La Liga Sahkan Klausa Pelepasan Messi Masih €700 Juta, Tak Boleh Pergi Free Macam Tu Je

Badan pengendali La Liga mengesahkan bahawa Barcelona adalah betul ketika mereka meminta €700 juta untuk mana mana pasukan yang mahukan Messi.

Itu adalah nilai klausa pelepasan yang ada pada Messi. Walaupun pemain itu dikatakan mahu menebus kontrak secara percuma.

Messi mahu menebus kontrak percuma kerana ada satu klausa khas.

Barcelona berkeras mahukan €700 juta dan membuatkan Messi melantik peguam untuk mengaktifkan klausa tersebut.

Kenyataan terbaru oleh La Liga mengesahkan bahawa berita Messi mahu menebus kontrak secara percuma adalah laporan yang berasas.

Messi aktifkan klausa pergi percuma

Messi ada klausa khas yang membenarkannya pergi secara percuma pada akhir musim selepas beliau berusia 32 tahun.

Klausa itu hanya boleh diaktifkan oleh Lionel Messi sejak musim lalu lagi.

Dan pada musim panas 2019, Messi memutuskan untuk tidak mengaktifkannya dan memilih untuk kekal di Barcelona.
Namun klausa itu masih aktif pada akhir musim ini dan sepatutnya digunakan pada Jun.

Bulan ini dah Ogos. Namun Marca ada kemungkinan Messi boleh menggunakan klausa itu kerana musim sudah berakhir.

Selain itu Messi sudah setuju untuk bermain sehingga Ogos. Dan itu antara alasan yang akan digunakan Messi untuk menebus klausa tersebut.

Mana mungkin Lionel Messi pergi pada bulan Jun yang lalu kerana Barcelona memerlukan beliau untuk mengharungi baki saingan liga dan kemudian Liga Juara Juara Eropah.

Musim ini memang kalendarnya tidak seperti musim kebiasaannya, selepas dunia dilanda wabak.

Marca melaporkan Messi sudah menghantar faks yang menyatakan bahawa beliau mahu meninggalkan Barcelona dengan mengaktifkan klausa tersebut.

Marca juga menyatakat pemanjangan tempoh klausa itu aktif adalah sejajar dengan musim yang dilanjutkan.

Dengan cara itu, Messi boleh berpindah ke kelab lain secara percuma. Barcelona terus mengadakan mesyuarat tergempar berkenaan dengan situasi Lionel Messi.

RAC1 melaporkan bahawa Messi telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Koeman.

Koeman sudah menyatakan beliau mahu menjadikan Messi tunjang kepada projeknya. Namun Messi pula dilaporkan lebih memilih untuk keluar pada kali ini.

Setakat ini, hanya dua kelab yang dilaporkan dapat menampung pemain Argentina itu. Mereka adalah kelab yang keduanya mendapat status naib juara di liga masing-masing, Manchester City dan beberapa kelab besar lain.

La Liga back up Barcelona

La Liga menyatakan bahawa klausa semasa pada Lionel Messi adalah valid. Dan tidak ada ruang untuk pemain itu pergi secara percuma.

Jadi, Messi perlu menebus kontrak dengan nilai EUR700 juta.

Agak mustahil untuk melihat ada pasukan yang sanggup membayar angka sebesar itu.

Sebelum ini Barcelona sudah menyatakan kepada Man City untuk datang mendapatkan Messi dengan nilai 700 juta euro.

Adakah akan ada pasukan yang benar benar membayar jumlah itu? Sama sama kita nantikan.

Baca yang lain