Kisah Emosi Keraian Lopetegui Dakap Piala Pertama Selepas 2 Pemecatan Pada 2018

Julen Lopetegui kehilangan dua pekerjaan yang besar dalam bola sepak pada 2018.

Dua tahun kemudian, Lopetegui mengembalikan reputasinya dengan memimpin Sevilla memenangi Liga Europa 2019/2020 setelah menewaskan Inter Milan 3-2 di Stadium RheinEnergie.

Lopetegui menikmati karier yang sangat baik dengan Sepanyol. Di mana dalam kempen kelayakan Piala Dunia, beliau berjaya membimbing Sepanyol mara awal ke Piala Dunia. Rekod beliau dengan Sepanyol adalah 14 kemenangan dan enam seri.

Kontrak beliau dengan pasukan kebangsaan Sepanyol akan berakhir pada 2018, selepas Piala Dunia.

Namun yang menyedihkan adalah tindakan Real Madrid yang mengumumkan perjanjian dengan beliau sebelum Piala Dunia bermula.

Kita semua tahu, ramai jurulatih akan membuat perancangan awal dalam karier seterusnya mereka, terutama pada tahun akhir kontrak mereka.

Tetapi tak faham kenapa Real Madrid tak sabar sabar nak umumkan.

Dipecat La Roja

Lopetegui ketika itu memiliki rekod 14 menang dan 6 seri bersama La Roja. Dan sekali lagi Sepanyol diangkat sebagai salah satu pasukan pilihan.

Hanya kerana pengumuman itu, RFEF mengambil tindakan kerana Lopetegui membelakangi mereka dalam hal tersebut.

Akhirnya beliau dipecat hanya 2 hari sebelum Piala Dunia 2018 bermula.

Pemecatan beliau memberikan kesan kepada kempen pasukan Sepanyol yang huru hara ketika itu. Kehebatan Sepanyol ternganggu dan mereka gagal dalam kempen tersebut.

Ada yang merasakan, La Roja mungkin akan mengalami kempen berbeza jika Julen Lopetegui terus mengemudi pasukan.

Ada juga yang mulai menyalahkan RFEF yang menurut mereka sepatutnya mendenda sahaja Lopetegui dan Real Madrid.

Julen Lopetegui sebenarnya memang dalam senarai menggantikan Zidane di Real Madrid. Tetapi pada musim 2018/19 beliau pernah mengeluh bahawa Real Madrid tidak menepati janji.

Ini kerana Lopetegui meletakkan antara syarat beliau menerima tawaran Madrid ialah jaminan Cristiano Ronaldo akan kekal.

Tetapi itu tak berlaku. Ronaldo dijual selepas tamat Piala Dunia 2018.

Dipecat Real Madrid pula

Lopetegui gagal memberikan impak dalam kem Real Madrid. Terlalu banyak tekanan dalam pembentukan pasukan beliau membuatkan Los Blancos menamatkan perkhidmatan beliau.

Ini selepas Lopetegui mencipta rekod buruk dengan hanya 6 kemenangan daripada 14 perlawanan terakhir. dua seri dan enam kalah.

Lopetegui dipecat selepas hanya empat bulan di sana.

Setelah kehilangan pekerjaan di Real Madrid, Lopetegui menganggur selama lapan bulan. Dia akhirnya ditandatangani oleh Sevilla dengan kontrak rasmi pada 5 Jun 2020.

Bersama Sevilla

Pada awalnya ada segelintir penyokong Sevilla tidak yakin dengan beliau. Kerana menurut mereka, ada beberapa pilihan lain yang lebih baik.

Tetapi ramai juga yang suka dengan perlantikan Lopetegui kerana impak beliau ketika di Sepanyol dahulu ternyata sangat bagus.

Real Madrid mungkin terlalu besar untuk beliau tetapi bukan Sevilla.

Prestasi musim pertamanya dengan Sevilla tidaklah buruk.

Jurulatih berusia 53 tahun itu membantu Sevilla menamatkan saingan liga di tangga tempat keempat, sambil memastikan kelayakan mereka ke Liga Juara-Juara musim depan.

Beliau juga menjadi mastermind yang membantu Sevilla menyingkirkan pasukan yang sedang on form  – Man United – daripada separuh akhir UEL.

Beberapa hari kemudian, Lopetegui membimbing Sevilla  mengalahkan Inter Milan dalam kancah final Liga Europa.

Gelaran Liga Europa tidak asing bagi Sevilla, tetapi mempunyai makna yang sangat istimewa bagi Lopetegui.

Lopetegui menangis penuh emosi ketika dia mendakap piala pertama di dalam kariernya selepas apa yang berlaku dua tahun lalu.

Beliau memeluk staf kejurulatihannya yang ada di antara mereka bersama dengan beliau ketika senang dan susah.

Ketika sama sama dilantik menjadi kejurulatihan Sepanyol dan Real. Dan kemudian bersama sama dipecat oleh Sepanyol dan Madrid.

Ini akan menjadi gelaran keenam Sevilla di pentas Liga Europa. Sevilla mengukuhkan statusnya sebagai pasukan paling berjaya dalam peringkat pertandingan Eropah kelas kedua itu.

Mereka menang 6 daripada 6 final mereka bertanding.

Bagi Lopetegui, ada makna yang lebih mendalam untuk kemenangan Sevilla. Dia akhirnya dapat mendapatkan kembali reputasinya yang rosak oleh dua pemecatan pahit pada tahun 2018.

Beliau berjaya mengembalikan semula keyakinan ramai pemain dalam kem Sevilla.

Gaya pengurusannya memang bagus. Dan corak taktikal mereka juga sangat baik pada ketika ini.

Baca yang lain