Maka Lengkaplah Kisah Kebangkitan Semula Leeds Selepas Kejatuhan Kerana Mismanagement

Selepas Graham menyertai Tottenham, Martin O’Neill telah dilantik sebagai pengurus. Tetapi O Neil tidak bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan Leeds dengan keggalan Leeds untuk menyediakan dana yang dipinta oleh O’Neill.

Leeds agak panik untuk mencari Manager baru dan melantik bekas pemain mereka yang bersara pada 1996 sebagai pengurus muda. O Leary tak berbelanja besar dengan mengekalkan bakat muda yang dibentuk oleh Graham Taylor seperti Nigel Martyn, Paul Robinson, Harry Kewell, Ian Harte dan ramai lagi.

Namun yang menarik pada musim pertama O Leary mengejutkan semua orang. Mereka bermula dengan seri dengan Aston Villa namun mengejutkan pasukan kuat Blackburn pada perlawanan kedua.

Pada November 1998 mereka mengejutkan Liverpool dengan kemenangan 1-3 di Anfield dengan 2 gol Hasselbaink dan Alan Smith.

Pasukan O Leary terus cemerlang dan pada perlawanan di Highbury sebelum ke perlawanan terakhir mereka menewaskan Arsenal di kubu kuat mereka. Hasselbaink sekali lagi cemerlang.

Leeds menamatkan liga di tangga ke 4 dengan Hasselbaink meledak 18 gol dan Lee Bowyer dengan 9 gol. Mereka layak ke UCL untuk kempen 1999-00. Kesebelasan utama yang kerap mereka gunakan ketika ini ialah:

GK Nigel Martyn,
RB Martin Hiden,
CB Jonathan Woodgate
CB Lucas Radebe
LB: Ian Harte,
RW Lee Bowyer
CM David Hopkin
CM Alf-Inge Haland
LM Harry Kewell
CF Jimmy Floyd Hasselbaink
CF Alan Smith

Musim 2000-2001

Leeds memasuki alaf baru kempen Liga Perdana. Kali ini David O Leary mahu membelanjakan wang untuk menguatkan pasukan setelah kempen mengejutkan pada 1998-99.

Leeds terpaksa melepaskan Alfie Haaland, David Hopkin dan Martin Hiden yang sebelum ini menjadi tunjang Leeds United sebelum ini.

O’Leary telah membeli dua pemain berkualiti Olivier Dacourt dari Lens, dan penyerang Celtic, Mark Viduka. Dacourt dan Robbie Keane (Inter) telah dibeli dengan £ 14.2 juta. Dan ia adalah rekod tertunggi dalam sejarah kelab.

Leeds United’s Mark Viduka celebrates scoring his second goal

Pembelian berbaloi

Namun rekod itu diatasi oleh pembelian Rio Ferdinand daripada West Ham United dengan nilai £18 juta. Pembelian Keane adalah perlu kerana Mark Viduka sebelum ini gagal mendapatkan permit untuk musim sebelumnya kini berada di dalam pasukan ini.

Scouting mereka memang bagus pada ketika itu.

Viduka adalah bakat muda yang luar biasa. Beliau pernah menolak untuk bermain untu Croatia walaupun dipujuk oleh Presiden dan mahu bermain untuk Australia.

Viduka adalah orang Croatia yang lahir di Melbourne dan dilantik menjadi kapten bawah 20 tahun Australia. Viduka terpaksa dibiarkan di Parkhead dan dia mencatatkan 27 gol di Celtic pada musim sebelum ini dan dipilih sebagai Player of the year Liga Scotland pada tahun tersebut.

David Batty pula terpaksa disisihkan pada awal musim sebab kecederaan panjang. Pemain lain iaitu, Jason Wilcox, Harry Kewell, Matthew Jones, Stephen McPhail dan Jonathan Woodgate juga cedera dan dirawat.

Pada bulan Ogos O’Leary bertindak membayar £4.7 juta untuk pertahanan Liverpool Dominic Matteo. Leeds mengumumkan O’Leary telah bersetuju untuk perjanjian jangka panjang selama enam tahun.

Kontrak baru itu membolehkan O’Leary menjadi pengurus yang dibayar dengan gaji tertinggi di EPL. Presiden Leeds, Ridsdale dikatakan menawarkan O’Leary kontrak 10m £ untuk lebih enam tahun.

Pembangunan bakat dan pengurusan O’Leary

Pada November 2000, Leeds menewaskan Liverpool setelah sebelum itu dibelasah pencabar kejuaraan Manchester United. Selepas Gol pembukaan Sammy Hypia, Mark Viduka menyamakan kedudukan 3 kali untuk Leeds sebelum menjaringkan jaringan ke-4 peribadi dan gol kemenangan dengan 4-3.

O’Leary turut bersemuka secara peribadi dengan Alan Smith dan memberi amaran, dia perlu mengubah perangai atau dia akan dilepaskan.

O’Leary menyatakan dia masih mahukan Smith tetapi tak suka dengan kepala angin anak muda tersebut. Smith dilihat banyak berubah dan menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan pertama musim baru 1999-00 dan dipanggil membuat debut senior menentang Perancis.

Smith terus cemerlang dengan menjaringkan gol ke atas TSV 1860 Munich dalam perlawanan kelayakan untuk Liga Juara-Juara dan memenangi kedua-dua timbal balik.

O’Leary memuji Smith melambung selepas membawa kelab tersebut ke Liga juara juara. Mereka diundi sekumpulan dengan Barcelona, AC Milan dan Besiktas Kelab gergasi Sepanyol Barcelona dibarisi bintang seperti Rivaldo, Cocu, Overmars, de Boer dan Kluivert. Milan pula menjadi antara pasukan sentiasa hebat di UCL ketika itu.

Malam Di Nou Camp

O’Leary menyatakan cuma keajaiban akan membantu Leeds melepasi peringkat kumpulan.

Pada perlawaanan pembukaan, di Stadium Nou Camp Barcelona, mereka menyaksikan dua gol daripada Patrick Kluivert, ditambah dengan gol daripada sepakan percuma yang menakjubkan dari Frank de Boer.

Rivaldo membunuh mereka dengan gol ke 4. Barca menang 4-0 dalam perlawanan yang menyaksikan Nigel Martyn melompat ke sana sini untuk menghalang cubaan bertali arus Barca.

David O’Leary hanya mampu memuji Barcelona dan bukannya terlalu kecewa meratapi kekalahan mereka.

“Barcelona adalah pasukan yang hebat. Kami tahu ini akan berlaku, setelah selama ini melihat mereka bermain di televisyen. ”

“Saya tidak ada alasan. Saya bangga dengan pengalaman perlawanan pertama saya sebagai pengurus dalam Liga Juara-Juara menentang Barcelona, yang merupakan kelab yang hebat, dan saya berharap untuk kembali lagi untuk memberikan mereka persaingan yang lebih baik. ” – David O’Leary

Mengejutkan AC Milan

Leeds berdepan AC Milan di Elland Road dalam saingan Liga Juara-Juara untuk games week 2. Seperti perlawanan pertama Leeds sekali lagi dilabel sebagai under dog.

O’Leary meyatakan sebelum perlawanan, hanya Tuhan boleh membantu mereka. Bukan sahaja menjadi under dog malah O’Leary kehilangan ramai pemain kerana kecederaan.

Danny Mills bermain cemerlang di pertahanan untuk menghalang duo sensasi Andriy Shevchenko dan Oliver Bierhoff, yang merupakan antara dua penyerang terbaik dunia ketika itu.

Shevchenko dalam situasi 80% gol namun Danny Mills melakukan tackle sempurna (perfect time tackle). Ketika penyokong Leeds mahu meraikan keputusan seri, Lee Bowyer memberikan gol yang cantik dan Leeds mencipta sejarah menang ke atas AC Milan di peringkat UCL.

Belasah Besiktas dan ikat Barca, Milan

Mereka membelasah Besiktas dengan 6-0 pada perlawanan ketiga sebelum dalam 2 perlawawan terakhit menentang Barca dan Milan , Leeds seri 1-1 dalam 2 game tersebut melayakkan mereka ke peringkat group stage kedua dan mereka diundi sekumpulan dengan Real Madrid, Lazio dan Anderlecth.

LEEDS melepasi peringkat kedua dan mara sehingga ke separuh Akhir UCL namun tewas di tangan pasukan Valencia. Ia adalah satu pengembaraan terindah dalam sejarah Leeds United. Anak anak muda O’Leary sudah menjelajah ke berberapa stadium terhebat termasuk San Siro, Camp Nou dan juga Santiago Bernabeu.

Mereka mengakhiri liga musim 2000-01 di tangga ke 4 dengan Viduka menamatkan Liga dengan 17 gol musim teresbut dan lantas digelar Ronaldo Australia. Leeds gagal untuk melayakkan diri ke UCL untuk musim 2001-02.

Penurunan

Pada musim 2001-02 Leeds gagal menyerlah dalam kejohanan Piala domestik dan Piala Uefa (kini Europa League). Leeds dikatakan terlalu fokus kepada tempat ke-3 untuk kelayakkan ke UCL pada musim 2003-04.

Mereka push to hard untuk liga namun malangnya mereka cuma berada di tangga ke-5. Mereka gagal ke UCL pada musim baru 2002-03. eeds menanggung sedikit impak dengan kegagalan melayakkan diri ke UCL.

Namun ia tak begitu teruk dan O’Leary bebelanja besar mendapatkan Robbie Fowler dari Liverpol dengan 11 juta dan Seth Johnson dari Derby County dengan 7 juta.

Sehingga Jun 2002, O’Leary telah membelanjakan hampir £100 juta pada pemain baru dalam masa kurang daripada empat tahun sebarang namun beliau masih gagal memenangi sebarang trofi dan kerap memberika kontrak gaji melambung untuk menarik pemain baru.

Beliau dalam keadaan panik untuk memenangi Liga dan lebih penting lagi adalah kelayakan ke UCL. Leeds menamatkan Liga di tangga ke -5 dan gagal ke UCL sekali lagi.

Namun Leeds tetap masih mampu survive walaupun berberapa pemain utama mulai dijual kerana kualiti daripada akademi mereka yg melahirkan Jonathan Woodgate, Lee Bowyer, Alan Smith, Harry Kewell, Stephen McPhail, Eirik Bakke, Ian Harte dan Danny Mills. Namun kini nama nama tersebut dalam senarai bakal dijual kerana harga pasaran mereka yang tinggi.

Pengurusan mereka juga sangat boros. Pegawai mereka mulai menaiki helikopter dan jet walaupun untuk ke tempat yang dekat sahaja.

Segalanya dinaiktaraf menjadi mahal termasuk benda yang tak perlu sekalipun.

Kesannya hutang mereka bertambah di semua sektor.

Gagal ke UCL

O’Leary dipecat sebagai pengurus Leeds pada musim panas tahun 2002, digantikan dengan Terry Venables. Mereka juga terpaksa menjual Rio Ferdinand ke Manchester United pada awal musim 2002-2003.

Terry Venables , manager baru mereka terpaksa menerima harga sekitar 29 juta untuk membantu meringankan beban kewangan kelab. Nama nama lain yg turut dijual ialah:

  • Robbie Keane ke Spurs
  • Fowler ke Manchester City
  • Lee Bowyer ke West Ham
  • Woodgate ke Newcastle

Leeds kini cuma mampu mendapatkan pemain yang free agent dan pinjaman.

Tersingkir dari EPL

Leeds di ambang muflis dengan hutang yang melampau dengan gaji pemain yang terlalu besar dan skuad yang besar. Rata rata gaji pemain adalah tinggi.

Kegagalan ke UCL adalah malapetaka besar kerana mereka mula hilang bayaran penyiaran dan mereka mula kurang diberikan siaran langsung di TV. Ini kerana mereka bukanlah sperti Liverpool.

Manchester United mahupun Arsenal yang terus menarik perhatian penyiaran Liga dan tajaan daripada konglomerat gergasi walaupun gagal ke UCL. Mereka mulai kehilangan nama nama seperti

Pada akhir musim Leeds menamatkan Liga di tangga ke-15 dan bertarung dengan penyingkiran.

Musim 2003-04, Peter Reid gagal menyelamatkan mereka daripada tersingkir setelah berada di tangga ke 19 pada akhir musim dengan tiada sebarang trofi domestik dan juga tiada malam Eropah.

Peter Reid terpaksa menerima impak penjualan besar besaran pada akhir musim melibatkan nama nama seperti:

    • Harry Kewell -Liverpool, £5,000,000
    • Olivier Dacourt – Roma, £3,500,000
    • Nigel Martyn – Everton, £500,000

Lenyapnya generasi emas

Leeds akhirnya tinggal sejarah. Satu kegemilangan yang cukup sekejap, Mereka adalah pasukan yang dibina dengan asas pemain muda produk akademi mereka yang cukup berkualiti.

13 Sep 2000: Despair for Alan Smith of Leeds United during the UEFA Champions League match against Barcelona at the Nou Camp Stadium, in Barcelona, Spain. Barcelona won the match 4-0. Mandatory Credit: Phil Cole /Allsport

Namun kegagalan untuk menguruskan perbelanjaan adalah punca utama. Terlalu banyak pemain bergaji besar disimpan dan kadang kadang duduk di bench. Mereka gagal untuk menrancang penjualan pemain mereka.

Ia diperitkan dengan ketiadaan Trofi dan impak terlalu mengejar UCL. Pada ketika mereka disingkirkan ke divisyen bawah Leeds terpaksa menjual ‘lelong’ ssaki baki bintang yang ada dan ada dia antara mereka minta dijual/dilepaskan (transfer request). Contohnya:

  • Robinson ke Spurs (1.5 juta)
  • Milner Ke Newcastle ( 5 juta)
  • Ian Harte ke Levante ( undisclosed)
  • Barmby ke Hull (Free)
  • Danny Mills ke Manchester City (free)
  • Scott Carson ke Liverpoo ( 1 juta)
  • Alan Smith ke MUFC ( 7 juta)
  • Viduka ke Boro ( 4 juta)

…..dan ramai lagi.

Era Leeds pada sekitar millennium adalah yang paling kita ingati bagaimana mereka bermain confident football dan sentiasa opportunist dengan peluang di depan gol.

Barisan muda yang tak gentar. Ramai produk mereka menjadi pemain utama di kelab kelab elit eropah dan juga menjadi pemain penting di kelab kelab di liga utama serta negara. Antara yang paling berjaya adalah Rio Ferdinand, Robbie Keane, Harry Kewell, Hasselbaink , Robinson, Viduka dan ramai lagi.

Era Bielsa

Bielsa dilantik pada 2018 oleh Leeds. Beliau merupakan pengurus legenda yang menjadi rujukan ramai pengurus taktikal moden termasuk Pep Guardiola dan juga Mauricio Pochettino.

Guardiola tanpa berselindung menyatakan beliau banyak membaca dan belajar daripada cara Bielsa. Dan beberapa kali berhubung dengan Bielsa bercakap tentang topik taktikal bola sepak.

Bielsa adalah pengurus berstatus legenda namun seringkali memilih untuk menguruskan pasukan yang bukan megarich.

Leeds kembali

Pada Julai 2020,  Leeds United meraikan pengesahan promosi mereka ke top flight sekali lagi.

Penantian 16 tahun peminat Leeds United akhirnya terlerai. Terima kasih kepada masterclass daripada bapa taktikal mode, Marcelo Bielsa.

Kejayaan Leeds itu disahkan dengan kegagalan pasukan di tangga West Bromwich Albion menewaskan Huddersfield Town pada aksi sebelah Jumaat.

Dengan baki dua perlawanan lagi, bermakna Leeds akhirnya naik pangkat selepas kecewa pada saat akhir musim lalu.

Penyokong Leeds dari seluruh dunia terutama sekali di England meraikan kejayaan pasukan mereka dengan kejayaan itu.

Di UK para penyokong mereka keluar ke jalanan meraikan kejayaan itu dengan laungan chant serta sorakan Viva Bielsa.

Pastinya Leeds berhak naik ke EPL. Bukan sahaja kerana status legendanya, tetapi kerana bola sepak gaya Bielsa yang berjaya diterapkan.

Bielsa dilantik pada 2018. Ia perlantikan yang agak mengejutkan. Kerana Bielsa merupakan Coach yang berstatus bintang.

Namun Bielsa sedar Leeds merupakan kelab istimewa yang memerlukan seseorang yang membantu mereka.

Pendekatan drastik dan tegas Bielsa dalam pengurusan pasukan bukannya semua orang boleh ikut. Siapa yang tak mampu mengikut kehendak beliau dipersilakan berambus.

Para pemain diterapkan dengan gaya bola sepak berani dan high tempo pressing.

Musim lalu Bielsa hampir membawa Leeds naik namun gagal pada beberapa selekoh akhir. Tak lupa juga insiden Bielsa diserang kerana scoutingnya ke atas taktikal lawan telah diterjemahkan sebagai pengintipan.

Ianya dilihat bakal menyaksikan Bielsa akan meninggalkan Leeds selepas tekanan daripada beberapa media arus perdana di England.

Akhirnya Bielsa memutuskan untuk kekal pada musim ini. Keputusan itu disambut dengan gembira oleh peminat Leeds yang sentiasa percayakan Bielsa.

Selain daripada pasukan legend mereka yang pernah menempa kegemilangan dahulu, mereka juga pernah membentuk satu lagi generasi emas era David O’Leary.

Skuad yang pernah mengejutkan gergasi Eropah di dalam kempen UCL mereka dahulu.

Nak sebut nama legenda mereka masa tu ramai sangat. Yang kemudiannya disebat kelab besar kerana Leeds berdepan masalah kewangan hasil daripada perbelanjaan terlalu mengikut nafsu.

 

Akhirnya dunia bakal kembali menyaksikan perseteruan di antara Leeds dan Man United serta Leeds dan Liverpool di dalam kalendar bola sepak perdana Inggeris.

Leeds dikenali dengan skuad mengujakan ketika era O Leary. Dan mereka merupakan Juara England pada 1969 dan 1974 di bawah kendalian Don Revie, kemudian pada tahun 1992 ketika Howard Wilkinson.

Leeds pasukan yang kaya dengan sejarah. Tetapi sejak diturunkan dari peringkat teratas, Leeds tersadung oleh bencana kewangan  dan pengurusan. Di atas padang dan ditempat penyokong semangat Leeds tak pernah padam sekali pun.

Bielsa telah mengubah arus di sebuah kelab yang terseksa dengan label sebagai ‘Damned United’ oleh novelis David Peace dan selalu dikenang sebagai ‘Dirty Leeds’ dalam minda para peminat yang melihat gaya mereka yang membuat apa sahaja untuk menang pada era Revie.

Mereka naik pada era 2000-an dan sedang menikmati tangga tangga indah ketika itu. Ramai bintang yang dilahirkan oleh Leeds era tersebut termasuk Mark Viduka, Harry Kewell, Rio Ferdinand, Alan Smith dan ramai lagi.

Seorang lagi bintang muda kelahiran mereka iaitu James Milner musim ini menjuarai EPL bersama Liverpool pada musim Leeds sah kembali semula ke EPL.

Selamat kembali Leeds.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali