KPG: Malaysia Ada Taktikal Tersendiri Untuk Tak Tewas Kepada Bahrain

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menyatakan bahawa Malaysia menghormati Bahrain sebagai pasukan yang kuat namun dalam pada masa yang sama yakin bahawa Malaysia ada cara tersendiri untuk menang ke atas pasukan tersebut.

Kim Pan Gon menghantar mesej jelas bahawa Malaysia wajib mengelak daripada kalah di tangan Bahrain untuk mengesahkan slot ke Piala Asia.

Malaysia akan berdepan dengan Bahrain dalam aksi kedua pusingan kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E. Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kim Pan Gon mahukan sebarang mata daripada perlawanan ini sama ada menang ataupun seri.

Malaysia dan Bahrain kini berkongsi 3 mata. Tetapi Harimau Malaya berkelebihan dari segi jaringan.

Dipetik dari BH Online, Kim Pan Gon berkata: “Secara taktikal, untuk mendapatkan satu mata adalah sangat penting.”

“Kami akan menggunakan strategi dan taktikal untuk mendapatkan mata, itu yang paling penting.”

Kim Pan Gon sedar bahawa Bahrain adalah pasukan yang kuat. Bahrain adalah pasukan di ranking tertinggi dalam kumpulan E.

Bahrain menghuni ranking top 100 di dunia ataupun lebih tepatnya di ranking ke-89. Sebagai perbandingan, Malaysia kini berada di ranking ke-154.

Selain itu Kim Pan Gon menagih sokongan daripada penyokong Harimau Malaya sekali lagi. Ini kerana beliau menjangkakan bahawa perlawanan ini sangat sukar.

Ditanya tentang bagaimana Malaysia akan bermain, Kim Pan Gon menjelaskan bahawa: “Kami menghormati Bahrain sebagai pasukan yang kuat di Asia. Namun kami mempunyai jalan kami sendiri untuk mencari kemenangan dan kami akan berjuang.”

Kim Pan Gon memberikan jaminan bahawa Malaysia benar benar bersedia secara mentaliti.

Malaysia memerlukan satu lagi aksi positif untuk membuat kejutan ke atas Bahrain.

Prestasi ketika berdepan dengan Turkmenistan sebelum ini boleh menjadi motivasi berguna buat Harimau Malaya.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang