Kisah Scouting Brighton Yang Padu Dan Menemui Nunez Lebih Awal Daripada Liverpool

Brighton kini diuruskan oleh Graham Potter. Pengurus yang dianggap sangat berkaliber. Bekerja dalam budget yang sederhana namun membina pasukan yang sangat baik.

Di mana musim lalu mereka menamatkan saingan di kelompok 10 teratas.

Salah satu perkara yang menarik tentang Brighton and Hove Albion adalah scouting mereka yang padu. Namun jarang diceritakan.

Dalam beberapa musim kebelakangan ini, mereka berjaya membangunkan bakat seperti Ben White serta Matt Ryan yang menjadi rebutan kelab lain selepas beraksi cemerlang bersama mereka.

Nama lain yang berjaya mereka pancing termasuk Davy Propper, Jose Izquierdo serta Florin Andone. Nama nama tersebut sudah tidak bersama dengan pasukan lagi.

Namun Brighton tetap berjaya terus mengesan bakat baharu untuk dibawa masuk ke dalam pasukan bagi memastikan mereka terus kekal dalam liga tertinggi di England.

Brighton hampir mendapatkan Nunez

Mereka sebenarnya hampir menandatangani Darwin Nunez dengan nilai £23.9 juta pada musim panas yang lalu dari Almeria pada 2020.

Ini selepas Darwin Nunez dengan selamber menjaringkan 16 gol semusim bersama kelab kerdil tersebut yang tidak ada nama bintang besar.

Namun perjanjian tersebut tidak dapat dimeterai kerana proses terlalu lambat dan Darwin Nunez sudah berada Benfica untuk memeterai perjanjian.

Nunez yang sudah setuju dengan terma peribadi, sudah sedia untuk datang ke EPL lebih awal.

Brighton memiliki scouting yang bagus

Dalam beberapa musim ini, Brighton membuktikan bahawa mereka telah berjaya melakukan scouting yang berkesan. Mereka mendapatkan nama seperti Yves Bissouma dan Marc Cucurella.

Selain itu, mereka juga berjaya mendapatkan Tariq Lamptey ke dalam pasukan mereka.

Kesemua pemain tersebut menikmati pembangunan karier yang luar biasa. Bissouma menjadi rebutan banyak kelab.

Dan dia akhirnya menyertai Spurs. Bissouma menjadi pemain ketiga ditandangani Conte pada musim panas kali ini.

Seterusnya Tariq Lamptey merupakan bakat daripada akademi Chelsea yang ditandagani mereka. Brighton turut berjaya memajukan lagi perkembangannya. Sehinggakan dia dianggap sebagai bek sisi yang elit di EPL.

Marc Cucucella yang menjadi pemain terbaik tahunan mereka untuk musim 2021/22 adalah pemain yang menjadi sasaran Manchester City. Di mana Pep Guardiola sedia membayar GBP50 juta untuk pemain tersebut.

Pemain lain yang mereka dapatkan adalah Enoq Mwepu. Bakat prospek yang dijangka akan memberikan pulangan lumayan sekali lagi kepada mereka jika mereka memutuskan untuk menjualnya.

Brighton turut berjaya mendapatkan Alexis MacAllister yang dianggap pemain masa depan untuk Argentina.

Jadi, jika Darwin Nunez menyertai Brighton, dia juga ada potensi menikmati perkembangan karier yang bagus, sama seperti yang dia dapat ketika di Benfica.

Musim lalu Nunez menjaringkan 34 gol dalam 41 penampilan dalam semua pertandingan.

Pemergian Sadio Mane membuatkan Klopp dengan pantas menyambar pemain itu yang turut menjadi sasaran Erik Ten Hag di Man United.

Graham Potter yang padu

Graham Potter kini menjadi nama pengurus yang dimahukan oleh peminat England untuk menggantikan Gareth Southgate. Ini selepas beberapa siri keputusan memalukan dicatatkan England dalam kempen Liga Negara Negara Eropah musim ini.

Potter memiliki pendekatan taktikal yang lebih berani dan kecerdasan taktikal yang dianggap lebih baik daripada Gareth Southgate. Dan dia mampu menaikkan kualiti para pemain dengan sistem permainan dan pengurusannya yang berkesan.

Namun buat masa ini perkara itu mustahil berlaku. Ini kerana Piala Dunia sudah semakin hampir. Tetapi beberapa tahun yang akan datang siapa tahu kan?

Jawatan pengurus England merupakan antara jawatan dengan gaji paling lumayan di dunia.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan