Kisah Perpindahan Eric Cantona Yang Menjadi Revolusi Kepada Premier League

Eric Cantona adalah bintang luar pertama yang menjadi muka kepada liga bola sepak Inggeris awal era Premier League.

Cerita mengenai perpindahan Cantona ke Manchester United sangat terkenal.

Howard Wilkinson, pengurus Leeds United telah menelefon Manchester United untuk bertanyakan mengenai Denis Irwin, dan Sir Alex Ferguson mengambil peluang ini untuk tanya balik tentang Eric Cantona.

Ferguson memang sangat berminat, dengan ada meminta pendapat daripada bek tengah ketika itu iaitu Gary Pallister dan Steve Bruce. Kedua-duanya cakap yang Cantona ni memang lawan yang sangat susah untuk dihadap.

Ketika perlawanan Champions League di antara Rangers dan Leeds, Ferguson datang menonton dan duduk di sebelah Gerrard Houllier yang juga merupakan pengurus Perancis ketika itu.

Selepas Cantona menunjukkan emosi marah apabila dikeluarkan, Houllier berterus terang memberitahu yang dia perlu carikan Cantona sebuah kelab yang baru.

Leeds United bukan tempat yang sesuai.

Ferguson terus berminat tetapi mula mengetuk pintu setelah penyerang muda Manchester United iaitu Dion Dublin mengalami kecederaan patah kaki.

Ferguson seorang yang sangat terbuka tentang ciri-ciri penyerang.

Bukan hanya Cantona saja yang berada dalam senarai, Ferguson juga merisik peluang mengintai pemain lain sebagai pilihan seperti Matt Le Tissier, Peter Beardsley, David Hirst, dan Brian Deane.

Manchester United sudah ada Mark Hughes dan Ferguson juga pernah cuba membawa Alan Shearer untuk bergandingan bersama di bahagian serangan.

Namun begitu, Cantona seorang saja yang betul-betul berada dalam senarai untuk dijual. £1.2 juta dibayar kepada Leeds United, lebih murah berbanding harga yang ditawarkan kepada Sheffield Wednesday untuk David Hirst (£3 juta) sebelum ditolak.

Sepanjang tempoh 5 tahun di Old Trafford, Ferguson ada hubungan yang sangat rapat dengan Cantona.

Berbanding pemain lain yang diberikan layanan tegas seperti seorang guru dan pelajar, caranya terhadap Cantona berbeza.

Setiap hari sebelum latihan, Cantona akan minum teh bersama-sama Ferguson.

Kebiasaan pengurus akan mengalami kesukaran untuk mengawal pemain bintang dalam pasukan.

Ferguson sedar perkara ini dan ambil keputusan untuk bagi layanan istimewa kepada Cantona, walhal dengan pemain Manchester United yang lain sampai siap menjerit ke muka sekiranya beraksi dengan buruk.

Seperti yang sedia maklum, pemain Perancis ini menjadi impak kepada kejayaan Manchester United.

Cantona mempunyai reputasi yang sangat besar di Old Trafford.

Pengaruhnya telah merevolusi bagaimana Liga Inggeris bermain, secara tidak langsung mengubah terus landskap bola sepak di negara itu.

Source: The Mixer by Michael Cox

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali