Keluar Dari Persaraan Selepas 7 Tahun, CM Punk Umum Sertai AEW

CM Punk secara rasminya membuat kemunculan pertama dalam francis All Elite Wrestling (AEW). CM Punk kembali ke arena gusti profesional selepas berehat sekitar 7 tahun lamanya.

Khabar angin tentang penyertaan CM Pun ke dalam AEW mulai bertiup kencang sejak bulan lalu. Namun ramai juga yang tidak begitu ambil pusing.

Ini kerana terlalu ramai bekas penggusti WWE ataupun mereka yang sudah lama berehat di arena WWE dikaitkan dengan AEW. Terutama sekali nama nama besar seperti CM Punk.

Siapa sangka, CM Pun benar benar menyertai AEW dan beliau diumumakn secara rasmi dalam AEW Rampage.

CM Punk masuk ke dalam arena AEW dengan diraikan dengan sorakan meriah dan histeria bergema.

Penggusti 42 tahun itu memang anak jati Chicago. Dan beliau menjadikan malam pengenalan itu sebagai salah satu detik bersejarah dalam arena AEW.

CM Punk kali pertama pada 2014. Menjadi nama besar dalam WWE. Namun mengejutkan sekali apabila dia dipecat daripada WWE. Salah satu insiden yang dianggap paling mengejutkan dalam sejarah WWE.

Ini kerana dia merupakan penggusti yang pernah menjadi juara WWE selama 434 hari lamanya.

CM Punk kemudian terlibat dalam UFC dan kalah dalam dua pertarungan bertemu dengan Mickey Gall dan Mike Jackson. Pertarungan ketiga beliau berakhir seri.

CM Punk menegaskan bahawa, dia tidak akan pernah sihat jika terus kekal dalam WWE kerana tempat itu penuh dengan kegilaan (sick).

Punk menyertai AEW kerana dia tertarik untuk bekerjasama dengan beberapa penggusti yang bersemangat tinggi di sana.

Lebih memarakkan api, CM Pun menyatakan dia sedia untuk membantu menaikkan AEW mencabar WWE sebagai jenama sukan gusti terbaik di dunia selepas ini.

Dalam malam debutnya juga, CM Punk mengumumkan dia akan bertarung dengan Darby Allin dalam acara PPV pada 5 September.

Baca yang lain