Keluarga Nouri Minta Pampasan €60 Juta Dari Ajax Kerana Mino Raiola

‘Dari dalam kubur pun Mino Raiola masih mampu memeras wang dari Ajax’ kata seorang peminat Ajax yang geram dengan laporan terbaru tentang tuntutan pampasan oleh keluarga Nouri Abdelhak.

ESPN melaporkan keluarga Nouri meminta pampasan €60 juta dari Ajax sebagai pampasan kerugian untuk kerosakan karier anak mereka.

Sebelum ini Ajax telah setuju membayar pampasan kerosakan sebanyak €7.85 juta kepada keluarga Nouri. Ini selepas kelab mengakui mereka gagal bertindak dengan segera menghalang pemain itu daripada menderita dengan teruk kerana serangan jantung itu.

Ajax dan keluaga Nouri sebelum ini mencapai kesepakatan tentang bayaran pampasan dan mengelak kes itu dibawa ke CAS atau ke meja KNVB (FA Belanda).

Pemain muda berbakat yang mengalami serangan jantung ketika bermain bola sepak untuk Ajax. Kejadian itu berlaku pada 8 Julai 2017 ketika aksi persahabatan pemanas badan di Austria.

Nouri kemudian lumpuh dan koma membuatkan peminat Ajax sangat berdukacita. Kerana dia adalah antara bakat besar yang dianggap akan menjadi pemain elit di pentas eropah.

Bekas rakan sepasukannya di Akademi, Hakim Ziyech sendiri mengakui bahawa Nouri adalah pemain yang luar biasa dari kalangan mereka. Ajax sentiasa mengikuti perkembangan pemain itu sehingga kini. Dan seringkali memperingatinya.

Namun keluarga Nouri kini merasakan bahawa mereka patut mendapat pampasan lebih besar daripada sekadar €7.85 juta. Semuanya gara gara analisis oleh Mino Raiola yang dibentangkan kepada keluarganya.

Guardiola berjanji bahawa dia akan membawa pemain itu ke kelab lebih besar seperti Barcelona apabila kariernya semakin berkembang. Seterusnya Raiola juga berjanji bahawa pemain itu akan bersara di Timur Tengah dengan wang yang banyak.

Raiola menegaskan bahawa Nouri akan menjadi pemain berkelas dunia yang akan bersaing untuk anugerah tertinggi seperti Ballon d’Or pada kemuncak kariernya kelak.

Semua nilai pendapatan Nouri dalam kariernya dijangka akan mencecah €60 juta. Oleh sebab itu keluarga Nouri kini mahu Ajax membayar ganti rugi tersebut. Kerana anak mereka hilang upaya untuk bermain kerana kemalangan dalam padang ketika mewakili kelab itu.

Namun ketika ini Ajax dikatakan berpegang kepada prinsip bahawa mereka sudah menunaikan janji membayar kesepakatan yang dicapai sebelum ini.

Beberapa pemerhati bola sepak merasakan bahawa angka nilai yang diletakkan Mino Raiola itu hanyalah ramalan. Dan harus diingat ramai pemain muda berbakat besar tidak dapat mencapai potensi menjadi pemain berkelas dunia.

Seorang peminat pula merasakan bahawa keluarga Nouri berhak meminta pampasan yang tinggi berdasarkan peraturan buruh di Belanda namun tidaklah sampai €60 juta. Dan penilaian Raiola itu hanyalah untuk menimbulkan sensasi media seperti yang dia lakukan selama ini. Dia menegaskan bahawa Ajax sebenarnya sudah membayar angka yang cukup besar dan ianya dikira sudah cukup baik.

Peminat itu berkata: “Ini perkara biasa dalam undang undang pekerja dan buruh di Belanda. Kamu meminta bayaran pampasan sangat tinggi di atas kerosakan yang menyebabkan kamu tidak dapat bekerja.”

“Namun kamu tidak boleh menuntut jumlah pampasan itu berdasarkan teori karier dan perpindahan pemain. Ini bukan Amerika Syarikat. Untuk kes Nouri, bayaran €7.85 juta sudah tinggi untuk sebuah kes di Belanda.”

“Ya dia sudah bergelar pemain profesional dan kita faham pampasannya lebih tinggi. Namun kira kira yang dibuat Guardiola ini adalah untuk sensasi media semata mata. Kamu jumpalah mana mana peguam di Belanda mereka akan geleng kepala mendengar tuntutan ini.”

Seorang lagi peminat berkata: “Sedihnya kisah Nouri ini apabila keluarganya mulai menjadi mata duitan. Ketika anak mereka terlantar di katil, semua orang memikirkan mahu menjadi jutawan. Hubungan Nouri dengan peminat Ajax harus dijaga.”

Baca yang lain