Krisis Kewangan: Dortmund Sedia Jual Sancho Ke United Dengan Harga Diskaun Kaw Kaw

Borussia Dortmund dilaporkan bersedia memberikan potongan harga untuk pemain sasaran Man United, pemain sayap Jadon Sancho.

Ini selepas kelab tersebut merasai impak ekonomi pada musim wabak yang melanda. Sancho merupakan sasaran utama Red Devils dalam perpidahan lalu.

Namun perjanjian gagal dimeterai kerana harga terlalu tinggi diminta Borussia Dortmund iaitu £108 juta.

United masih berminat mendapatkan Sancho untuk jendela musim hadapan. Dan sekarang peluang terbaik United jika mahu berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, United pastinya mahukan harga yang jauh lebih rendah kerana prestasi semasa pemain tersebut.

Sancho agak merosot musim ini, selain daripada diganggu kecederaan. Sancho hanya menjaringkan enam gol dan 13 assist untuk Dortmund pada musim 2020-2021.

Berbanding musim 2019/2020, Jadon Sancho berjaya menjaringkan 19 gol dan 18 assist. Rekod itu meningkatkan statistiknya pada musim 2018/2019, di mana dia menjadi Pemain Muda Terbaik di Bundesliga.

Kewangan Dortmund nampaknya terjejas teruk oleh wabak. Mereka harus menjual sekurang kurangnya seorang dariapda aset berharga mereka.

Penjualan Sancho dilihat akan benar-benar dapat membantu Dortmund mengimbangi akaun kelab. Mereka tahu Man United masih berminat dengan pemain tersebut.

Saga perpindahan Sancho sebelum ini

Pada Ogos 2020, Pengarah Sukan Borussia Dortmund mengesahkan bahawa rundingan melibatkan Jadon Sancho telah tamat dan tidak kesepakatan dicapai.

Sebelum ini BvB sudah memberikan tarikh akhir untuk United melakukan bidaan. Dan ternyata tidak ada bidaan rasmi dibuat United.

Yang ada hanyalah rundingan dan usaha untuk tawar menawar harga.

Michael Zorc berkata: “Kami merancang untuk memiliki Jadon Sancho di dalam pasukan kami musim ini. Keputusan itu muktamad.”

“Rasanya itu jawapan kepada semua persoalan kita semua.”

“Jadon Sancho tidak menandatangani kontrak baharu kerana kami sudah lanjutkan kontrak beliau setahun lalu dan beliau akan kekal sehingga 2023.”

 

Borussia Dortmund sudah menyatakan sebelum ini bahawa mereka mahu United cepat cepat muktamadkan perjanjian untuk mendapatkan Jadon Sancho.

Jadon Sancho dilporkan sudah setuju dengan terma perjanjian peribadi mengenai kontrak itu hingga 2025.

Namun, ada beberapa situasi yang menjadikan perpindahan pemain berusia 20 tahun itu belum rasmi.

Wartawan Sky Sports, Fabrizio Romano melaporkan bahawa terdapat perbincangan kontrak peribadi antara Manchester United dan Jadon Sancho. Mereka telah bersetuju dengan klausa peribadi dan jangka masa kontrak.

“Kontrak Jadon Sancho tidak menjadi masalah. Perjanjian peribadi siap ditandatangani hingga Jun 2025. Pemain kini menunggu sama ada kedua-dua kelab bersetuju atau tidak,” tegas Fabrizio Romano.

Cuma Dortmund dan United tidak mempunyai perjanjian mengenai perpindahan Jadon Sancho.

Kedua-dua kelab masih berbeza dengan harga perpindahan. Dortmund tidak mahu mengurangkan harga Jadon Sancho hingga di bawah £100 juta.

“Manchester United sentiasa ingin membayar Sancho dengan ‘add ons’ (klausa bonus) setelah impak virus korona dan berusaha untuk dapat membayar secara ansuran,” sambung Romano.

“Pada masa ini, masih belum ada kesepakatan antara Manchester United dan Dortmund tetapi ‘perbincangan sedang berlangsung’,” katanya.

Borussia Dortmund memberikan tarikh akhir Isnin ini untuk United memuktamadkan perbincangan.

Ini kerana Borussia Dortmund enggan isu perpindahan pemain mengganggu sesi pra musim mereka yang akan bermula selepas itu.

Gergasi Jerman itu dilaporkan menaikkan harga jual pemain sayap itu kepada £130 juta. United mahu membayar £110 juta / EUR120 juta yang akan dipecahkan kepada 3 bayaran.

Bayaran pertama adalah bayaran asas dengan £63 juta. Sementara baki untuk add ons akan dibayar dalam dua tahun berikutnya dengan masing masing £27 juta dan £18 juta.

Fabrizio Romano menambah, kedua-dua pasukan ingin segera mencapai persetujuan. Terutama Dortmund. Mereka mahu kepastian perpindahan Jadon Sancho selesai pada Ogos 2020 agar tidak mengganggu persiapan kelab.

“Borussia Dortmund ingin membuat keputusan akhir mengenai Sancho pada masa depan pada bulan Ogos kerana musim panas dan jika dia akan pergi, mereka memerlukan pengganti,” katanya.

“Memphis Depay ada dalam senarai (perpindahan Dortmund untuk menggantikan Jadon Sancho) tetapi bukan satu-satunya,” dia menyimpulkan.

Jadon Sancho bermain dengan cemerlang dengan Dortmund dalam dua musim terakhir.

Pemain Inggeris itu adalah pemain utama pasukan yang dibimbing oleh jurulatih Lucien Favre.

Setelah beberapa musim yang indah di Dortmund, Jadon Sancho kini menjadi perhatian banyak kelab terkemuka di Eropah. Manchester United sangat berminat dengan perkhidmatan Jadon Sancho dan telah mengadakan perbincangan serius.

Jika Man United tidak melakukan bidaan rasmi pada Isnin ini, Sancho akan terus kekal di Borussia Dortmund. BILD melaporkan, jika perkara itu berlaku, maka BvB akan menaikkan gaji Sancho daripada €6 juta kepada €10 juta semusim.

Dan pada 10- Ogos, Dortmund mengesahkan bahawa rundingan telah tamat.

Laporan menyatakan United agak kecewa dengan tindakan Dortmund kerana mereka masih mahu berunding pada ketika itu.

 

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan