Keeper Shaolin Soccer Akhirnya Muncul Selepas Lama Menghilang, Namanya Dipadam Dari Internet China

Aktres China yang juga merupakan billionaire, Zhao Wei sebelum ini tiba tiba dilaporkan hilang. Ianya berlaku selepas beberapa peminat mendakwa namanya diharamkan / censored oleh kerajaan China di semua platform.

Zhao Wei berlakon dalam banyak drama dan filem. Dan antara yang paling popular pastinya ketika membintangi Shaolin Soccer. Di mana dia turut menjadi penjaga gol yang membantu pasukan Shaolin Soccer menang dalam perlawanan final. Masuk sebagai penjaga gol gantian.

Kerajaan China dikatakan tidak puas hati dengan Zhao Wei. Oleh sebab itu namanya diharamkan dari televisyen. Dia tidak muncul dalam kesemua program dia terlibat, termasuk dalam siri bual bicara di televisyen.

Nama Zhao Wei turut dibuang dari carian Weibo dan media sosial di China.

Zhao Wei masih aktif dalam siri bual bicara dan juga muncul dalam drama bersiri. Kesemuanya dihentikan tayangan buat seketika.

Sebelum ini pengarah dari China, Zhang Zhenan berdepan dengan pengharaman yang sama selepas melawat tempat di Jepun iaitu Yasukuni Shrine.

Zhao Wei merupakan billionaire yang turut terlibat dalam dunia fesyen mewah. Beliau menjadi duta jenama terkemuka Itali di China iaitu Fendi sejak 2020.

Kerajaan China sudah lama bermasalah dengan Zhao Wei kerana aktres itu seringkali terlalu terbuka tentang pandangan politiknya serta dianggap tidak menjaga sensitiviti politik China.

Ramai netizen mulai risau dengan keselamatan aktres itu sebaik sahaja dia dikatakan hilang tiba tiba di hadapan media dan juga di khalayak.

Mereka mulai melancarkan kempen di media sosial mahu kerajaan menjawab sama ada ianya angkara mereka?

Jurucakap kepada Zhao Wei dikatakan memberitahu Jimu News bahawa mereka tidak jelas sama sekali tentang sebab kenapa Zhao Wei diharamkan dan semua berkaitan dengannya dipadamkan dari internet.

Nama Zhao Wei trending di Weibo. Dan akhirnya semalam, media melaporkan bahawa aktres itu akhirnya dilihat berada di Wuhu. Sekaligus menafikan rumors bahawa aktres itu melarikan diri ke Perancis.

Pada 2001, Zhao Wei pernah dikenakan tekanan politik kerana memakai baju dengan logo tentera Jepun.  Namun aktres itu tidak pernah gentar dengan kerajaan China dan beberapa kali menyuarakan pandangannya tentang apa sahaja.

Zhao Wei merupakan antara pelakon yang dianggap cantik dan bijak / brain and beauty kerana menjadi billionaire hasil daripada kebijaksanaannya dalam menguruskan wang dan melabur.

Dia membeli Chateau Monlot di Saint-Emilion terletak di Perancis. Kemudian tersenarai dalam billionaire muda China pada 2016.

Aset Zhao Wei kini bernilai sekitar US$1 billion. Dia juga menjadi antara selebriti terawal melabur dalam Alibaba ketika perusahaan itu baru bertapak.

 

Baca yang lain