Kisah ‘Potong Bawang’ Ketika Formella Menangis Raikan Gol Kerana Ayahnya Baru Meninggal Dunia Kerana Kanser

Bola sepak adalah sukan yang sarat dengan kisah luar biasa, sama ada ketika di dalam padang mahupun di luar padang. Pernah terjadi kisah seorang pemain bola sepak kembali ke padang hanya selepas melihat isterinya bersalin dan menjaringkan gol. Namun ada juga momen yang mengharukan.

Misalnya melibatkan penyerang Sacramento Republik, Darek Fiormella. Di mana, pada beberapa tahun lalu, pada 2019, berlaku satu kisah yang sangat menyentuh perasaan kita sebagai peminat bola sepak.

Pada hari itu Formella dirundung kisah sedih kehilangan ayahnya. Namun dia tetap beraksi walaupun ayahnya baru meninggal dunia 3 jam sebelum perlawanan. Dia malah menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut ketika menentang Rio Grane Valley Toros.

Keraiannya menjadi viral selepas ramai yang mengetahui kisah di sebaliknya.

Formella baru sahaja memulakan kerjaya di AS bermain untuk Sacremento. Dalam perlawanan itu, pemain yang ketika itu berusia 26 tahun menjaringkan gol kemenangan kelabnya pada minit ke 81. Selepas perlawanan itu dia membuat sambutan penuh emosi. Dia tidak meraikan dengan tawa, tetapi dengan tangis.

Rakan-rakannya tertanya-tanya mengapa Formella menangis kerana mereka menganggap perlawanan itu hanyalah perlawanan biasa. Sebelum ini dia turut menjaringkan gol kemenangan, namun kenapa hari itu dia sangat emosional.

Rupa rupanya, ayah Formella di Poland meninggal dunia akibat kanser, tiga jam sebelum perlawanan berlangsung. Dia menguatkan hatinya untuk tidak memberitahu berita sedih itu kepada rakan-rakannya sebelum perlawanan supaya tumpuan semua anggota skuad tidak terganggu. Dan, dia juga mahu kekal profesional untuk memberikan yang terbaik selagi dia mampu.

Dia juga bersedia untuk meminta dikeluarkan jika dia tidak dapat fokus dalam perlawanan tersebut, namun dia bercadang hanya mahu memberitahu jurulatihnya. Formella hanya memberitahu berita sedih itu selepas Sacramento menjaringkan gol kemenangan pasukannya.

Dia berjaya menguatkan hatinya. Dalam perkongsiannya, Formella berkata, ketika dia menghubungi emaknya, sang emak berpesan kepadanya: “Kamu masuk sahaja ke padang dan bermainlah demi ayah kamu.”

Ayah Formella merupakan peminat no.1 Formella dan sangat mencintai sukan bola sepak.

Air matanya mengalir deras ketika dia melutut di padang ketika dia meraikan gol itu. Dia kemudian memberitahu salah seorang rakannya. Baru rakannya tahu bahawa keraian itu sebenarnya untuk ayahnya.

Kemudian, selepas tamat perlawanan dia mendapatkan teman wanitanya. Formella kemudian membisikkan sesuatu kepada kekasihnya itu, yang wajahnya serta-merta berubah terkejut.

Teman wanitanya yang mendapat tahu akan perkara itu kemudian memeluknya erat sambil berkata sesuatu. Dia kemudiannya juga menunjuk ke langit sebagai simbol.

Pada ketika itu, Formella berkata: “Beberapa minggu kebelakangan ini amat sukar untuk saya dan keluarga saya. Ayah saya sedang bertarung dengan kanser. Tiga jam sebelum perlawanan, saya mendapat tahu bahawa bapa saya telah meninggal dunia,” kata Formella kepada laman web rasmi Sacramento.

“Saya cuba untuk tidak menunjukkan kepada sesiapa bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Saya hanya mahu kekal fokus pada perlawwanan dan melakukan tugas saya sebaik mungkin. Tetapi, selepas saya menjaringkan gol, saya tidak dapat menahan emosi dan mula menangis, ” tambah bekas pemain Poland B-21 itu.

Sacramento Republic kemudian menerbitkan video khas perkongsian Darek Formella tentang keraian emosionalnya pada hari itu.

Formella kini tidak lagi beraksi untuk pasukan Sacramento Republic, kerana baru sahaja menyertai kelab USL, Oakland Roots pada perpindahan Januari 2022.

BACA JUGA: Kawin Thamsatchanan Dimasukkan Atas Dasar Kemanusiaan, Dia Kehilangan Ayahnya Pada Hari Final

Ketika Chanathip Songkrasin menjaringkan gol, beliau terus berlari memeluk Kawin Thamsatchanan. Ianya menunjukkan bahawa beliau mendedikasikan gol itu kepada legenda bola sepak Thailand yang baru kehilangan ayahnya.

Ianya satu tindakan yang sangat menyentuh hati dilakukan bintang Liga J itu yang menjaringkan 2 gol dalam aksi final pertama Piala AFF 2020.

Shukor Adan dalam analisisnya di Arena menyatakan bahawa pertukaran Thailand ini mungkin bersifat menganjing pasukan lawan selepas mendahului 3-0.

Namun sebenarnya tidak. Ianya memang sudah dirancang awal oleh Mano Polking yang mahu memberikan masa permainan 15 minit untuk Kawin beraksi.

Ianya hari yang sukar untuk Kawin yang sebelum ini terpaksa meminta pelepasan khas untuk meninggalkan kem kebangsaan Thailand atas urusan keluarga. Kerana ayahnya tenat di negaranya.

Pengurusan Mano Polking memutuskan untuk membenarkan Kawin balik kerana mereka tahu kemanusiaan itu lebih penting daripada bola sepak. Walaupun menyedari beberapa kesulitan yang mungkin akan dihadapi oleh Kawin ketika mahu memasuki Singapura semula.

Pada 12 Disember lalu, News Fox melaporkan bahawa, Kawin Thamsatchanan terpaksa meninggalkan Singapura untuk balik ke Thailand. Dia kemudian menjalani kuarantin sehari di Thailand kerana dari gelembung sukan.

Ketika itu ayahnya dikejarkan ke hospital dan meluangkan masa dengan keluarganya yang terdekat untuk menjaga ayahnya. Selepas itu Kawin terus kembali ke Singapura.

Kawin dipanggil oleh Thailand kerana pengalamannya. Sebelum ini Kawin menjadi penjaga gol utama Thailand. Tetapi sejak berpindah ke Belgium, Kawin Thamsatchanan berdepan dengan masalah kecederaan. Kawin Thamsatchanan mulai gagal menunjukkan prestasi terbaiknya.

Kawin mulai kehilangan tempat sebagai no.1 dan banyak menjadi pemain simpanan.

Tetapi Mano Polking menganggap Kawin Thamsatchanan sebagai pemain penting untuk membantu para pemain muda yang lain. Dan pada masa yang sama masih percaya dengan kualiti penjaga gol veteran itu.

Mano Polking kemudian membuat keputusan untuk memasukkan Kawin pada separuh masa kedua.

Kemasukan Kawin disambut meriah oleh penyokong dan pemain Thailand yang gembira melihat penjaga gol berbadan sasa itu masuk ke padang pada hari dia kehilangan ayahnya tercinta di negaranya.

Tidak banyak aksi daripada Kawin kali ini kerana Indonesia tidak memiliki penyudah yang bagus, tidak ada banyak percubaan tepat.

Selepas tamat perlawanan, Kawin Thamsatchanan mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, pasukan dan semua penyokong yang memberikan sokongan kepadanya.

Dia menghargai detik beraksi 15 minit pada final. Pertukaran kali ini ternyata lebih kepada atas dasar kemanusiaan berbanding taktikal.

https://twitter.com/aviusss/status/1476198497997131776

Kawin telah menjadi inspirasi ramai anak muda Thailand. Beliau dikenali dengan sikapnya yang suka berkongsi tips kecergasan di media sosial. Mempromosi cara hidup sihat.

Kawin sangat profesional dan sentiasa menjaga disiplinnya di dalam dan di luar padang. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain penting dalam sejarah bola sepak Thailand.

Thailand berjaya mencipta kemenangan 4-0 ke atas Indonesia dalam aksi final pertama Piala AFF 2020. Format Piala AFF di mana ada dua perlawanan timbal balik untuk aksi separuh akhir dan akhir.

Ketua pasukan Gajah Putih iaitu Chanathip Songkrasin menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini. Sementara dua lagi gol adalah menerusi Supachok dan Bourdin Phala.

Thailand superior dari segenap segi dalam perlawanan final ini. Mereka selayaknya menang.

Kemenangan ini meletakkan Thailand di kedudukan sangat selesa untuk merangkul satu lagi Piala AFF. Sementara Indonesia kini sedang berada di landasan sukar dan bakal menerima hakikat perit jika mereka gagal menjaringkan 5 gol tanpa bolos pada perlawanan kedua.

Indonesia menjadi pasukan paling banyak kalah di final dengan 5 kali. Dan kini yang keenam semakin hampir. Lebih perit kerana Indonesia masih belum pernah menjuari piala AFF Suzuki.

Baca yang lain