Kontroversi Ajax: Ada Yang Masuk Penjara, Kantoi Doping Dan Lupa Daftar

Ajax Amsterdam dikenali dengan kelab yang memiliki reputasi bersih dan pusat pembangunan pemain pemain muda.

Namun pada musim ini, segalanya serba tak kena. Ajax seakan akan berubah menjadi kelab paling ghetto dan penuh kontroversi dan tidak terurus.

Berikut 4 kontroversi Ajax.

1. Quincy Promes ditahan kerana tikam ahli keluarga sendiri

Penyerang sayap Ajax Amsterdam Quincy Promes telah ditangkap oleh polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan serius dengan ahli keluarganya.

Lebih teruk, Quincy Promes telah mengamuk dan menikam ahli keluarganya dalam insiden yang dilaporkan serius.

Menurut De Telegraaf, kejadian yang melibatkan Promes itu berlaku di sebuah gudang di Abcoude pada akhir bulan Julai.

Akhbar Belanda mendakwa bahawa ahli keluarga ‘cedera parah’ dan juga mengalami ‘kecederaan di lutut yang sangat serius.’

Ketegangan itu berlaku ketika Promes mengadakan majlis makan makan dengan keluarganya. Dan tiba tiba berlaku perbalahan yang tidak pasti kenapa.

Promes, yang menyertai  Ajax pada tahun 2019, ditahan kerana serangan dan menyebabkan kecederaan fizikal yang serius.

De Telegraaf juga  melaporkan bahawa jenayah itu membawa hukuman penjara maksimum empat tahun.

Penerbitan itu juga menggambarkan bahawa pemain antarabangsa Belanda terlibat dalam satu ‘pergelutan sengit’ dengan ahli keluarga dengan ‘alasan yang tidak diketahui.’

Selepas dibebaskan Promes enggan memberikan sebarang komen dan menyatakan tidak ada apa yang perlu dirahsiakan. Kerana beliau memang melakukan kesalahan. Promes menegaskan beliau hanya mahu fokus kembali ke dalam padang.

2. Ruben Neres bergurau dia hisap ganja

Dalam satu gurauan di media sosial, David Neres menyatakan dia ada la hisap ganja, tetapi tak banyak sangat.

Di Belanda, ganja adalah legal dan dibenarkan dijual dengan tertakluk kepada peraturan khas untuk riadah / rekreasi. Namun untuk seorang pemain bola sepak ianya bukan cara hidup sihat la.

Oleh kerana mukanya yang sentiasa stim, Ziyech mengusik Neres dengan bertanya: “Adakah kau hisap banyak sangat ke apa?”

Neres membalas: “Takdelah banyak sangat.”

Ramai peminat mengusik, mungkin sebab itu Neres sangat keberatan nak meninggalkan Ajax. Meskipun banyak tawaran daripada kelab lain kepada beliau.

Sebenarnya gurauan itu telah membawa kepada masalah lain. Semakin ramai percaya bahawa rumors Neres merupakan kaki stim adalah betul.

3. Onana digantung 12 bulan kerana doping

Ketika ini di media sosial sedang ramai membincangkan betapa pailangnya kelab Ajax pada hari ini. Tidak cukup dengan kes Promes yang menikam keluarganya, kini Andre Onana pula kantoi doping.

Onana gagal dalam ujian anti doping pada Oktober tahun lalu. Ajax menyalahkan isteri Onana sebagai punca kepada masalah tersebut dan membuatkan Onana kekeliruan.

Ajax dalam kenyataan rasmi mereka berkata:

“Badan disiplin persatuan bola sepak Eropah, UEFA, telah menjatuhkan hukuman penggantungan 12 bulan kepada Andre Onana kerana melanggar peraturan doping.

Setelah pemeriksaan “di luar pertandingan” pada 30 Oktober tahun lalu, UEFA mendapati penjaga gol ada bahan Furosemide dalam air kencingnya.

Pengantungan ini berkuat kuasa mulai hari ini dan tertakluk untuk semua aktiviti bola sepak, baik di kelab dan antarabangsa.

Pada pagi 30 Oktober, Onana berasa tidak sihat.

Dia mahu mengambil pil untuk mengurangkan rasa tidak selesa. Namun, tanpa disedari, dia mengambil Lasimac, ubat yang telah diberikan oleh isterinya sebelumnya.

Kekeliruan Onana dalam dirinya membuatkan dia tersalah mengambil ubat yang diberikan isterinya, akhirnya menyebabkan tindakan ini diambil oleh UEFA terhadap penjaga gol tersebut.

Tambahan pula, badan disiplin persatuan bola sepak telah menyatakan bahawa Onana tidak mempunyai niat untuk menipu.

Walaubagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Eropah percaya berdasarkan peraturan anti-doping yang berlaku, bahawa seorang atlet mempunyai tugas setiap saat untuk memastikan bahawa tidak ada bahan terlarang yang masuk ke dalam badan.

Onana dan Ajax akan merayu keputusan tersebut ke Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS).”

 

4. Terlupa daftar Sebastian Haller

Ajax membeli Sebastian Haller dengan nilai £20 juta dan melalui proses yang agak rumit sepanjang rundingan.

Ajax mendapatkan Haller untuk beraksi dalam dua kejohanan utama iaitu Eredivisie dan UEL.

Namun apa yang berlaku dilaporkan bahagian pentadbiran telah terlepas pandang dan tidak mendaftarkan nama Sebastien Haller dalam skuad Liga Europa mereka.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah bermula dengan baik untuk Ajax, menjaringkan dua gol dan menambah empat assist dalam enam penampilan pertama dalam liga setakat ini.

Tetapi nampaknya pemain berusia 26 tahun itu berada dalam bahaya tidak dapat mewakili pasukan barunya dalam pertandingan Eropah musim ini, dengan kelab itu mengesahkan kesalahan dalam pendaftaran mereka.

Ajax mahu merayu perkara ini kepada UEFA dan berharap akan dapat mendaftarkan nama Haller. Kes ini agak jarang berlaku. Jadi Ajax cuma mampu berharap mereka akan diberikan pengecualian khas kali ini untuk mendaftarkan pemain di luar waktu pendaftaran.

“Dia memang tidak ada dalam daftar, kami berusaha mencari tahu apa yang salah,” kata jurucakap Ajax, Miel Brinkhuis.

“Kami telah menghubungi KNVB dan UEFA untuk perkara tersebut.”

Para peminat Ajax sangat bengang dengan perkara tersebut. Dan menganggap ia satu kesilapan bodoh yang tidak boleh dimaafkan.

Itulah antara kontroversi dan kecelaruan dalam pengurusa Ajax. Sehingga peminat mereka sendiri risau mungkin berita seterusnta, Ten Haag (pengurus) mereka pula digantung kerana skandal mengatur perlawanan.

Baca yang lain