Kerajaan Bincang Dengan FAM: Nak Bagi Imbuhan Pada FAM Atau Pemain

Kerajaan Malaysia akan mengadakan satu perbincangan pada minggu hadapan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkaitan dengan imbuhan untuk Harimau Malaya.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selepas kejayaan Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Ianya adalah kejayaan pertama Malaysia selepas 1980, mara ke Piala Asia menerusi pusingan kelayakan.

Sebelum ini Malaysia kali terakhir beraksi di Piala Asia pada 2007, di mana ketika itu bertanding atas tiket penganjur bersama dengan negara Asean yang lain.

Dalam kempen kelayakan kali ini, Malaysia menang 2 kali (vs Turkmenistan dan Bangladesh) serta kalah sekali.

Kim Pan Gon menjadi arkitek utama kejayaan pasukan Malaysia.

Perbincangan tersebut juga akan menentukan siapakah yang lebih layak menerima imbuhan tersebut. Sama ada diberikan kepada FAM ataupun diberikan terus kepada para pemain Harimau Malaya.

Namun sebelum itu, kerajaan akan membicangkan terlebih dahulu sama ada imbuhan itu ada ataupun tidak. Seterusnya Perdana Menteri juga mendapat tahu bahawa Malaysia akan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan di luar negara sebelum bertanding di Piala Asia yang sebenar.

Dipetik daripada Astro Awani, Ismail Sabri berkata: “Saya dimaklumkan oleh Presiden FAM, mereka perlu mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara lebih banyak sebelum Piala Asia dimulakan.”

“Jadi kita dah jadi ‘Top 4’ ASEAN kalau kita bermain dengan pasukan yang lebih rendah kualitinya daripada Malaysia, ia tidak akan membawa banyak perubahan kepada Malaysia.”

“Pastinya kita kena bermain selepas ini dengan perlawanan-perlawanan persahabatan dengan pasukan lebih kuat daripada negara kita.”

Selain itu, Ismail Sabri turut menegaskan bahawa sukan hoki juga akan dipertimbangkan untuk diberikan imbuhan. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan sentiasa bersedia membantu skuad Malaysia dari segi kewangan.

“Jadi saya difahamkan FAM akan bawa pemain-pemain ini bermain dengan Korea, atau Jepun, dan kalau itu mereka perlukan kewangan. Sebab kita tahu hoki juga berjaya masuk Piala Dunia, jadi hoki juga perlu diberikan pertimbangan untuk memberikan imbuhan kepada mereka.”

Keputusan hasil perbincangan itu akan diumumkan kelak. Sama sama kita nantikan.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah