Kerajaan Selangor Perlukan RM787 Juta Untuk Pulih Dan Bangunkan Stadium Shah Alam

Sebelum ini kerajaan negeri Selangor mengesahkan bahawa Stadium Shah Alam akan dibangunkan semula.

Dan terbaru, kerajaan negeri menganggarkan kos membaik pulih dan menaik taraf akan menelan kos sekitar RM787 juta sahaja.

Dengan perancangan terbaru ini, Stadium Shah Alam tak akan digantinkan dengan stadium baharu.

Jumlah kos tersebut membabitkan kos keseluruhan bagi menukar sistem pendawaian elektrik, struktur bumbung, pembaikan padang dan membaiki sistem perpaipan di stadium tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu besar kerana ianya melibatkan kerja kerja menaikkan lagi platform kepada 1.5 meter lebih tinggi untuk mengelakkan masalah banjir berulang.

Dipetik dari Utusan Malaysia, Amirudin berkata: “Ia juga bukan hanya kos bagi Stadium Shah Alam namun Stadium Tertutup Melawati yang berada di kawasan sama. Ramai beranggapan bahawa kos RM787 juta itu adalah kos membina stadium baharu. Ia tidak benar.”

Amirudin menegaskan bahawa kerajaan negeri akan membangunkan semula Kompleks Sukan Shah Alam. Ianya selepas mereka meneliti kertas cadangan dan kertas kerja yang diterima sejak 2013.

Amirudin Shari menambah: “Iana turut mengambil kira kos membaik pulih yang terlalu tinggi serta kekangan yang dihadapi.”

“Pembangunan baru yang tidak melibatkan sebarang dana kerajaan negeri itu akan menumpukan teknologi hijau dan mesra alam serta memberi wajah baru kepada stadium berkenaan.”

Selain itu beliau menyatakan bahawa banjir besar pada 2006, 2015 dan 2021 telah menyebabkan stadium tersebut rosak. Di mana sejak 2013 kerajaan negeri memperuntukkan RM56 juta untuk membaik pulih stadium tersebut termasuk bumbung, bilik persalinan, pendawaian elektrik serta saliran air.

Amirudin Shari memberitahu bahawa kerajaan sebelum ini belum memutuskan sama ada mahu merobohkan stadium ataupun tidak. Kerana keputusan tentang perkara itu akan dibuat pada Oktober ini.

Di mana akan ada satu pameran dibuat pada September untuk menunjukkan ilustrasi awal stadium Shah Alam.

Apa yang pasti Amirudin mengesahkan bahawa pembangunan kompleks sukan di Shah Alam akan memakan kos sehingga RM787 juta.

Stadium Shah Alam antara simbol keramat bola sepak Malaysia. Ianya seringkali menjadi markas kepada acara bola sepak besar di Malaysia termasuk aksi antarabangsa Harimau Malaya.

Baca yang lain