KKM: Lengkung Akhirnya Diratakan, Malaysia Masuk Fasa Pemulihan

Ada berita baik daripada perkembangan semasa melibatkan isu kesihatan di negara kita.

Berikut adalah laporan daripada KKM menerusi Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham.

Laporan 28 April 2020

Kes sembuh dan discaj terus meningkat kepada 68.91% daripada keseluruhan kes.

Terbaharu, 75 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 4,032 secara keseluruhan.

Ini bermakna, kes sembuh dan discaj lebih tinggi daripada kes baharu.

Kes baharu adalah 31 sementara kes aktif pada ketika ini adalah 1,719

Satu kematian dicatatkan menjadikan keseluruhannya setakat ini 100 kematian.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3 akan memasuki fasa 4 mulai esok iaitu 29 April 2020.

Setakat ini, didapati jumlah kes harian sering menunjukkan tren menurun dan kadang kala mendatar.

Dengan peningkatan kes-kes yang pulih. Ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun sepanjang fasa ketiga PKP.

Ini sekaligus berjaya meratakan lengkung (flattening of the curve) dan negara kini
memasuki fasa pemulihan.

Kerajaan terus mengingatkan rakyat untuk mengamalkan kebersihan diri dan penjarakan sosial.

Syabas kepada semua rakyat Malaysia dan terima kasih kepada KKM.

Ingat perjuangan kita masih belum selesai ni.

Baca yang lain