Kerana Bruno Fernandes, Ole Sedia Jual Pogba Dengan Diskaun RM152 Juta

Wow, dikaun sampai RM152 juta ataupun £30 juta untuk Paul Pogba, biar betul?

Laporan di England menyatakan bahawa, Man United sudah bersedia untuk melepaskan Pogba pada jendela perpindahan yang akan datang dengan potongan harga.

Situasi dia sebenarnya macam ni. Man United memang nak Pogba kekal kalau boleh. Ole Gunnar Solskjaer mahukan pemain itu menjadi sebahagian daripada pasukannya untuk projek jangka panjang.

Namun United tidak menolak kemungkinan akan terpaksa melepaskan Paul Pogba jika pemain itu meminta untuk dilepaskan.

Mino Raiola sudah mengatur pertemuan dengan Man United pada hujung musim ini untuk masa depan Pogba.

Sebelum ini, super agent itu membayangkan bahawa, Paul Pogba mungkin akan meninggalkan Old Trafford.

Sasaran utama Raiola ketika ini adalah membantu Pogba kembali ke Juventus.

Pogba nak kekal

Tetapi beberapa minggu lalu Paul Pogba dilaporkan sedia kekal dengan Man United – beberapa hari selepas Raiola meroyan pasal nak keluarkan Pogba daripada Man Utd.

Namun begitu, Pogba mahu mendapat gaji sekurang-kurangnya sama dengan David De Gea iaitu £350,000 seminggu di Old Trafford.

Beliau mensasarkan kontrak baharu itu dengan gaji £400,000 seminggu. Jika Pogba dapat gaji itu bermakna beliau pemain bergaji tertinggi di Man United selepas Alexis Sanchez.

Dan jika United melepaskan Sanchez musim hadapan, Pogba akan mendapat gaji tertinggi.

Man Utd tidak meletakkan sebarang klausa pembelian tetap pada kontrak pinjaman Sanchez di Inter Milan.

United sukar untuk menuruti permintaan Pogba

Jadi, mustahil untuk Man Utd memiliki 2 pemain bergaji sekitar £400,000 seminggu dengan David De Gea yang baru sahaja menerima gaji £350,000 seminggu dalam kontrak baharu beliau.

Masa depan Paul Pogba menjadi persoalan kerana kontrak semasa beliau akan memasuki baki dua tahun terakhir terakhir selepas tamat musim ini.

Terdapat banyak kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat beliau. Antaranya Juventus dan juga Real Madrid.

Tetapi ejennya Mino Raiola menyatakan bahawa Paul Pogba lebih memilih untuk kembali semula ke Juventus.

Bruno Fernandes berikan United opsyen

Jika sebelum ini United dilaporkan sukar nak melepaskan Pogba. Kini mereka sudah ada opsyen untuk berbuat demikian.

Hal ini kerana prestasi Bruno Fernandes dan Fred yang membentuk gandingan sensasi ketika ini.

Bruno Fernandes sangat bagus ketika serangan. Jadi Ole Gunnar Solskjaer hanya perlu memikirkan seorang lagi pemain untuk menjadi back up jika mereka melepaskan Pogba.

Man United turut sudah melanjutkan kontrak Nemanja Matic dan juga mereka memiliki Scott McTominay.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 30: Fred and Scott McTominay of Manchester United celebrate after the Carabao Cup Round of 16 match between Chelsea FC and Manchester United at Stamford Bridge on October 30, 2019 in London, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

Perang Ole dan Raiola

Ole Gunnar Solskjaer beberapa minggu yang lalu memberitahu bahawa beliau mahukan Paul Pogba untuk kekal.

Namun beliau memberikan peringatan agar pemain itu menasihati ejennya Mino Raiola agar tidak sewenang-wenang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Paul Pogba.

Perkara itu telah mengundang amarah pada Mono Raiola.

Di mana Super ejen tersebut menegaskan bahawa Paul Pogba bukannya milik mutlak Ole Gunnar Solskjaer.

Kerana dalam dunia moden pada hari ini tiada lagi mengamalkan perhambaan.

Jadi perang di antara ejen dengan Solskjaer juga boleh menjadi salah satu sebab kepada penjualan Pogba jika ada tawaran.

Ini bukan pertama kali Ole dan Raiola bergaduh. Sebelum ini bergaduh isu Haaland.

Situasi semasa di Old Trafford ketika ini membuatkan United sedia menerima bayaran sekitar £150 juta untuk Paul Pogba.

£30 juta kurang daripada tanda harga yang mereka letakkan sebelum ini untuk pemain antarabangsa Perancis itu.

Namun ada ke pasukan yang sanggup membayar Pogba £150 juta dengan kontrak beliau semakin menuju ke tahun akhir?

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan