Ketika United Berunding Dengan Rabiot, Wanda Nara Tawarkan Suaminya Ke Old Trafford

Wanda Nara nampaknya benar benar prihatin dengan masalah yang menimpa Manchester United ketika ini. Di mana pasukan itu masih bergelut untuk mendapatkan penyerang no.9.

Selepas terlepas Darwin Nunez pada awal jendela perpindahan, Manchester United kemudian terlepas pula Benjamin Sesko kepada RB Leipzig.

Dengan jendela perpindahan berbaki kurang sebulan lagi, Man United kini dikaitkan dengan Arnautovic untuk pembelian panik. Namun rundingan tersebut juga gagal. Ini selepas Man United tidak mahu melakukan bidaan kedua kerana bantahan daripada penyokong yang menganggap Arnautovic tak cukup bagus, misalnya pernah bermain di Liga Super China.

Malah ada yang mengungkit kesalahan rasis pemain itu di masa lampau.

Oleh itu, ejen kepada Mauro Icardi, Wanda Nara telah menawarkan suaminya kepada Manchester United untuk menyelesaikan masalah di Old Trafford itu.

Icardi antara pemain yang dalam senarai untuk dijual oleh PSG jika ada tawaran yang bagus kepada pemain tersebut.

Icardi sebelum ini menyatakan dia tak kisah untuk terus duduk di bangku simpanan PSG.

Tetapi situasi mungkin berubah ketika ini. Kerana dia perlu mencari minit permainan jika mahu beraksi dalam Piala Dunia 2022 akan datang.

Icardi dilihat tidak memiliki peluang untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan. Dengan pengurus baru PSG, Christophe Galtier sudah memberitahu bahawa Messi dan Mbappe adalah pilihan utama untuk peranan di hadapan. Sementara Neymar ketika ini turut kekal menjadi pilihan tiga serangkai untuk serangan PSG.

Icardi sudah diberitahu agar dia mencari kelab lain, kerana PSG tak menjamin pemain itu akan beraksi lebih kerap selepas ini. Malangnya Icardi dan isterinya, Wanda Nara dilaporkan sangat selesa dengan kehidupan di Paris. Kota yang sentiasa meriah dengan parti dan tempat tumpuan acara untuk selebriti kelas A.

Entah apa yang berlaku, tiba tiba Icardi meminta agar ejennya itu mencari kelab baharu untuknya.

Icardi mahu menikmati bola sepak terbaiknya sekali lagi seperti mana ketika dia beraksi untuk Inter Milan.

Menurut laporan TYC, bukan sahaja Manchester United, Wanda Nara turut menghubungi Galatasaray untuk menawarkan khidmat suaminya itu.

Kelab Turki itu juga terdesak mencari pemain baharu. Mereka malah dikaitkan dengan rumors liar mahu mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Icardi bukan satu satunya pemain yang ada kaitan dengan PSG dikaitkan dengan Man United. Setan merah dilaporkan sedang berunding syarat peribadi dengan Adrien Rabiot.

Ini selepas Man United dan Juventus mencapai kesepakatan harga untuk graduan akademi PSG itu.

Dalam perkembangan yang lain, PSG turut berminat dengan Marcus Rashford. Pemain itu masih ada baki setahun dalam kontraknya, walaupun ada opsyen tambahan lanjutan semusim lagi. Namun musim lalu, Rashford dengan terbuka membayangkan bahawa dia mungkin tidak akan melanjutkan kontrak dengan kelab itu.

Ketika itu Rashford dikatakan kecewa dengan Ralf Rangnick yang terus menyisihkannya. Ketika Man United benar benar ketandusan pemain, Rangnick malah menjadikan Elanga pilihan utamanya berbanding Rashford pada ketika itu.

Perkara itu mungkin berubah jika Rashford selesa dengan Erik Ten Hag. Di mana dalam aksi pra musim Rashford dan Martial memainkan peranan penting mereka.

Wanda Nara si ejen yang boleh tahan liarnya

Sama seperti Rabiot, Icardi memiliki reputasi bersama ejennya. Wanda Nara pernah menjadi punca kenapa Real Madrid bengang dengannya. Ini apabila sengaja berunding dengan Real Madrid kononnnya laki dia mahu ke sana. Namun dia telah menjadikan butiran tawaran gaji Real Madrid itu untuk meminta gaji baharu di Inter Milan.

Dia meminta Inter menyamai tawaran gaji tersebut. Icardi rupa rupanya memang mahu terus kekal di Inter. Real Madrid membuang masa berunding dengan Wanda Nara. Kemudian Icardi tidak sehaluan dengan pengurusnya. Membuatkan dia dipecat daripada jawatan kapten kerana Wanda Nara didapati cuba memanipulasi kelab dalam rundingan kontrak.

Inter kemudian memutuskan untuk tidak berunding dengan Icardi.

Pemain itu disisihkan dalam perlawanan menentang Lazio. Dan Wanda Nara dengan terbuka mengkritik pengurus Luciano Spalletti yang ketika itu memutuskan bahawa mulai hari itu, Lautaro Martinez akan menjadi pilihan utama mereka.

Dia yang merajuk memutuskan untuk tidak mahu beraksi dalam perlawanan penting Inter dalam kempen Europa League. Dia terus mengelak tugasan lain dengan menyatakan bahawa dia mengalami kecederaan di lutut. Peminat Inter Milan akhirnya menyampah dengan Icardi. Kerana ternyata sumber dalaman kelab memberitahu bahawa pemain itu baik baik sahaja. Dia tak mahu bermain kerana kecil hati dipecat daripada kapten.

Akhirnya dia pergi ke PSG.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di