Kerana Diving Yang Memalukan Neymar Dibuang Padang, Mujur Mbappe Selamatkan 3 Mata PSG

Neymar telah membazirkan kepulangan semulanya keraba dibuang padang dalam aksi Paris Saint-Germain pada Rabu.

Juara Ligue 1 itu menentang Strasbourg dalam perlawanan pertama mereka selepas rehat Piala Dunia.

Walaupun Lionel Messi masih diberi tempoh rehat yang panjang ketika dia meraikan kemenangan Piala Dunia 2022, PSG sememangnya mempunyai dua pemain dinamik Neymar dan Kylian Mbappe yang tersedia untuk beraksi.

Neymar juga menghiburkan peminat dengan beberapa siri skil luar biasa.

Tetapi ia kemudian menjadi malam yang perlu dilupakan bagi Neymar, yang menerima dua kad kuning berturut-turut pada separuh masa kedua.

Amaran pertamanya adalah kerana telah menghulurkan tangan ke muka lawan tetapi yang kedua, beberapa minit kemudian, adalah untuk simulasi yang mengejutkan.

Neymar menerima bola daripada Mbappe tetapi menyentuh bola terlalu kuat ketika dia cuba melepasi pemain pertahanan.

Walaupun tiada apa-apa kekasaran dibuat, dia tiba tiba seperti terkena renjatan elektrik rebah ke tanah dengan cara yang menyedihkan.

Dan pengadil memilih untuk menghukumnya dengan menunjukkan kad kuning kedua yang membuatkan pemain Brazil itu keluar lebih awal.

Bekas bintang Barcelona dan Santos itu mempunyai reputasi yang kuat sebagai seorang pelakon simulasi yang terkenal. Dan tidak mengejutkan sama sekali melihat dia membuat terjunan seperti itu.

Ramai peminat masih tidak faham kenapa pemain tetap mahu melakukan diving ketika era bola sepak adanya VAR.

Dia turut kelihatan jatuh dengan mudah pada separuh masa pertama yang juga kelihatan seperti diving. Namun oleh kerana pengadil melihat ada kontak daripada pemain lawan, dia mendapat manfaat daripada keraguan itu.

Yang kedua adalah mengejutkan dan membuatkan Neymar berjalan keluar meninggalkan padang.

PSG kelihatan seperti mereka akan seri 1-1 dalam perlawanan pertama mereka, dengan Marquinhos menyumbangkan 1 gol untuk setiap pasukan.

Tetapi Mbappe, yang memenangi Kasut Emas Piala Dunia selepas hatrik pada perlawanan akhir, muncul tepat pada masanya, dengan sepakan penalti minit ke-96 memberikan kemenangan buat PSG.

 

Baca yang lain