Kisah Sedih Maddison, Khamis Dapat Panggilan Kebangsaan, Sabtu Cedera

James Maddison benar benar kecewa ketika dia terpaksa dikeluarkan dalam aksi berhadapan dengan West Ham.

Pemain playmaker Leicester itu baru sahaja mendapat panggilan kebangsaan pada Khamis dan dia meraikannya dengan sangat gembira pada masa itu.

Sambil menyatakan bahawa impiannya telah menjadi kenyataan.

Ianya adalah impian masa kecil bagi setiap pemain bola sepak.

Namun kini impian itu berisiko untuk berkubur bergantung kepada tahap kecergasan Maddison.

Maddison terpaksa dikeluarkan awal dalam aksi berdepan West Ham kerana kecederaan di bahagian Hamstring. Dengan Piala Dunia hanya akan bermula seminggu sahaja lagi.

James Maddison sugul meninggalkan padang dalam aksi tersebut.

Ramai yang mendoakan agar kecederaan itu tidak serius dan Maddison akan terus berada dalam skuad England kelak.

Leicester terus kayuh

Leicester menewaskan West Ham 2-0 di tempat lawan. Ianya adalah aksi terakhir kedua dua pasukan dalam EPL sebelum liga berehat untuk memberikan laluan kepada Piala Dunia 2022.

James Maddison meraikan panggilan kebangsaannya dengan gol pembukaan seawal minit kelapan perlawanan.

Seorang lagi bintang Leicester, Harvey Barnes menjaringkan gol kedua pada minit ke-78. Barnes adalah antara nama yang tercicir daripada senarai panggilan akhir untuk skuad kebangsaan England.

Selepas permulaan yang suram di Leicester, mereka perlahan lahan mendaki carta liga. Dan kini menghampiri 10 teratas dalam carta liga.

West Ham pula terus bergelut dengan prestasi mereka pada musim ini.

David Moyes menelan kekalahan kesembilan pada musim ini bersama dengan West Ham United.

 

Baca yang lain