Kelab Yang Mengosongkan Nombor Jersi Bagi Mengenang Bekas Pemain

Baru-baru ini, kelab Birmingham City telah mengosongkan nombor jersi 22. Ini adalah bagi mengenang Jude Bellingham yang akan berhijrah ke Borussia Dortmund pada musim hadapan.

Antara sebab nombor 22 akan dikosongkan selepas ini adalah kerana bagi menghargai dedikasi Jude yang menjadi ikon bagi pembangunan remaja di Birmingham.

Satu tindakan yang janggal oleh pihak pengurusan Birmingham apabila memberi penghormatan sebegitu bagi remaja yang baru berusia 17. Main pon tak sampai 50 kali. Ini kebiasaannya dilakukan untuk lagenda kelab yang meninggalkan kelab atau bersara.

Tak mengapalah. Itu keputusan mereka. Mari la bersama penulis kits lihat pasukan yang turut mengosongkan nombor jersi untuk pemain lagenda mereka.

AC Milan: Maldini3 dan Baresi6

Siapa tidak kenal dengan pemilik jersi nombor 3 Milan ini. Paolo Maldini merupakan antara pertahanan terbaik yang pernah disaksikan dan antara one man club terakhir dalam dunia bola sepak. Mencurahkan segala keringatnya hanya kepada Rossoneri.

Paolo Maldini

Beliau telah memenangi beberapa trofi bersama Milan. Antara yang terdapat dalam koleksi  peribadinya adalah 5 UCL dan 7 Serie A.

Walaupun Milan telah mengosongkan nombor 3 selepas perlawanan terakhir Maldini pada 2009, beliau meminta agar nombor tersebut akan digunakan semula jika salah seorang dari anaknya yang mampu menjadi pemain utama di skuad Milan.

Gandingan padu suatu ketika dahulu.

Franco Baresi yang diangkat sebagai pemain terbaik Milan abad lepas juga turut diberikan kehormatan sebegitu.

Kali terakhir dilihat menggunakannya pada tahun 1997, ketika perlawanan terakhirnya bersama Rossoneri.

Franco Baresi

Kapten kepada Maldini itu juga tidak kurang hebat. Memenangi Serie A sebanyak 6 kali disamping 3 kejuaraan UCL sepanjang 20 tahun menabur jasa di Milan.

Wolverhampton Wanderers: Ikeme1

Carl Ikeme

Anda pelik kenapa Rui Patricio memakai jersi nombor 11, walaupun nombor tersebut lebih sinonim dengan posisi sayap?

Ini adalah kerana Wolves telah mengosongkan nombor 1 bagi menghormati bekas penjaga gol mereka, Carl Ikeme.

Ikeme telah bermain sebanyak 191 kali bersama Wolves dari 2003 hingga 2018 namun pada 2017, beliau telah didiagnos menghidapi leukimia. Ikeme akhirnya menggantung glove pada tahun 2018.

Napoli: Maradona10

Diego Maradona

Pemain terbaik sepanjang zaman ini pernah bermain di Naples selama 7 tahun. Dan dalam tempoh itu, beliau telah mengubah landskap bola sepak Napoli selama-lamanya.

Beliau yang dijulang bak dewa di sana telah membantu Napoli memenangi 2 kejuaraan Serie A. Itu merupakan kejuaraan liga yang mereka menangi sehingga kini. Pihak pengurusan Napoli telah mengosongkan nombor 10 ini pada tahun 2000.

Nombor 10 yang ikonik bagi Maradona ini juga pernah dicadangkan untuk diretiredkan oleh skuad kebangsaan Argentina namun telah ditolak oleh FIFA.

Sao Paolo: Ceni01

Rogerio Ceni

Penjaga gol lagenda ini dikenali dengan rekod jaringannya bersama Sao Paolo. Mencetak 131 gol sepanjang karier bola sepaknya.

Bermain lebih 1200 kali, Ceni memakai nombor unik 01, diterbalikkan dari nombor 10. Nombor 01 direhatkan tetapi tidak bagi nombor 1.

West Ham United: Moore6

Bobby Moore

Kapten England ketika menjulang Piala Dunia 1966 ini dianggap sebagai pertahanan terbaik yang telah dihasilkan oleh Three Lions. Moore telah bermain sebanyak 544 kali bersama kelab timur London itu dan merupakan kapten West Ham United selama beberapa musim.

Nombor 6 telah dikosongkan ole The Hammers pada 2008 dan Matthew Upson adalah pemain terakhir yang menyarung jersi West Ham dengan memakai nombor 6.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan