Koyak Asyik Kalah, Wanita 24 Tahun Heret Ayahnya Ke Mahkamah Kerana Disyaki Menipunya Ketika Bermain Ludo

Setiap manusia ada tahap winning mentality yang berbeza. Ada yang tak boleh menerima kekalahan langsung walaupun ianya hanya permainan ludo – permaian dengan dadu tu.

Seorang wanita berusia 24 tahun dari India telah memfailkan saman secara rasmi kepada ayahnya di mahkamah keluarga.

Ini kerana ayahnya dituduh ‘membunuh dan memanipulasi kepercayaannya’.

Ketika lockdown, permainan board game memang popular. Wanita tersebut dan ayahnya seringkali meluangkan masa bersama dengan ahli keluarga lain bermain ludo.

Wanita itu dan adiknya adalah yang seringkali bermain dengan ayahnya. Dan dia sangat kecewa apabila asyik kalah dan ayahnya pula sentiasa menang.

Lalu dia mengesyaki ada sesuatu tak kena.

Daripada untuk suka suka, wanita itu menganggap permainan itu sangat serius.

Dia dikalahkan beberapa kali oleh ayahnya.

Pegawai kaunseling di  mahkamah keluarga yang menerima permohonan saman oleh wanita itu memberitahu agensi berita ANI, berkata:

“Wanita ini berkata, dia sangat mempercayai ayahnya, dan tak sangka ayahnya sanggup menipunya ketika bermain permainan ludo.”

“Kami sudah mengadakan sesi kauseling dengan beliau.”

Oleh kerana kes itu secara rasmi difailkan di mahkamah, maka kesemua ahli keluarga wanita itu dipanggil untuk masuk ke sesi kaunseling.

Pegawai kaunseling itu menambah: “Pada hari ini, ramai anak kita yang tidak dapat menerima kekalahan. Sebab itu kes ini dibangkitkan [sehingga ke mahkamah].”

“Tetapi mereka harus belajar untuk menerima kekalahan, dan menganggap kekalahan juga salah satu aspek penting dalam permainan sama seperti kemenangan.”

“Wanita berusia 24 tahun ini datang kepada kami dan menyatakan dia bermain ludo dengan adik dan ayahnya. Ayahnya mengambil kesemua token daripadanya [sampai dia ‘muflis’ teruk dalam permainan].”

“Dia kemudian merasakan itu adalah satu pecah amanah / mengkhianati kepercayaan. Dia memberitahu kami dia sangat percayakan ayahnya dan tidak yakin ayahnya akan menewaskannya dalam permainan itu [kecuali dengan taktik kotor].”

“Lebih teruk, wanita itu tidak bertegur sapa lagi dengan ayahnya secara terus. Dia sudah dikaunseling sebanyak 4 kali setakat ini dan nampak keadaan bertambah baik.”

“Kami akan berusaha mencari penyelesaian terbaik.”

Sebagai tambahan, perempuan berusia 24 tahun itu adalah anak bongsu dan dia kini belajar di universiti di Bhopal.

Lain macam juga koyak dia.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah