Kerajaan UK Bengang Abramovich Tak Mau Sign Untuk Keluarkan £2.5 Billion Seperti Dijanjikan

Kerajaan UK bengang dengan Roman Abramovich yang dituduh telah membuat u turn dan tidak mahu menandatangani cek bernilai £2.3 billion seperti dijanjikannya.

Roman Abramovich sebelum ini berjanji bahawa £2.3 billion daripada hasil penjualan Chelsea akan disalurkan kepada mangsa peperangan di Ukraine.

Abramovich sebelum ini dipaksa menjual Chelsea selepas kelab itu disita kerajaan UK bersama sama dengan semua asetnya yang lain di negara itu.

Ianya kerana kerajaan UK menuduh Abramovich sebagai proksi dan orang kanan yang menyokong perang Putin di Ukraine menerusi saluran dana.

Perkara itu dinafikan berkali kali oleh Roman Abramovich. Yang kemudian mengisytiharkan bahawa dia akan menyalurkan £2.3 billion ke Ukraine untuk membantu pembangunan semula negara itu selepas perang. Terutama sekali membantu mangsa mangsa perang.

Setiausaha kerajaan UK, James Cleverley mengesahkan bahawa wang itu seharusnya disalurkan pada musim panas lalu untuk digunakan pada Januari 2023.

Kerajaan UK jelas kecewa dengan Abramovich yang dianggap telah membuatkan mereka menunggu terlalu lama.

Sedangkan ada beberapa yayasan kebajikan sudah bersedia menerima wang tersebut pada bila bila masa.

Namun malangnya, wang itu masih belum dikeluarkan lagi kerana Roman Abramovich masih tidak menurunkan tandatangannya.

Wang £2.3 billion itu kekal di bank di UK, ianya masih dibekukan oleh kerajaan UK. Wang itu di atas nama Fordstam, nama syarikat Abramovich.

Dan sehingga kini, kerajaan UK masih menunggu Abramovich memberikan keizinan agar wang itu dikeluarkan dan disalurkan ke Ukraine.

Daily Mail melaporkan Abramovich sebenarnya tidak jelas bagaimana wang itu akan disalurkan kepada mangsa perang di Ukraine. Ianya jumlah wang yang sangat banyak.

Abramovich risau kalau wang tersebut tidak pernah sampai kepada mangsa perang dan disonglap oleh politikus yang tidak bertanggungjawab.

Bekas pemilik Chelsea itu kini masih tidak mahu menandatangani cek tersebut sehingga dia yakin dengan proses wang itu disalurkan ke Ukraine.

Jabatan Perbendaharaan UK mengesahkan bahawa Roman Abramovich tidak percayakan kerajaan UK dalam mengendalikan wang tersebut.

Dia mahukan kerajaan UK lebih transparen dalam usaha mengagihkan wang itu kepada mangsa perang di Ukraine

Baca yang lain