Kisah Sedih Ilicic, Sedang Trauma Kerana Mendapat Tahu Isterinnya Tidur Dengan Lelaki Lain

Josip Ilicic merupakan penyerang yang telah menjadi pemain bintang di Atalanta – sebuah kelab kecil di Itali yang menjadi sensasi dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Namun di sebalik kekalahan dramatik pasukannya di tangan PSG beliau tidak berada di padang.

Ini kerana Ilicic sedang berhadapan dengan depresi serta trauma.

Penyerang kelahiran Slovenia itu malah mempertimbangkan untuk bersara daripada bola sepak.

Ini gara gara beliau mendapat tahu isterinya curang dan menangkapnya ketika sedang tidur dengan lelaki lain.

Segalanya bermula apabila penyerang berusia 32 tahun itu meminta kelepasan khas daripada kelab untuk balik ke Slovenia.

Beliau mahu memberikan kejutan untuk isterinya Tina Polovina, Namun tiba di sana, Ilicic dikejutkan dengan perkara yang memberikannya kesan sangat dalam.

Ilicic bercinta dengan isterinya selepas kali pertama berjumpa pada 2009, Dan tidak lama selepas itu mereka mendirikan rumah tangga.

Kehidupan mereka menjadi lebih lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Sofia dan Victoria.

Ilicic akan meraikan golnya dengan keraian little heart sebagai tanda terima kasih kepada isterinya Tina yang telah melengkapi hidupnya.

Sebelum aksi berdepan PSG, pengurus pasukan Gasperini menyatakan kesemua pemain lain sudah bersedia namun menegaskan bahawa Ilicic ketika ini sedang berdepan kesulitan untuk kembali ke dalam pasukan.

Ilicic menjadi nadi penting Atalanta di dalam pembentukan pasukan yang mara ke UCL sekali lagi di dalam sejarah mereka.

Ilicic menjaringkan 15 gol pada musim ini untuk Atalanta. Namun terpaksa menamatkan kempennya lebih awal daripada sepatutnya.

Ilicic kini dalam keadaan depresi dan memerlukan bantuan untuknya menghadapi apa yang dia sedang rasa.

Rumah tangga yang disayanginya telah musnah dalam sekelip mata. Ilicic tidak dapat merasai perlawanan terbesar dalam hidupnya iaitu aksi separuh akhir UCL.

Ketika ini seluruh pasukan Atalanta terutama sekali rakan sepasukannya sedang memberikan sokongan kepada Ilicic.

Malah para penyokong Atalanta pun turut melakukan perkara yang sama.

Stay strong Ilicic!

Baca yang lain