Klopp Jelaskan Bagaimana Proses Scouting Liverpool Berfrungsi Dalam Proses Pembelian Diaz

Luiz Diaz akhirnya dengan rasmi mendarat di kompleks Kirkby dan berjumpa dengan Klopp serta pegawai dan rakan rakan sepasukan baharunya. Pemain asal Colombia itu dibeli Liverpool dengan nilai £49 juta dari FC Porto. Selepas menerima pelukan ayahanda Klopp dan Pep Ljinders, Diaz terus melakukan sedikit prosedur pemeriksaan rutin dan terus menyertai latihan Liverpool.

Diaz akan memakai jersi no.23 yang ikonik kepada Jamie Carragher. Sempat bergambar untuk sesi pengenalan sebagai pemain baharu Liverpool berlatarkan dinding ikonik kepada mana mana pemain yang baru tiba.

Diaz bersama sama dengan pasukan berlatih dalam rangka persiapan aksi berdepan dengan Cardiff. Tidak pasti sama ada beliau akan beraksi atau tidak nanti.

Apa yang pasti, Diaz di dalam shape yang sangat baik dan tersenyum lebar berada di kelab baharunya.

Jurgen Klopp melabel pemain 25 tahun itu sebagai late bloomer. Sebab itu namanya tidak begitu menjadi perhatian sebelum ini.

Namun dalam beberapa musim terakhir di Porto, prestasi Diaz memuncak. Membuatkan Liverpool tidak boleh mengabaikan untuk scouting bakat ini. Liverpool menewaskan Spurs dalam persaingan mendapatkan Luis Diaz. Di mana kelab London itu terlebih dahulu menghantar bidaan rasmi.

Liverpool menawawarkan pakej yang hampir serupa, dan Diaz memilih untuk menyertai Liverpool. Ianya kerana faktor Jurgen Klopp dan kelab Liverpool itu sendiri yang dianggap Diaz sebagai kelab yang sempurna untuknya terus membangunkan bakatnya.

Liverpool menganggap rekrut Diaz ini sebagai rekrut untuk jangka masa panjang. Dan diharap akan memberikan impak segera dalam pasukan utama. Diaz berkata: “Saya komited untuk tersedia pada hari ini, pada hari pertama saya di sini. Saya sudah berlatih sedikit pada hari ini, saya sudah berada di padang latihan dan di gimnasium.”

“Mindset saya sudah ditetapkan untuk bersedia membantu pasukan saya dan menyumbang kepada pasukan. Saya tersedia untuk dipilih pengurus dan kejurulatihan, bila bila masa mereka perlukan khidmat saya. Saya sudah bersedia untuk pergi ke mana sahaja.”

“Bagi saya, ini adalah pasukan yang sempurna, itu yang menjadi faktor dalam saya membuat keputusan untuk datang ke sini. Saya kenal gaya permainan pasukan ini, dan berharap ianya akan dapat membantu saya dengan banyak.”

“Ini adalah momen paling penting untuk saya, dan sekarang ini fokus adalah untuk berkerja 100%, itu perkara pertama, agar dapat menyediakan diri menjadi pemain yang cergas untuk perlawanan. Dengan itu barulah saya boleh beraksi dengan baik di atas padang.”

“Saya rasa saya boleh memberikan banyak sumbangan kepada pasukan ini dengan skil, kelajuan dan teknik saya dengan bola serta kemampuan saya menggelecek. Saya rasa, itu antara beberapa kekuata saya. Saya juga boleh menjaringkan gol. Sebagai tambahan, saya mahu menghantar mesej salam perkenalan kepada penyokong. Dan harap jika kamu berterusan menyokong pasukan seperti mana yang kamu lakukan selama ini, saya akan memberikan 100% yang ada pada duru saya untuk membantu pasukan ini dan berharap dapat menggembirakan anda semua.”

Terlalu awal untuk debut

Jurgen Klopp menyatakan bahawa beliau tidak mahu terburu buru untuk memberikan debut kepada Diaz dalam aksi berdepan dengan Cardiff.

“Itu terlalu awal, saya tak pasti. Kalau dia berada di sini pada Khamis, mungkin saya akan mempertimbangkannya, namun untuk ini, saya tak pasti.”

“Berikan saya sedikit masa untuk berjumpa dan bertanya dengan dia, macamana dengan 2, 3 hari dia di sini. Sebab bukan mudah untuk duduk di Paris menunggu dokumen dan benda benda macam itu, Ianya bukan masa terbaik dalam hidup kamu. Ianya tidak membantu kamu daripada pemulihan selepas 2 perlawanan intensif dengan Colombia dan kemudian perjalanan yang sangat jauh. Jadi, kita kena tengok nanti.”

“Saya tidak kata tidak, kerana saya pun teruja nak dia beraksi di depan penyokong Anfield yang sudah sold out tiket dia.”

Bagaimana scouting Liverpool berfungsi

Klopp kemudian menjelaskan bagaimana proses scouting pemain berfungsi di Liverpool. Menurut beliau, adalah mustahil untuk beliau sebagai pengurus menonton aksi pemain seperti Diaz kerana dia banyak tugasan lain.

Lalu tugasan seperti ini adalah dilakukan oleh unit scouting atau pemantau bakat. Untuk Diaz, keadaannya lebih mudah kerana Vitor Matos yang sangat dekat dengan bola sepak Portugal dan sudah lama memantau pemain itu bersama Pep Ljinders.”

“Kita kini tidak boleh menonton semua [pemain] yang menarik dengan lebih dekat [terperinci], saya atau jurulatih. Maka, pegawai pemantau bakat kami melakukan itu, itulah sebabnya kami ada jabatan itu. Selalunya kita hanya mendapat petunjuk bahawa kita harus melihatnya dengan lebih dekat kerana mereka [team scouting sarankan].”

“Dan kami melakukannya. Ia tidak bermakna mereka [pemain yang dipantau] adalah pemain yang sesuai untuk kami harus beli pada jendela perpindahan seterusnya atau apa sahaja. Tetapi dengan Porto ia jelas berbeza kerana Pep dan Vitor, saya tidak pasti, Vitor mungkin menonton semua perlawanan Porto dan Pep banyak.”

Kemudian Klopp menyatakan bahawa Vitor dan Pep Ljinders sudah memaklumkan tentang Diaz sudah lama.

“Mereka sudah memberitahu saya tentang Diaz sangat awal, mereka kata ‘budak tu sangat menarik di sana’ dan kita harus melihat dengan lebih dekat. Sejak itu kami memerhatikannya.”

“Ia adalah sebahagian daripada proses, sudah tentu, menonton aksinya. Tetapi kita tidak boleh menonton satu dunia dengan berterusan. Kerana kelab agak sibuk dengan itu; jika ada pemain yang bagus di luar sana kita kenaplasti dia, atau ada bakat sebenar di luar sana kita kenalpasti mereka. Kemudian kita hanya perlu membuat keputusan. Sama ada ia menarik minat kita atau tidak. ”

“Adakah kita mempunyai seseorang dalam posisi itu atau tidak? Adakah seseorang akan datang untuk mengisi posisi itu [meruju kepada bakat muda dari dalam pasukan]? Adakah kita mempunyai bakat muda pada posisi yang berbeza? Perkara sebeginilah menjadi pertimbangan. Itulah bagaimana keseluruhan proses ini berlaku.”

Bagaimana dengan kedudukan penyerang lain yang sedia ada?

“Sebagaimana reaksi ahli sukan / atlet yang lain [apabila menerima rakan baharu dalam pasukan]. Pertama sekali, tiada apa yang berlaku selain kami membawa masuk pemain yang sangat bagus. Sekarang kita benar-benar perlu bekerjasama dengan Luis, serta dengan semua yang lain, itu sudah tentu juga.”

“Lepas tu kita kena tengok. Sangat bagus untuk mempunyai pilihan seperti ini. Kami sentiasa bersedia hari ini dan kemudian untuk esok juga. Itu yang kita buat, itulah tugas kita. Reaksi pemain, mereka akan sentiasa merasakan bahawa perlu beraksi pada tahap tertinggi mereka, itu sentiasa berlaku.”

“Pemain kami, walaupun ketika kami mengalami kecederaan dan perkara seperti ini, dan kami hanya mempunyai tiga orang sahaja pemain di hadapan yang tersedia, mereka mendorong diri mereka ke tahap yang tertinggi sepanjang masa. Itulah sebabnya kami cukup berjaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Tetapi kami tidak boleh berharap kami boleh melalui ini dengan tiga atau empat pemain sepanjang masa. Jadi kita perlukan pilihan tambahan. Semua pembangunan bukan sahaja ‘hanya’ tetapi sentiasa disertakan, juga dengan tenaga baharu yang segar. ”

“Itulah yang kami lakukan dengan Diogo apabila dia datang ke sini dan ianya jelas sangat membantu. Sekarang apabila kami menandatangani Luis ia adalah sama. Pemain mungkin mempunyai rancangan untuk masa depan mereka tetapi kelab perlu bersedia untuk hampir semua senario. ”

“Dan itulah yang kami lakukan, antara bermain permainan sepanjang masa, memikirkan perkara seperti ini. Kelab ini terlalu besar uuntuk hanya bergantung kepada seorang sahaja. Kami perlu bersedia dan kelab perlu bersedia untuk semua senario yang berbeza. Dan kami berasa berada di tempat yang baik pada masa ini.”

Baca yang lain