Ketum PSSI Mahu Indonesia ‘Kasi Hajar’ Semua Lawan Terutama Malaysia Dan Vietnam

Ketua Umum (Ketum) PSSI Mochamad Iriawan meminta pasukan kebangsaan Indonesia menewaskan semua lawan pada Piala AFF 2020.

Iriaawan berkata, Indonesia akan ‘menghajar’ kesemua lawan mereka dalam edisi kali ini. Lebih-lebih lagi musuh utama mereka, Malaysia dan juga jaguh Asia Tenggara Vietnam di peringkat kumpulan.

Selain Vietnam dan Malaysia, dua lagi pasukan dalam Kumpulan B bersama pasukan kebangsaan Indonesia ialah Kemboja dan Laos. Piala AFF akan berlangsung dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2021 di Singapura.

Pasukan kebangsaan Indonesia akan menentang Kemboja dalam perlawanan pertama pada 9 Disember ini. Kemudian, menentang Laos.

Perlawanan ketiga dan keempat adalam perlawanan hidup dan mati Timnas Indonesia menentang Vietnam, dan pada 19 Disember 2021 menentang Malaysia.

“Saya berharap kita akan menewaskan semua lawan di peringkat kumpulan. Jangan takut, anda perlu kuat mental menentang mereka! Tunjukkan pasukan kebangsaan Indonesia adalah pasukan yang kuat dalam Piala AFF 2020,” kata Ketum PSSI itu.

“Hajar (ajar) semua lawan kita, terutama sekali Vietam dan Malaysia.”

“Untuk Piala AFF 2020, kami mahu pasukan kebangsaan Indonesia menang di acara berprestij Asia Tenggara itu. Pemain mesti terus berjuang, bekerja keras, berdisiplin, dan mengikut arahan jurulatih,” jelasnya.

Sebelum memasuki Piala AFF, pasukan kebangsaan Indonesia akan mengadakan berbentuk kem terlebih dahulu di Turki. Selain itu, terdapat dua perlawanan ujian menentang Afghanistan (16 November) dan Myanmar pada 25 November 2021.

Selepas selesai urusan di Turki, pasukan bimbingan Shin Tae-yong segera berlepas ke Singapura pada 3 Disember bersama dengan 25 pemain mereka.

“PSSI terus menyokong penuh semua program daripada jurulatih Shin Tae-yong demi mencapai pencapaian terbaik pasukan kebangsaan Indonesia,” tambah Ketum yang bijaksana itu.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri Belia dan Sukan, Zainudin Amali yang tidak henti-henti membantu dan menyokong penuh kami,” tutup beliau.

Iriawan berharap Indonesia akan mengakhiri penantian mereka yang masih belum pernah menjuarai Piala AFF di dalam sejarah negara mereka.

Indonesia menjadi naib juara sebanyak 5 kali di dalam sejarah. Menjadikan mereka pasukan paling banyak kalah di final Piala AFF.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan