‘Kurang Pemain Import Punca Negeri Sembilan Tak Dapat Bersaing’ – K. Devan

Jurulatih Negeri Sembilan, K.Devan meminta pengurusan tertinggi untuk memberikannya penyerang berkualiti termasuk pemain import yang berkualiti.

K Devan mengkritik kualiti pemain pemain yang dia miliki ketika ini sebagai tidak cukup bagus untuk bersaing dengan pasukan pasukan lain.

Lantas dia meminta agar pengurusa tertinggi memberikannya penyerang baharu berkualiti serta pemain import yang bagus.

Ini untuk memastikan pasukan itu kekal kompetitif dan menyelesaikan masalah ketumpulan di hadapan gol.

Kenyataan itu dibuat oleh pengendali itu selepas kekalahan di tangan Kedah.

K. Devan merasakan pasukan itu memerlukan tambahan kualiti lagi terutama sekali penyerang import.

Ini untuk memperbaiki aspek serangan mereka yang agak tumpul.

Misalnya dalam aksi berdepan Kedah, pasukannya hanya menurunkan 2 import manakala Kedah pula menurunkan 5 pemain import dengan seorang pemain import lagi di bangku simpanan.

Dipetik daripada BERNAMA, K Devan berkata: “NSFC hanya turun dengan 2 pemain import manakala Kedah turunkan 5 pemain import dengan seorang lagi di bangku simpanan.”

“Jelas sekali yang menjaringkan gol adalah pemain import di bahagian serangan [Kedah]. Tetapi kita tiada penyerang import.”

“Saya lihat masalah pasukan adalah susah menjaringkan gol, pemain juga kurang kualiti di bahagian tertentu.”

“Sekiranya kita mahu menyaingi pasukan yang mempunyai bajet lebih baik, kita perlu cara jalan. Jika tidak, kita perlu terima keputusan seperti ini.”

Negeri Sembilan menurunkan  Goulon dan Levy Clement Madinda dalam perlawanan itu. Mereka kehilangan 2 lagi pemain import kerana kecederaan iaitu Casagrande dan juga Anselmo Da Silva.

Devan turut menegaskan bahawa paling penting adalah pasukannya menjaringkan lebih banyak gol berbanding bolos.

“Semangat sahaja tidak mencukupi, jika tidak ada kualiti. Dan disebabkan kekurangan kualiti ini, NSFC gagal menyaingi pasukan lain,” tegas pengendali itu lagi.

Baca yang lain