Korea Utara Klaim Langsung Tak Ada Kes Covid-19 Yang Sah, Ramai Tak Percaya

Korea Utara mendakwa ia tidak mempunyai kes COVID-19 yang disahkan. Yang ada hanyalah kes di bawah pengawasan / berjaga-jaga sahaja.

Malah Korea Utara telah mengesahkan para pegawai mereka dari pelbagai bidang telah bertindak dengan sangat cekap ketika ini.

Menurut Diplomat negara Korea Utara dalam satu kenyataannya:

“Pegawai Parti, organisasi-organisasi penguasa, organisasi pekerjaan, serta ahli dalam bidang kesihatan awam & kawalan anti-wabak di seluruh negara, telah meningkatkan perkhidmatan maklumat kebersihan mengenai penyebaran COVID-19 di seluruh dunia.”

“Dan kami telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan rawatan di kalangan rakyat, supaya mereka tidak boleh merasa terlalu selesa dan mengambil mudah kerana tidak ada kes COVID-19 di DPRK [Korea Utara]. ”

Namun pengklaiman oleh Korea Utara ini dipertikaikan oleh pakar global termasuk Jung H. Pak, bekas penganalisis CIA di Korea Utara.

Jung H. Pak berkata beliau percaya pemimpin negara itu, Kim Jong Un, berbohong mengenai keadaan sebenar.

Ini untuk mengasingkann negara Korea Utara daripada negara-negara lain di seluruh dunia.

Dan pengesahan oleh diplomat Korea Utara kononnya mereka bebas koronavirus sepenuhnya buat masa ini, dirasakan  adalah semata-mata untuk menunjukkan seolah-olah ia adalah simbol kekuatan negara tersebut.

Bercakap kepada Fox News, beliau berkata: “Tidak mungkin Korea Utara tidak mempunyai walaupun satu kes coronavirus.”

Jeneral Robert Abrams, komander Angkatan A.S. Korea, juga menimbulkan keraguan yang sama di atas kenyataan oleh Korea Utara.

Malah Jeneral Roberts Abrams menyatakan, pada ketika ini Korea Utara telah mengurangkan dengan drastik aktivit ketenteraannya. Menunjukkan seolah-olah negara itu sebenarnya sedang bertarung dengan koronavirus yang telah merebak ke negara mereka.

Dalam satu sidang akhbar, Jeneral Roberts berkata: “Korea Utara adalah negara tertutup, jadi kita tidak boleh mengatakan dengan terbuka bahawa mereka ada kes-kes koronavirus.”

“Tetapi kita agak pasti bahawa mereka sebenarya ada kes koronavirus.”

“Apa yang saya tahu ialah angkatan bersenjata mereka pada dasarnya telah dikunci [lockdown] selama kira-kira 30 hari.”

“Dan baru-baru ini mereka telah memulakan latihan rutin ketenteraan sekali lagi. Sebagai contoh, mereka tidak menerbangkan sebarang pesawat selama 24 hari.”

Terdapat kebimbangan bahawa jika penyakit itu melanda di negara terpencil seperti Korea Utara.

Ia mungkin menjadi satu bencana kemanusiaan, disebabkan oleh kelaparan yang meluas dan infrastruktur perubatan yang tidak mencukupi di negara tersebut.

Thomas Byrne, presiden Persatuan Masyarakat Korea, memberitahu Bloomberg: “Mereka langsung tak kisah tentang hak asasi manusia atau kebebasan sosial, mungkin juga langsung tidak ada kebimbangan tentang orang yang akan mati kelaparan. ”

“Mereka benar-benar dapat melakukan social distancing di antara rakyatnya.”

Sementara itu di seberang sempadan pula, Korea Selatan sedang bertarung dengan pandemik selama berminggu-minggu.

Lebih daripada 270,000 kes telah disaring pada kadar hampir 20,000 ujian saringan Covid-19 setiap hari. Manakala kadar kematian daripada angka tersebut hanyalah 0.6 peratus.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan