Kemenangan Profesional Untuk Harimau Malaya

Malaysia memulakan kempen dengan kemenangan 3-1 ke atas Kemboja. Ianya boleh dianggap kemenangan Profesional kerana pasukan mencatatkan kemenangan perlawanan pertama dalam winnable match.

Dalam mana mana kejohanan, kemenangan pertama pada perlawanan pertama sangat sangat penting. Dan Malaysia melakukannya hari ini.

Dari segi persembahan. Sebenarnya tidak mengapa tidak beraksi bagus kalau boleh menang dengan komprehensif. Cup competition menang lebih mementingkan keputusan berbanding persembahan.

Namun itu bukan bermaksud boleh abaikan persembahan. Sebab tak setiap hari boleh menang dengan prestasi yang average.

Sebab Malaysia tak lah beraksi teruk sangat hari ini secara keseluruhan. Dengan Khairul Fahmi menjadi bidan terjun.

Selain tu tak banyak team yang boleh main fluid dalam padang macam tu tadi. Risiko kecederaan tu tinggi untuk berlaku.

Safawi Rasid berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan pertama. Penting untuk motivasi dia. Mujur dia belajar daripada insiden panenka sebelum ini. Dia lebih simple dah decisive dalam penalti tadi.

Seterusnya, Akhyar Rasid tidak mempersiakan serangan balas. Melakukan cut inside dan shot. Itu adalah naluri striker yang bagus. Dia ada opsyen tadi nak pass kepada De Paula. Namun dia memutuskan untuk shot. Tanda dia ada keyakinan yang bagus.

Pemain gantian turut menjaringkan gol. Itu memberikan kelegaan bahawa kita ada pemain yang boleh masuk dan skor. Kredit juga kepada Luqman Hakim yang masuk dan assist.

Cuma yang tak best beri gol kepada lawan. Sebab perbezaan jaringan ni penting juga. Tapi nak buat macamana. Pengadil cakap itu foul kan. Hmmm. Sebahagian daripada bola sepak.

Overall, ianya kemenangan profesional daripada pasukan negara kita.

Dari segi permainan tu biasalah, tak dapat fluid sangat pada perlawanan pertama dengan ditambah padang yang macam tu.

Cuma prestasi De Paula ni kena naikkan lagi. Tak cukup desire dan tak cukup kualiti teknikal.

3 gol 3 mata berharga.

Fokus kepada next game!

Baca yang lain