Nuno Espirito Santo dipecat oleh Al Ittihad, tak sampai 4 bulan selepas dilantik menjadi pengurus kelab itu. Ianya gara gara Nuno Espirito mencatatkan beberapa keputusan kurang memuaskan.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa Nuno Espirito tidak sehaluan dengan Karim Benzema. Namun isu itu nampaknya diselesaikan secara dalaman oleh kelab yang selepas itu memuat naik video Benzema gembira bersama dengan pengurus itu.

Tetapi laporan L’Equipe sehari sebelum pemecatan Santo menyatakan bahawa Benzema sebenarnya tidak pernah yakin dengan Nuno Espirito sebagai pengurus yang boleh membantu membimbing kelab yang diwakilinya itu.

Laporan sama menyebut, Benzema mencadangkan agar Al Ittihad mencari pengurus lain dan kelab sedang berusaha untuk mencari pengurus yang benar benar tahu mengendalikan projek berteraskan Karim Benzema sebagai core. Jadi, ada desas desus menyatakan bahawa Al Ittihad mengutamakan pengurus dari Perancis.

Ini kerana selain Benzema, mereka juga ada N’golo Kante yang merupakan marquee player.

Benzeman dan Nuno Espirito dikatakan tidak sehaluan dan bertengkar di bilik persalinan. Kelab menyatakan pendirian mereka adalah memihak kepada pemain bintang mereka iaitu Benzema yang dibayar sangat mahal gajinya. Di mana kelab membayar secara asas €100 juta semusim untuk 3 musim, serta ada opsyen semusim lagi sebagai tambahan.

Prestasi tidak menentu Al Ittihad dalam beberapa perlawanan ini membuatkan Nuno Espirito Santo dipecat pada Selasa. Di mana Al Ittihad gagal menang dalam 5 perlawanan terakhir mereka dalam aksi Liga Pro Saudi. Seri 3 kali dan kalah 2 kali. Kini berada di tangga keenam.

Kemuncak kepada kemarahan pengurusan ke atas Nuno Espirito apabila Al Ittihad kalah 2-0 di tangan Air Force Club dalam saingan Liga Juara Juara Asia kumpulan C. Al Ittihad masih lagi mendahului kumpulan C namun ia masih gagal menyelamatkan kedudukannya.

All-Ittihad dalam kenyataan rasminya berkata: “Kami menamatkan hubungan kontrak dengan dengan jurulatih dari Portugal, Nuno Espirito Santo, selepas penilaian komprehensif secara teknikal dalam tempoh yang dia bertanggungjawab.”

“Pembantu jurulatih, Hassan Khalifa anak menyambung tugasan sebagai interim yang akan mengendalikan latihan, sehingga kita melantik jurulatih baharu dan merombak barisan kejurulatihan agar mencapai aspirasi dan cita cita kelab serta penyokong.”

Nuno Espirito bekas pengendali Spurs, Wolves dan FC Porto. Dia sangat diingati kerana membentul Wolves menjadi dark horse di EPL. Dia dilantik menjadi pengurus Al Ittihad pada Julai 2022 dengan kontrak selama 2 tahun sehingga 2024 – menggantikan Cosmin Contra yang membantu kelab menjuarai Liga Pro Saudi musim lalu.