Dan menulis: “Tolong hormati semangat olimpik Reuters!”

Kemudian beberapa media China lagi tampil menyokong kritikan itu.

Namun netizen menyatakan bahawa media media tersebut mungkin terlalu sensitif. Dia berkata: “Saya tak nampak pun ni gambar hodoh. Tapi saya nampak wajah seorang yang penuh keyakinan, dan kejayaan melawan kesakitan.”

Seorang lagi berkata: “Mungkin hodoh di mata kau je kot. Yang saya nampak gambar ini adalah detik atlet sedang meraih emas.”

Yang ketiga berkata: “Saya rasa gambar ini diambil dengan sebaiknya. Di mana dalam hidup ini tak ada kejayaan yang dapat diraih dengan mudah.”

Yang lain berkata: “Agak sedih apabila kedutaan anggap gambar ini hodoh. Lainlah kalau ini pertandingan ratu cantik.”

Tida puas hati dengan komen netizen yang mempertahankan gambar tersebut, kedutaan tersebut memuat naik perbandingan pemilihan gambar oleh Reuters.

Ini selepas netizen mulai menuduh kedutaan china tersebut yang menganggap gambar itu hodoh.

“Hari yang sama, olimpik yang sama, Reuters yang sama, wajah berbeza. Mungkin ini kerana semua perkara elok dalam hidup ni terlalu mudah untuk orang putih di barat?”

“Kami anggap sikap pilih kasih MSM ini hodoh. Bukannya gambar atlet tu, mereka cantik.”

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang