Konami Tak Keluarkan PES2021 Tetapi Hanya Kemaskini PES2020

Bagi peminat permainan bola sepak digital eFootball dari Konami, mereka sudah ramai yang tahu tentang rumors ini.

Sejak Jun lalu lagi, rumors akan perkara ini bertebaran di media sosial. Di mana Konami dilaporkan tidak akan menerbitkan PES 2021 seperti biasa.

Sebaliknya, mereka hanya mengeluarkan kemaskini untuk PES 2020.

Sebuah laman web di Australia menyatakan perkara tersebut.

eFootball  PES 2021 akan dikeluarkan berdasarkan kemaskini daripada PES2020. Di mana beberapa pemain baharu dan pasukan baharu berdasarkan pelesenan musim baharu akan dikeluarkan.

Ianya juga akan termasuk dengan mode Euro 2020.

Konami dilaporkan mahu menawarkan harga istimewa kepada pemain PES sempena dengan ulangtahun PES.

Pastinya peminat PES akan teruja dengan DLC dan perubahan pada perpindahan pemain serta mode Euro 2020.

Ada beberapa rumors mengaitkan tindakan ini. Ada yang menyatakan Konami mulai bereksperimen bahawa permainan mereka mungkin hanya akan berbentuk kemaskini bagi beberapa musim.

Ala macam PS la, makan tahun juga untuk satu versi tu.

Namun ada juga yang menyatakan bahawa perkara ini berlaku kerana Konami mahu fokus kepada penghasilan permainan terbaik untuk konsol PS5 yang akan datang.

Jadi PES 2022 adalah PES yang dijangka akan menjadi PES yang kembali dengan versi terbaru yang dikeluarkan seperti biasa.

Ada juga yang menyatakan, imapak daripada covid-19 membuatkan Konami mengambil langkah ini.

Ada beberapa liga dan pertandingan anjuran mereka diubah formatnnya

Sumber daripada Microsoft menjangkakan konten kemaskini daripada PES 2020 ke PES 2021 hanyalah lebih 100MB sahaja. Memang sekejap je la korang update.

Namun di media sosial ramai juga yang mulai meroyan tentang perkara ini.

Bagi mereka Konami telah menghampakan mereka. Dan ada yang mulai meletakkan harapan sangat tinggi kepada PES2022 nanti.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah