Kroos Kutuk Keraian Aubameyang Dan Griezmann, Ini Reaksi Auba Dan Ozil

Pierre-Emerick Aubameyang dan Antoine Griezmann dianggap memiliki keraian gol yang unik. Namun tidak untuk Toni Kroos.

Aubameyang mempunyai perayaan gol yang banyak, salah satu daripadanya adalah dengan memakai topeng, setelah menjaringkan gol.

Tradisi ini telah dilakukan oleh Aubameyang sejak dia bersama Borussia Dortmund lagi.  Di mana ketika itu Aubameyang memakai topeng Spiderman setelah menjaringkan gol.

Sementara itu, bersama Arsenal, Aubameyang mempopularkan lagi keraian ‘Wakanda Forever’ dengan menggunakan topeng watak superhero Marvel yang lain, Black Panther.

Keraian gol itu kemudian menjadi sensasi dan tular di media sosial. Kerana ramai peminat menganggap ia sangat cool.

Seorang lagi pemain, Antoine Griezmann pula gemar meraikan gol dengan tarian “Take The L”. Keraian yangb digunakan di dalam permaian seperti Fortnite untuk mengejek pasukan yang kalah.

Toni Kroos jelas tidak gembira dengan keraian seperti itu yang menurutnya terlalu angkuh dan biadap.

“Saya rasa ini tidak masuk akal. Lebih buruk lagi jika mereka menyembunyikan sesuatu di stoking kaki mereka. Aubameyang telah meraikan gol dengan memakai topeng. Saya rasa itu tidak perlu,” kata Kroos kepada podcast Luppen Einfach dari Sport Bild.

“Saya rasa itu bukan contoh yang baik, ya. Ianya benar benar mengarut,” sambungnya.

“Saya rasa perayaan yang baik adalah Gerd Mueller. Dia melompat, menarik seluarnya. Itu sangat semula jadi, tidak dibuat-buat, dan tidak berlebihan,” simpul Toni Kroos.

Kenyataan kontroversi Kroos itu mendapat perhatian daripada Aubameyang sendiri.

Aubameyang berkata: “Hmmmm.. saya nak jawab perkara ini, namun terlebih dahulu, saya nak tahu, ini benar benar kamu [yang membuat kenyataan]?”

Aumbameyang kemudian menyambung, dia melakukan keraian itu untuk menggembirakan anak anaknya.

“Toni Kroos ada anak ke?”

“Cuma nak ingatkan bahawa saya melakukan ini untuk anak saya dalam beberapa kali, dan saya akan melakukannya beberapa kali lagi lepas ni.”

“Saya harap kamu ada anak dan suatu hari nanti buatlah mereka gembira seperti sekolah ini lakukan.”

Kroos membalas menyatakan: “Toni Kroos ini ada 3 orang anak.”

Aubameyang kemudian menyambung lagi dengan mengucapkan tahniah kepada Kroos kerana memiliki 3 anak dan beliau mengirimkan pesanan itu dengan gambar Batman dan Robin.

Bekas rakan sepasukan dan senegara Kroos iaitu Mesut Ozil telah menghantar mesej sindiran. Di mana beliau menganggap keraian Aubameyang itu sebagai keraian terbaik pernah ada.

Baca yang lain