Senarai Kelakuan, Peristiwa, Klaim Dan Ramalan Piala Dunia Pelik Pele

Pele tidak dapat dinafikan sebagai legenda sebenar dalam bola sepak. Dan tiada masalah untuk menerima pandangan bahawa beliau yang terbaik sepanjang zaman.

Ini kerana pencapaian luar biasanya. Menjadi pemain paling muda pernah beraksi dalam perlawanan final Piala Dunia pada usia 17 tahun. Beliau menjadi pemain utama negaranya pada usianya yang sangat muda.

Pele membantu negaranya menang Piala Dunia sebanyak 3 kali di dalam sejarah kariernya. Bukan pencapaian yang mudah untuk dicapai.

Namun legenda Brazil ini seringkali membuat kenyataan kontroversi dan pengklaiman yang boleh diperdebatkan.

Baru baru ini, Messi dan Cristiano Ronaldo memecahkan 2 rekod Pele. Kelab lamanya, Santos tidak menerima statistik 643 gol Pele bersama satu kelab – yang kini dipecahkan Messi.

Lalu mereka membuat kenyataan bahawa Pele sebenarnya sudah menjaringkan 1,091 gol untuk Santos termasuk perlawanan persahabatan dan jelajah.

Beberapa hari lalu Cristiano Ronaldo dilaporkan secara rasmi memintas Pele dengan rekod gol ke-758.

Pele dengan selamber menyunting biodata Instagram beliau dengan menyatakan beliau kekal penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 1,283 gol. Jumlah termasuk gol persahabatan dan lain lain.

1. Messi pemain teruk

Pele memperlekehkan Lionel Messi pada 2018 dengan menyatakan bahawa pemain itu tidak bagus. Di mana Messi penyerang yang hanya menggunakan kaki kiri dan tak pandai menanduk bola.

Pele membuat kenyataan itu ketika wartawan bertanya, adakah Lionel Messi sehebat beliau?

Pele berkata: “Macamana korang nak membandingkan pemain yang power menanduk bola dan boleh menggunakan kedua dua kaki untuk merembat dengan pemain yang hanya ada satu skil dan tak pandai menanduk bola,” tegas Pele kepada Folha de Sao Paulo.

Malang sekali secara statistik Messi mencatatkan gol daripada kaki kanan dan tandukan.

2. Neymar pemain biasa biasa je

Pada 2013, Pele berterus terang menyatakan beliau rimas dengan pujian media kepada pemain muda bernama Neymar yang dijangka akan menjadi salah seorang pemain terbaik dalam generasinya.

Namun Pele telah menyerang Neymar dengan kenyataan kontroversi.

Bukan aku la, meh la betumbuk!

“Beliau tidak bagus untuk pasukan kebangsaan kita, dia cuma pemain biasa biasa sahaja.”

“Neymar ada tanggungjawab yang besar namun dia lebih memikirkan soal gaya dan menukar stail rambutnya.”

Namun pada 2018, Pele telah mengiktiraf Neymar antara pemain terbaik pernah beliau saksikan dan setaraf dengan Messi dan Cristiano Ronaldo.

3. Blatter presiden paling layak untuk FIFA

Pada 2015, Pele menjadi penyokong kuat kem Sepp Blatter untuk jawatan presiden.

Pele menyatakan tiada calon lain sebagus Blatter yang menurutnya komited dan berintergriti.

“Dia calon pilihan sebab lebih baik kita ada orang yang sudah ada pengalaman macam dia memacu organisasi bola sepak. Blatter sudah berpengalaman 25 tahun. Jadi, kamu kena hormatinya.”

“Anggap saja pemilihan ini sekadar pemilihan saja [pelengkap jadual].”

Agak ironi apabila Sepp Blatter meletak jawatan pada tahun sama selepas terpalit banyak skandal termasuk skandal rasuah dalam memilih tuan rumah piala dunia dan bermacam macam lagi.

4. Klaim 1,283 gol

Sebenarnya, bukan pertama kali Pele mengklaim dirinya menjaringkan 1,283 gol. Malah pada 2018 beliau sudah melakukan perkara sama.

Pele enggan menerima angka rasmi 784 oleh FIFA. Kerana menurutnya ada lebih 500 gol lagi tidak dikira dan ianya gol gol daripada aksi persahabatan dan bukan kompetitif.

Namun ianya tetap penting di mata Pele.

5. Pengadil membuang padang diri sendiri

Ianya salah satu kisah pelik dalam bola sepak. Pele terlalu berpengaruh sehinggakan pengadil pun sanggup membuang padang dirinya sediri.

Dalam satu perlawanan, Pele telah dilayangkan kad merah. Pele dan peminatnya melakukan protes. Ketika itu Santos beraksi menentang kelab Colombia.

Peminat merusuh dan pengadil diancam.

Walaupun Santos pasukan pelawat, namun peminat Pele sangat ramai. Mereka menjerit nama Pele Pele Pele tanpa henti.

Dan apa yang berlaku pengadil telah mengumumkan beliau tidak lagi mengendalikan perlawanan itu dan Pele dimasukkan semula ke dalam senarai pasukan untuk bermain pada separuh masa kedua.

Jadi pengadil secara tak langsung melayangkan kad merah kepada diri sendiri.

Hmmm…

6. Klaim gol tercantiknya lebih padu daripada gol Maradona tapi tidak dirakam

Pele kemudian seakan akan tidak dapat menerima hakikat ketika Fifa mengiktiraf gol solo Maradona menentang England adalah gol terbaik abad lalu.

Pele memberitahu gol kegemarannya adalah gol beliau sendiri. Ketika itu beliau berusia 18 tahun dan beraksi menentang Atletico Juventus.

Pele menegaskan gol itu tidak dirakam secara video membuatkan dia terpaksa memberikan gambaran tentang gol itu.

Pele menyatakan dia melakukan sombrero mengatasi 3 pertahanan dan kemudian penjaga gol sebelum menanduk masuk gol. Gol itu berlaku pada 1959.

Lalu pihak Pele mengeluarkan versi animasi khas gol tersebut.

Kenyataan lain yang tidak masuk akal dan kontorversi

7. Nick Barmby akan menjadi setaraf Zinedine Zidane, Maldini dan Ronaldo.

Sayangnya pemain itu hanya mewakili negaranya 23 kali dan tidak pernah bermain di Piala Dunia sekalipun.

8. Nii Lamptey penggantinya

Pele mengiktiraf Nii Lamptey sebagai Pele baharu selepas menyaksikan pemain itu pada 1989. Malangnya pemain itu ada karier nomad dengan 13 kelab sepanjang karier.

Dan tidak dapat menjadi antara terbaik dunia.

9. Ramalan piala dunia Pele

Seterusnya jika Pele meramalkan pasukan kamu juara dunia, itu bukan petanda bagus.

Pada 1998, Pele meramalkan Sepanyol menjadi juara dunia. Tetapi La Roja tersingkir daripada peringkat kumpulan.
If Pele chooses you to do well at the World Cup, then it’s bad news.

Pada 2002, Pele meramalkan Argentina dan Perancis akan menjadi juara dunia. Malangnya kedua dua pasukan tersingkir daripada pusingan awal.

Paling menarik, Pele ketika itu mengkritik pasukan negaranya sendiri dan menyatakan Brazil akan pulang awal. Hasilnya Brazil menjadi juara dunia.

Adakah Pele sengaja menggunakan kesuweyannya?

Tetapi tiada siapa dapat menarik status legenda daripada Pele. Antara terbaik sepanjang zaman di lapangan bola sepak.

Sumber dikelepet dari talkSPORT

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil