Klopp: “Liverpool Ini Tak Akan Quadruple, Suka Hati Koranglah Nak Tulis Apa”

Liverpool sehingga kini masih bersaing untuk memenangi empat gelaran musim ini. Bagaimanapun, Jurgen Klopp berkata ia sangat tidak mungkin untuk berlaku.

Menurut Jurgen Klopp, Liverpool mempunyai peluang yang sangat kecil untuk memenangi empat piala atau quadruple pada musim ini.

Ini dapat dilihat daripada keputusan perlawanan separuh akhir Piala FA 2021/2022 menentang Manchester City di Stadium Wembley. Ia secara tak langsung telah menamatkan misi treble Manchester City.

Klopp masih merasakan permainan Liverpool tersebut menunjukkan bahawa mereka masih tidak layak dan belum cukup bagus untuk memenangi empat gelaran dalam satu musim.

Klopp menganggap isu Liverpool dan quadruple adalah propaganda media Inggeris yang suka mensensasikan sesuatu cerita.

Liverpool kini 1 mata di belakang Man City dalam carta Liga Perdana Inggeris. Beberapa bulan lalu, Liverpool berada di kedudukan 14 mata di belakang.

Seterusnya Liverpool sudah memastikan Piala Liga atau disebut juga Piala Carabao dalam kabinet trofi mereka.

Liverpool berjaya melepasi cabaran Benfica dalam aksi suku akhir. Di mana Liverpool diikat 3-3 oleh Benfica di Anfield dalam perlawanan kedua.

Semalam, Liverpool mengenepikan cabaran City dari saingan Piala FA untuk memastikan mereka ke Wembley sekali lagi untuk aksi final.

Liverpool akan menunggu pemenang di antara Crystal Palace dan Chelsea pada aksi malam ini.

Klopp dengan nada tegas berkata, dia tidak mahu media melebih lebih menganggap Liverpool calon quadruple.

Klopp berkata: “Anda boleh berkata apa sahaja yang anda mahu, tetapi itu tidak menjadikannya lebih berkemungkinan.”

“Kami sendiri tak terfikir tentang quadruple, macamana pula kamu boleh terfikirkannya.”

“Anda tidak akan mendapat jawapan yang anda inginkan daripada saya.”

“Saya rasa perlawanan seperti hari ini menunjukkan betapa mustahil untuk melakukan sesuatu seperti itu,” sambung Klopp.

Klopp turut mengingatkan bahawa jadual perlawanan Liverpool dalam beberapa minggu akan datang akan menjadi sangat padat.

The Reds akan bertemu dengan beberapa lawan yang sukar. Jadi Klopp tidak mahu pemainnya memikirkan soal lain termasuk quadruple. Itu akan memberikan tekanan tambahan kepada mereka.

Ini termasuk Manchester United, Everton dan Villarreal merupakan tiga lawan Liverpool seterusnya. Menurut Klopp tidak satu pun perlawanan perlawanan tersebut akan menjadi mudah seperti perlawanan pershabatan. Segalanya akan menjadi sangat tegang.

Ini dengan mengambil kira perseteruan dan juga motivasi lawan mereka untuk mendapatkan kemenangan kerana mahu mengejar slot eropah dan ada yang mahu menjauhi zon penyingkiran.

Dengan persembahan yang kurang meyakinkan pada aksi separuh masa kedua menentang City, Klopp mahu semua pihak berpijak kepada realiti. Skuad Liverpool yang ada masih belum cukup bagus untuk menggapai sesuatu yang sebesar Quadruple itu.

“Kami telah menghadapi perlawanan menentang City, yang sangat sukar dan sengit, dan dalam tiga hari lagi, kami bermain semula menentang Manchester United. Mereka akan berhati-hati dan dari segi sejarah ini bukan perlawanan seperti persahabatan,” kata Klopp.

“Kemudian dalam beberapa hari kami menentang Everton dan dalam situasi mereka ia tidak akan menjadi perlawanan yang tidak akan menjadi perlawanan pershabatan.”

“Kemudian kami menentang Villarreal, yang juga tidak akan menjadi perlawanan persahabatan.”pan Gelaran Man United

“Kemudian Newcastle dan semua jenis perkara ini, jadi ia sangat sengit dan sangat tidak mungkin pasukan itu akan memenangi semua perlawanan yang tersisa.”

Liverpool seterusnya akan menentang Manchester United dalam perlawanan minggu ke-30 Liga Perdana Inggeris yang sebelum ini ditangguhkan.

Liverpool akan menjamu kunjungan musuh tradisi mereka itu di Anfield. Dalam perlawanan pertama, Liverpool membantai Manchester United 5-0 di Old Trafford.

Manchester United baru bangkit daripada kekalahan mengejut di tangan Everton dengan memenangi aksi menentang Norwich City.

United masih bersaing untuk merebut slot ke UCL pada musim hadapan.

Baca yang lain