Kucing Naik Hantu Serang Juruterbang Dan Hijack Pesawat

Bukanlah sesuatu yang baru untuk pesawat berpatah balik apabila juruterbang merasakan ada masalah pada pesawat. Kerana ianya atak prosedur keselamatan.

Cuma yang berlaku di Sudan ini terlalu rare. Ianya kerana seekor kucing  telah naik hantu dan menyerang juruterbang.

Kucing tersebut bertindak ganas serta menyebabkan kecederaan pada juruterbang tersebut. Kejadian tidak disangka sangka itu berlaku di Sudan, ketika sebuah pesawat baru berangkat dari ibu negara Sudan, Khartoum untuk ke Doha, Qatar.

Kucing yang bengang itu memasuki kokpit, itu lagi gila. Dan dia mencakar juruterbang. Para pembantu penerbangan turut cuba menangkap kucing itu, namun dia terlalu lincah dan liar.

Akhirnya mereka akur bahawa pesawat mereka sudah di-hijack oleh seekor kucing dan terpaksa berpatah balik.

Pesawat Tarco Aviation sebenarnya sudah berlepas lebih 90 minit. Dan tiba tiba pegawai penerbangan menerima isyarat bahawa mereka perlu kembali dan mendarat semula di lapangang terbang antarabangsa Khartoum.

Berita baiknya, pesawat mendarat dengan selamat. Namun tidak ada maklumat lebih lengkap tentang kecederaan yang dialami juruterbang.

Laporan awal Tarco Aviation menyebut, kucing itu menyusup masuk ke dalam kokpit ketika petugas kebersihan membersihkan pesawat tersebut. Dan dia menyusup masuk ke sana.

Mungkin akibat panik dengan tekanan di tempat tinggi, kucing itu bertindak ganas. Itu adalah kejadian pertama seumpamanya di Sudan.

Tetapi ia bukan yang pertama di dunia, seekor kucing menyerang manusia dalam pesawat. Kes yang serupa berlaku pada Ogos 2004, apabila juruterbang Brussels Airlines pernah mengalami mimpi ngeri yang sama diserang kucing di dalam kokpit.

Pesawat itu ketika itu membawa 62 penumpang – berlepas dari Brussels untuk ke Vienna. Namun bezanya, kucing tersebut keluar daripada sangkar kucing dan terus bertindak ganas.

Kebetulan ketika kucing itu keluar dari sangkar kecil itu, seorang pramugari membuka pintu kokpit untuk menghantar alas perut kepada kapten penerbangan. Dan kucing itu tidak melepaskan peluang itu lalu terus masuk ke sana.

Baca yang lain