Kes Bunuh Tahap 3: Laporan Kematian George Floyd Dikeluarkan

Kematian George Floyd yang mencetuskan tunjuk perasaan meluas di seluruh AS telah diumumkan sebagai kes pembuhuhan selepas bedah siasat rasmi dilakukan.

Lelaki berusia 46 tahun itu telah mengalami serangan jantung ketika ditahan oleh polis Minneapolis.

Punca kematian itu disebabkan cardiopulmonary arrest complicating law enforcement, pengekangan dan tekanan di leher.

Sementara itu Donald Trumph menegaskan akan menggunakan tentera untuk menghentikan rusuhan yang berlaku di seluruh negaranya.

Sebuah video menunjukkan seorang pegawai polis kulit putih kekal berlutut di leher Floyd walaupun dia mengaku tidak dapat bernafas telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kejadian itu telah menyebabkan tunjuk perasaan selama 6 hari berturut-turut di seluruh AS dan tahap kerusuhan sivil yang tidak pernah disaksikan sejak beberapa dekad sebelum ini.

Pegawai tersebut, Derek Cauvin telah didakwa dengan pembunuhan tahap 3 dan akan hadir ke mahkamah pada minggu depan.

3 lagi pegawai polis yang berada di tempat kejadian telah dipecat serta merta.

Pemeriksaan bedah siasat rasmi Floyd oleh Pejabat Pemeriksaan Perubatan Daerah Hennepin juga merekodkan bukti penyakit jantung dan penggunaan dadah oleh mangsa.

Ia menyebut bahawa Floyd mengalami serangan jantung ketika ditahan oleh pengawai penguatkuasa pada 25 Mei.

Penemuan ini dikeluarkan sejurus selepas pemeriksaan peribadi yang dilakukan oleh kakitangan perubatan yang dilantik oleh keluarga Floyd.

Laporan itu mengatakan Floyd meninggal akibat asfiksia (kekurangan oksigen) akibat tekanan pada leher dan punggungnya.

Pihak kesihatan yang dilantik mereka juga mengatakan kematian itu adalah pembunuhan.

“Penyebab kematian menurut saya adalah disebabkan asfiksia, kerana tekanan pada leher yang boleh mengganggu aliran oksigen mengalir ke otak dan mampatan di bahagian belakang.” kata Doktor Michael Baden, bekas kakitangan perubatan New York City pada siding akhbar.

Benjamin Crump, seorang peguam yang mewakili keluarga Floyd berkata “Tidak syak lagi dia akan hidup hari ini jika tidak kerana tekanan yang dilakukan ke atas lehernya oleh pengawai Derek Chauvin dan tekanan di badannya oleh 2 pegawai lain.

 

Sementara itu Presiden Trump dalam ucapan ringkas di White House semalam mengancam akan menghantar tentera untuk mengakhiri tunjuk perasaan jika bandar-bandar masih gagal mengawal situasi tegang.

“Kami akan mengakhiri tunjuk perasaan dan salah laku sehingga melanggar undang-undang.”

Trumph juga menyalahkan pihak kumpulan anarkis profesional dan kumpulan anti fasis (Antifa).

“Saya mengesyorkan kepada setiap gabenor agar mengerahkan pengawal National Guard dengan jumlah yang cukup sehingga kita kembali menguasai jalanan.”

Pengawal National Guard adalah pasukan tentera simpanan yang boleh digunakan untuk campur tangan ketika darurat negeri dijalankan.

Kira-kira 16,000 tenteranya telah dikerah untuk menangani rusuhan setakat ini.

“Sekiranya sebuah bandar atau negeri enggan mengambil tindakan yang perlu, maka saya akan mengerahkan tentera AS menyelesaikan masalah bagi pihak mereka.”

“Saya mahu penganjur penganasan ini menyedari bahawa mereka akan menghadapi hukuman jenayah berat.”

Sebelum ini Presiden Trumph memberitahu kepada Gabenor negara mereka terlalu lemah dan perlu lebih keras. Mereka perlu menggunakan pasukan dari National Guard.

“Anda harus menangkap orang, anda harus menjejaki mereka, anda harus memenjarakan mereka selama 10 tahun dan perkara seperti hari ini tidak akan dilihat lagi. kata Trumph dalam satu panggilan video untuk media AS.

Lebih daripada 75 bandar telah menyaksikan tunjuk perasaan atas apa yang berlaku kepada George Floyd.

Jalan-jalan yang sebelum ini sepi kerana wabak coronavirus telah dipenuhi oleh para penunjuk perasaan yang bergerak di bahu jalan.

Kes ini menjadi setaraf dengan kes berprofil tinggi Michael Brown di Ferguson, Eric Garner di New York dan lain-lain yang mendorong kepada pergerakan Black Lives Matters.

Tunjuk perasaan bermula pada petang Isnin di 40 bandar telah memaksa pihak pemerintah melanjutkan perintah berkurung.

Ribuan orang berarak di New York dan rakaman viseo di media social menunjukkan kedai-kedai utama di Manhattan dipecah dan dirompak.

Protes kecil berlaku di bandar-bandar lain termasuk Los Angeles dan Oakland.

Di tempat lain, ketua Polis Louisville Kentuky dipecat selepas pegawai penguatkuasanya menembak orang ramai dan membunuh seorang pemilik kedai.

Datuk Bandar Greg Fisher mengatakan pegawai dan pasukan yang terlibat dengan insiden tembakan itu gagal mengaktikan kamera badan.

“Kejadian seperti ini tidak akan ditoleransi.”

Pada hari Ahad, demostrasi aman telah memberi peluang untuk kumpulan ini bertindak ganas di banyak bandar. Pertempuran berlaku diantara pihak polis dan penunjuk perasaan.

Banyak video yang dikongsi oleh social media dari seluruh AS menunjukkan polis rusuhan bertindak balas secara disproportionately.

Puluhan serangan yang mensasarkan wartawan juga telah dilaporkan.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan