Kementerian Pendidikan Thailand Dikecam Kerana Muat Naik Gambar Menteri Yang Disunting

Kementerian Pendidikan Thailand menerima kecaman teruk daripada netizen negara mereka. Ini selepas facebook rasmi memuat naik gambar Timbalan Menteri Pendidikan, Kanokwan Wilawan melawat kawasan banjir — dengan gambar tersebut kantoi disunting.

Tindakan bodoh itu ternyata bola tanggung kepada kementerian, ketika rakyat kini memang sedang dalam tekanan.

Hantaran facebook tersebut segera dibuang daripada laman rasmi mereka dan kementerian menyatakan bahawa tindakan tegas akan diambl.

Malangnya, tindakan tegas itu bukannya ke atas Wilawan, tetapi ke atas admin laman facebook tersebut.

Dalam gambar yang kontroversi itu, Wilawan dilihat melawat kawasan banjir dan meredah banjir dengan mengklaim bahawa dia sanggup melakukannya kerana simpati dengan pelajar dan sekolah yang terjejas.

Di media sosial netizen mendapati gambar itu adalah disunting, gambar asal adalah daripada gambar Wilawan sendiri yang melawat kawasan banjir pada 2020.

Gambar itu dipotong (cropped) dan ditampal di kawasan — kononya kawasan — banjir yang baru baru ini. Baju dan seluar yang sama dengan skil suntingan yang sangat teruk digunakan.

Jika dilihat, gambar tersebut dicrop dan dialihkan ke bahagian latar belakang semak samun untuk mengaburi netizen tentang di mana kawasan itu.

Kementerian Pendidikan mengakui bahawa ianya gambar yang disunting dan meminta maaf kepada semua netizen serta rakyat Thailand.

Rama juga menyatakan bahawa kerajaan sangat tidak sensitif dengan memuat naik gambar yang terang terang cuba menipu rakyat ketika semua rakyat berdepan kesulitan ketika musim pandemik dan dilanda musibah banjir.

Dalam kenyataannya, kementerian turut mengecam tindakan pentadbir halaman/ admin page tersebut yang melakukan perkara yang memalukan dan boleh menjatuhkan imej kementerian serta timbalan menteri itu sendiri.

Netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut kerana menurut mereka, kenapa perlu salahkan admin page tersebut. Tak mungkin admin akan sewenang wenang memuat naik gambar berserta kapsyen tanpa pengetahuan ataupun arahan daripada Wilawan sendiri.

Gambar tersebut menjadi bahan jenaka di Thailand dan ramai menggunakannya sebagai meme terbaru di internet.

Beberapa kawasan di Bangkok menghadapi banjir kerana hujan dan ribut petir Dian Mu. Terdapat 30 wilayah terkesan banjir termasuk Bangkok.

Paras air di Sungai Chao Praya meningkat dengan mendadak dan memaksa pihak berkuasa membuka sedikit empangan untuk membenarkan aliran air tersebut.

Sumber: Mothership SG

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di