Kelab Gergasi Di Romania Haramkan Pengambilan Pemain Divaksin Dan Galakkan Pemalsuan Sijil Vaksin

Kelab paling berjaya di Romania, Steaua Bucharest, menerusi kenyataan pemiliknya, Gigi Becali, mengumumkan akan memboikot pemain yang telah disuntik vaksin.

Kelab tidak akan menandatangani mana mana pemain yang sudah divaksin. Pada masa yang sama tidak mahu pemain yang belum divaksin untuk mengambil vaksin. Atau mereka berisiko tidak mendapat lanjutan kontrak baharu.

Namun Becali akan membenarkan mana mana pemain yang memalsukan status vaksin untuk beraksi. Dan mengarahkan pengurus pasukan agar menyimpan rahsia bagi pemain. Becali sangat menggalakkan pemain mendapatkan sijil vaksin palsu. Kerana kelab mungkin akan terpaksa memerlukan pemain dengan sijil vaksin untuk beraksi di negara lain yang berbeza dasar pintu antarabangsa mereka.

Becali, yang merupakan ahli perniagaan dan ahli politik, menyatakan bahawa beliau tidak akan membenarkan pemain yang telah disuntik dengan vaksin untuk memperkuatkan semula Steaua.

“Anda akan ketawa, tetapi saya mungkin betul. Mereka yang diberi vaksin kehilangan kekuatan mereka. Itu sesuatu yang saintifik,” kata Becali yang dipetik oleh wartawan Romania, Emanuel Rosu.

Bukan itu sahaja, Becali turut mendakwa sudah ada contoh nyata kesan vaksin terhadap prestasi pemain bola sepak profesional. Dia merujuk kepada pesaing Steaua dan juga pemain kelabnya sendiri.

“Tidakkah anda melihatnya di CFR Cluj? Di Rapid Bucharest, para pemain seolah-olah pengsan. Mereka sedang tidur di atas padang. Semua orang yang divaksin kehilangan kekuatan mereka!!” kata Becali lagi.

“Saya juga melihat pemain saya, yang telah divaksin. Ia tidak menjejaskan beberapa pemain, tetapi ia memberi kesan kepada mereka yang lebih tua. Tidakkah anda melihat [Ciprian] Deac? Kehebatannya semakin hilang.”

Kerajaan Romania agak kecewa dengan kenyataan Becali. Kerana ketika ini kerajaan sedang sedaya upaya meminta rakyat mereka mengambil vaksin.

Pejabat Kesihatan Romania menafikan kenyataan Becali itu sebagai tidak berasas.

“Pemain bola sepak yang divaksin tidak akan kehilangan kekuatan mereka selepas diberi vaksin” tulis pejabat penerangan Romania di halaman Facebook rasmi mereka.

“Dari sudut perubatan dan saintifik, tiada kajian yang menyokong kelebihan [tidak divaksin] seperti yang dipromosikan oleh pihak tertentu baru-baru ini di akaun Facebook di Romania,”

“Vaksinasi tidak menjejaskan prestasi pemain bola sepak. Sebaliknya, terdapat sejumlah besar penyelidikan yang menunjukkan bahawa melalui jangkitan SARS CoV-2 meninggalkan sekuela jangka panjang, dan ini boleh menjejaskan prestasi atlet.”

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah