Ini Sebab Kenapa Cristiano Ronaldo Mengangkangkan Kakinya Ketika Sepakan Percuma

Seorang jurulatih telah menjelaskan teknik sepakan percuma Cristiano Ronaldo berdasarkan sains sukan.

Knuckleball

Secara asasnya, teknik sepakan percuma Cristiano Ronaldo adalah berasaskan knuckleball. Di mana bola akan menjunam atupun menggila pada fasa akhir yang sukar untuk diduga.

1. Set up

Pada fasa ini, Ronaldo akan melakukan sukatan.

Sukatan yang pertama adalah jarak dengan bola. Ini dengan melakukan beberapa langkahan mengundur dari bola.

2. Penetapan Sudut

Seterusnya adalah menentukan angle / arah sudut. Beliau akan menetapkan sasaran mana beliau mahu tuju.

3. Rhythmic mannerisms.

Langkah ketiga adalah Ronaldo akan mengangkangkan kakinya. Ini adalah proses rhythmic mannerisms ataupuan kelakuan yang berirama.

Di mana beliau akan memastikan ukuran bola berada di titik tengah yang beliau mahukan. Membuang segala rasa gementar dan gangguan.

Beliau akan cuba untuk fokus dan melakukan pemeriksaan akhir – memastikan bola berada di kedudukan terbaik.

Teknik beliau adalah satu teknik yang dilakukan secara berterusan dan menjadi rutin. Ini yang membuatkan gerakannya semakin mudah untuk beliau.

Ronaldo kemudian akan bergerak ke hadapan untuk melakukan rembatan.

4. Larian

Biasanya Cristiano Ronaldo melakukan 4 langkah pecutan

Langkah pertama adalah kaki kanan.

Langkah kedua adalah kaki kiri yang sama rentak dengan langkah pertama.

Langkah ketiga – ini yang menarik, di mana beliau mulai mengambil langkah lebih kecil / smaller step.

Pada fasa ini, Ronaldo memcatkan bahagian depan kakinya ke tanah (dalam keadan berjengket) dan kemudian meregangkan bahagian lutut kanannya secara lurus. Ini dipanggil vault step.

Kenapa beliau menggunakan vault step? Ini kerana ianya mengeluarkan satu ‘spring’ pada bahagian kakinya.

Langkah keempat, adalah fasa untuk standing foot berada berdekatan bola. Kaki yang merembat akan dilipat ke belakang untuk menarik / ‘recoil’ lutut sebelah kaki yang merembat.

Semakin tinggi darjah kaki tersebut dilipat ke belakang, semakin tinggi kuasa / ‘power’ yang akan terhasil apabila ia dihayunkan.

Dan seterusnya, Ronaldo menghayunkan kakinya ke hadapan – dengan recoil yang elastik – meletakkan kakinya terutama sekali buku lali pada kedudukan untuk merembat bola.

Stabiliti adalah penting, kerana kedudukan standing foot benar benar dekat dengan bola, dan pecutan adalah dikurangkan. Kedudukan badannya agak tinggi untuk memastikan ia menegak.

Fokus adalah untuk menghasilkan knuckleball. Lihat otot beliau – terutama sekali kaki kiri – ketika melakukan rembatan ini.

Ianya memerlukan kekuatan kaki dan kondisi fizikal yang sangat baik.

Kedudukan badan / torso Cristiano Ronaldo pula hanya dibongkokkan sedikit untuk mengimbangi kedudukan kakinya, bagi memastikan bola tidak dirembat ke langit biru.

Ini digunakan untuk mengawal tinggi bola.

5. Rembatan

Ketika melakukan rembatan, Ronaldo menggunakan instep dengan cuba untuk mengurangkan pusingan bola sebaik mungkin.

Rembatan adalah pada titik rendah bola di tengah.

Ini kerana, putaran bola yang sedikit, apabila membelah angin akan membuatkan bola itu terhuyung hayang dan sukar dijangka.

Korang saksikan di sini penjelasan beliau secara video, dan selamat mencuba:

Baca yang lain