Kisah Rodri Tetap Duduk Hostel, Siapkan Kerja Rumah, Tak Ponteng Kuliah Walaupun Bergaji RM677k Seminggu

Rodri merupakan pemain bola sepak terkenal. Namanya mula melonjak naik ketika di La Liga membuatkan beliau menjadi sasaran Manchester City. Rodri kemudian menyertai City beberapa musim lalu dan terus menjadi pemain penting di tengah untuk skuad bimbingan Pep Guardiola.

Pada akhir musim panas 2022, Rodrig menerima kontrak baharu jangka panjang dengan gaji £220,000 seminggu. Kenaikan £100,000 daripada sebelum ini.

Kisah Rodri yang rendah diri

Namun ada satu kisah menarik ketika Rodri masih bergelar mahasiswa sambil bermain bola sepak di Manchester City.

Ketika itu Rodri menerima gaji £120,000 seminggu ataupun sekiar RM677k seminggu di Manchester City. Dan ketika di Atletico beliau juga sudah menikmati gaji puluhan ribu euro seminggu.

Dengan wang yang beliau miliki Rodri boleh saja menyewa rumah mewah, malah hotel sekalipun, ataupun membeli rumah.

Namun sebaliknya Rodri memilih untuk tinggal di kolej kediaman tempat beliau belajar. Ini kerana Rodri mahu merasai pengalaman menjadi pelajar biasa seperti pelajar yang lain.

Dan Rodri juga dilaporkan tidak pernah ponteng kelas. Lebih menarik Rodri tidak ada akaun media sosial buat masa ini. Kerana fokus beliau adalah kepada pelajaran dan kariernya sebagai pemain bola sepak.

Rodri belajar untuk mendapatkan sarjana dalam bidang ‘Business Administration and Management’. Dan beliau masih lagi belajar dalam bidang tersebut ketika di Manchester.

Beliau masih Rodri yang sama ketika tiba di Manchester, dengan gaji lebih besar, beliau masih tak ponteng kuliah. Di mana kini kuliah dilakukan secara atas talian. Malah, beliau menggunakan cuti panjang lockdown pada musim pandemik untuk duduk di rumah dan peluang untuk beliau belajar dengan lebih fokus.

Berbeza dengan rakan rakannya yang lain. Kyle Walker siap kantoi pesta pora membawa wanita ketika lockdown.

Rodri menegaskan, walaupun dia seorang pemain bola sepak, pelajaran sentiasa menjadi keutamaannya. Kerana baginya pendidikan akan membuatkan seseorang itu lebih baik. Menurut Sky Sports, beliau sebelum ini pernah terlibat dalam program pertukaran pelajar ke Amerika dan Ireland. Ayahnya memang sangat tegas dalam soal pelajaran dan mahukannya belajar dalam bahasa Inggeris.

Ketika di Villareal, beliau belajar dalam Pengajian Perniagaan dan Ekonomi di Universiti. Dan pensyarahnya memberitahu dia duduk di koleh kediaman di Universidad de Castellon.

Dalam satu temubual dengan Marca ketika dia di kem Sepanyol untuk Euro B-21 2017, di biliknya terdapat banyak buku bersamanya.

Rakannya, Valentin Henarejo berkata: “Orang akan terkejut kalau kawe cerita pasal Rodri, dia bermain dengan pasukan ternama tetapi masih duduk dalam kolej kediaman yang disediakan Universiti.”

“Mulanya memang rasa luar biasa, namun selepas selalu berjumpa kita jadi terbiasa. Dia seorang yang suka berkongsi dengan rakan rakan lain. Dan tak kisah pun duduk dengan kitorang kat sofa. Cuma rasa pelik tengok dia main pingpong dan kemudian mencuci pakaiannya sendiri.”

“Dia sebenarnya senang sahaja nak beli sebuah apartment mewah. Oleh sebab itu saya rasa dia sertai sesebuah pasukan dengan rekod kelab pun bukan kerana wang atau kebendaan.”

“Dia pakai kereta second hand Opel Corsa je. Dia beli daripada seorang akak tu ketika dia belajar memandu.”

“Kitorang ada suruh dia beli la kereta mewah sikit untuk keselamatan dia dari Madrid ke Castellon, tapi dia cakap, buat apa nak buang duit banyak banyak pada kereta?”

“Malah dia nasihatkan saya pula, memang ada kawan kawan pelajar kami yang beli kereta mewah, tapi dia kata, tujuan dia tetap sama. Nak pergi dari titik A ke B. Itu je.”

Di atas padang Rodri seringkali memasukkan bajunya ke dalam seluar / tuck in, sebab mentaliti dia sebagai seorang pelajar sangat kuat. Selain daripada tiada media sosial, Rodri turut tidak ada tatu.

Berkongsi dengan laman rasmi Man City tentang pelajarannya, Rodri berkata: “Saya pasti ianya akan membantu saya di masa akan datang, tidak pastilah dengan cara apa. Kamu tak pernah tahu.”

“Bila aku dah habis karier sebagai pemain bola sepak, aku nak la terus kekal dalam industri sukan, namun jika tak ada rezeki, tak pe lah, fine!”

Bercakap kepada City Extra, Rodri pernah menyatakan bahawa kehidupan sebagai pelajar adalah sangat hebat. Dan dia menikmati kehidupan terbaik pada ketika itu kerana bergelar pemain bola sepak dan juga seorang mahasiswa. Dua bidang yang dia sangat sukai dalam hidup.

Walaupun ramai yang kagum, biasalah media sosial kan. Ada juga yang menuduh Rodri ni sebenarnya kedekut. Dia menjelaskan dia mahu duduk di kolej kerana ibu bapanya yang mencadangkan agar dia merasai sendiri kehidupan pelajar di kolej kediaman.

“Tahun terbaik dalam hidup saya setakat ini. Ibu bapa saya mencadangkan saya agar pergi duduk kat kolej kediaman. Di sana bagus sekali, sangat menggembirakan bercampur dengan mereka yang sebaya kamu.”

“Saya berjumpa dengan awek saya di sana. Salah satu pengalaman terbaik pernah saya rasai.”

“Kehidupan sebagai pelajar ye? Suasana terbaik di dunia. Tak tak, saya akan pergi keluar makan malam atau minum. Tetapi saya bukan jenis duduk lama lama sehingga larut malam. Saya ni lelaki yang agak membosankan dan tak buat apa apa.”

Chiellini: Main bola je tak cukup

Beberapa tahun lalu Chiellini menyatakan bahawa bermain bola sepak sahaja tak cukup untuk seorang pemain profesional. Itulah kata-kata nasihat daripada pemegang Master Pengurusan Perniagaan serta Ijazah dalam Ekonomi lulusan Universiti Turin, Giorgio Chiellini.

Bagi beliau para pemain perlu ada perancangan apa yang akan mereka lakukan selepas bersara kelak ataupun terpaksa meninggalkan bola sepak atas sebab-sebab tak dapat dielakkan.

“Belajar akan membuatkan saya melepaskan tekanan daripada dunia bola sepak dan membolehkan otak saya kekal ‘tajam’ ketika berfikir.”

Berdasarkan sumber FIFPro, hanya 13% sahaja pemain bola sepak profesional di Eropah yang ada pendidikan tinggi. Sebagai perbandingan keseluruhannya, seramai 53% lelaki di Eropah ada pendidikan tinggi.

“Sebagai pemain bola sepak, pada usia 20 tahun memang anda akan berasa tak dapat dikalahkan dan mampu membuat apa sahaja di atas padang bola sepak. Namun apabila anda sudah berusia 35 tahun, anda akan mendapati bola sepak sedikit sebanyak akan semakin berakhir.”

“Anda masih ada banyak lagi hayat dalam hidup selepas itu. Sebab itu saya berpendapat, main bola sepak sahaja tak cukup untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hanya beberapa daripada kita (pemain bola sepak) akan mendapat pekerjaan dalam bidang bola sepak (kejurulatihan, pengurusan dan sebagainya).”

“Dan kita semua ada risiko berhadapan dengan depresi apabila sudah berhenti bermain. Ramai pemain yang dah bersara berhadapan dengan masalah kewangan.”

Sebelum ini pemain seperti Eboue antara yang terkesan dengan masalah muflis. Chiellini menambah lagi:

“Ini kerana mereka tidak dibimbing tentang apa yang patut mereka buat dalam hidup. Mereka juga tidak membuka minda mereka untuk belajar. Oleh sebab itu, main bola sepak sahaja tak cukup. Sejak dari awal karier anda lagi, anda harus memikirkan kehidupan selepas bermain bola sepak. Bukannya mulai berfikir tentangnya bila ianya dah berakhir.”

Beliau juga berpendapat, banyak menelaah buku dan belajar akan membuatkan seseorang itu lebih baik dalam membuatk keputusan di dalam padang.

“Jika kamu ada minda yang tajam, kamu akan dapat membuat keputusan yang cepat di atas padang. Ianya akan membantu kamu mencapai potensi maksimum.”

Chiellini terlibat dalam kempen Mind The Gap di bawah kendalian FIFPro. Program yang baru dilancarkan untuk membantu pemain dalam merancang kehidupan selepas bersara ataupun berhenti bermain bola sepak.

Mind The Gap sangat menekankan pengurusan pembangunan pemain. Organisasi ini akan melantik beberapa pemain di beberapa buah negara untuk membantu para pemain mempersiapkan diri selepas persaraan.

Setiausaha FIFPro, Theo van Seggelen berkata: “Statistik menunjukkan yang setiap pemain bola sepak ketika ini tidak dipersiapkan dengan bidang lain. Ini menyukarkan mereka masuk ke bidang pekerjaan selain daripada bola sepak. Melalui kempen ini, kami dan kesatuan pemain akan cuba membantu pemain membetulkan perkara ini.”

Saya beerharap artikel ini sampai kepada semua pemain bola sepak di Malaysia. Satu nasihat yang sangat berguna daripada Chiellini.

Rancang persaraan ataupun risiko pemberhentian anda sebaik mungkin. Semoga Chiellini dan rakan-rakannya berjaya dalam kempen dan program ini

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan