Kerajaan UK Ingatkan Penyokong England Jangan Hisap Dadah Atau Seludup Dadah Di Qatar

Kerajaan Inggeris sudah mengambil langkah pro aktif untuk mengingatkan penyokong England bahawa hukuman berat akan menanti mereka jika ditangkap oleh pihak berkuasa Qatar.

Kesalahan paling berat pastinya kesalahan menggunakan dadah dan barang terlarang yang lain.

Seterusnya mereka juga diingatkan bahawa jika mereka menyeludup masuk dadah ke negara itu, mereka berdepan dengan hukuman mati.

Kelakuan penyokong Three Lions pada Piala Dunia dan Euro yang lalu membuatkan kerajaan Britain sangat risau dengan mereka.

Dalam aksi finbal Euro 2020 yang lalu, ramai penyokong England yang mabuk dan stim dadah. Mereka menimbulkan suasana huru hara termasuk kerosakan harta benda.

Jadi, jika ada penyokong England yang memikirkan mahu membawa stok dadah ke Qatar, mereka diingatkan agar melupakannya. Ini kerana negara tersebut memiliki undang undang dadah – antara yang paling berat di dunia.

Menurut Undang Undang No.9 1987, di bawqah kawalan dan undang udang kawalan Nark*tik Dadah dan Barang Terlarang Yang Meudaratkan, mereka yang menyeludup masuk dadah ke negara Qatar akan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun, denda sekitar 100,000 (£21,349) sehingga 300,000 riyals (£64,047).

Jika pesalah didapati mengulangi kesalahan tersebut, mereka akan dijatuhi hukuman mati ataupun penjara seumur hidup.

Kerajaan UK turut mengingatkan rakyatnya yang mahu terbang ke Qatar bahawa kawalan keselamatan yang ketat akan dilakui oleh mereka.

Menerusi laman rasmi kerajaan, bertulis: “Tiada toleransi kepada kesalahan berkaitan dengan dadah. Hukuman kerana mengguna, menyeludup, mengedar atau di bawah pengaruh dadah (walaupun dalam kuantiti sedikit) adalah sangat berat.

“Hukuman termasuk penjara, denda yang sangat besar serta deportasi.”

Kerajaan UK mahu rakyatnya menghormati undang undang negara lain.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di