Laporta Bengang Dan Syaki Dembele Dah Buat ‘Deal Tepi’ Dengan Kelab Lain

Presiden Barcelona iaitu Joan Laporta ternyata hilang kata kata dengan situasi melibatkan Ousmane Dembele. Di mana sampai ke deadline day, Barca gagal untuk menyingkirkan Dembele.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa ada beberapa tawaran diterima oleh Barcelona untuk Ousmane Dembele. Termasuk daripada dua kelab Inggeris. Namun Dembele tak nak angkat kaki.

Kemudian Barcelona juga dilaporkan cuba memujuk Dembele untuk menerima pakej disertakan dalam perjanjian Aubameyang. Yang awalnya belum menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dengan Arsenal.

Itu pun tetap ditolak oleh Dembele. Laporta mengesahkan bahawa kelab ada menawarkan beberapa opsyen yang terbaik untuk Dembele agar dia menerimanya.

Laporta berkata: “Kami mencadangkan dua tawaran untuk dia pergi dan tawaran itu bagus untuk dia. Kami anggap kami sudah mencapai kesepakatan. Namun kami terkejut apabila dia menolak tawaran itu.”

“Terutama yang terakhir sekali tu dari kelab Inggeris. Dia akan berjaya di sana. Tapi dia tak nak dan memilih untuk terus berada di sini untuk baki enam bulan ini. Ini tidak masuk akal. Ini tak ada kebaikan kepada dia dan juga kelab.”

Lalu Laporta mengesyaki Dembele sudah mengadakan pra kontrak ataupun persetujuan lisan dengan kelab lain untuk pergi secara percuma. Dia mahu mendapatkan wang lebih daripada bonus tandatangan kontrak dan ejennya juga mendapat habuan lumayan.

Dengan kegagalan menjual Dembele, bermakna Barca akan terus menanggung gaji Dembele pada enam bulan terakhir. Dan tak dapat mendapatkan wang daripada penjualannya. Kerana selepas ini dia akan pergi percuma.

Sebelum ini Barcelona membeli Dembele dengan nilai lebih €140 juta daripada Borussia Dortmund. Dengan kontraknya yang sudah berbaki kurang enam bulan, Dembele akan pergi secara percuma kerana Barca gagal menjualnya pada jendela perpindahan kali ini.

Jadi satu sen apa pun tak ada daripada pelaburan Dembele. Malah Barcelona melabel Dembele tak mengenang budi kerana tidak melanjutkan kontrak sedangkan kelab dah menjaganya sekian lama ketika dia seringkali cedera dan masih tidak konsisten memberikan sumbangan kepada kelab.

Berdasarkan tanda harga yang diletakkan oleh Transfermarkt, Ousmane Dembele hanyalah €30 juta sahaja. Namun Barca sudah pastinya sukar mendapatkan harga tersebut untuk Dembele kerana pemain itu sudah lama tidak beraksi. Ditambah dengan rekod kecederaan yang sangat banyak.

Malah bodekan Xavi dan Laporta juga tak berjaya. Xavi melabel Dembele akan menjadi pemain terbaik dunia di posisinya. Manakala Laporta mengiktiraf Dembele lebih bagus daripada Mbappe.

Tahun lalu, Barcelona sudah menegaskan bahawa Dembele bukan untuk dijual. Dan musim ini, kehadiran Xavi juga membuatkan Dembele menjadi pemain yang diletakkan dalam projeknya.

Malang sekali Dembele dikatakan terlalu kerap tarik tali dengan Barcelona. Awalnya dia meminta kenaikan gaji lebih besar daripada sebelum ini.

Namun selepas dipujuk oleh Xavi, dia setuju untuk gaji lebih rendah.

Selepas Barcelona mendapatkan Ferran Torres, Dembele dikatakan mengubah fikiran. Dia tak gembira kerana beranggapan, kelab menjadikannya salah seorang mangsa pemotongan gaji untuk menampung tawaran gaji kepada Ferran Torres.

Lalu Dembele dilaporkan meminta sekitar €820 ribu seminggu jika Barca mahukan khidmatnya. Itu bermakna Dembele mahikan sekitar €200 juta dalam masa 5 tahun. Bersamaan dengan €40 juta dalam setahun.

Kemudian ada dua bayaran tambahan lagi kerana dia sekarang ini dikira ejen bebas iaitu bayaran ejen sebanyak €20 juta dan bayaran persetujuan tandatangan kontrak sebanyak €20 juta.

Itu yang membuatkan Barca akhirnya menamatkan rundingan kontrak baharu dengan Dembele.

Xavi sudah menyatakan bahawa Dembele akan dibekukan selepas ini dan kelab akan berusaha sedaya upaya untuk mencari pembeli kepada Dembele. Barca bertekad mahu menjualnya sebelum 31 Januari 2022. Tetapi gagal. Kerana Barca tidak boleh membuat keputusan sehala, sebab terikat dengan kontrak.

Dembele yang sangat kecewa menyatakan dia kini sudah dibuang oleh kelab walaupun masih ada kontrak dengan mereka.

Ousmane Dembele akhirnya bersuara selepas Barcelona mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu melanjutkan kontrak dengan pasukan itu lagi kerana tidak mahu terlibat dalam projek kelab di bawah Xavi Hernandez.

Kemudian CEO Barcelona, Mateu Alemany telah mengesahkan bahawa Barca akhirnya menyerah kalah dalam usaha mereka mahu mendapatkan tandatangan Dembele pada kontrak baharu kerana pemain itu tidak menunjukkan dia benar benar serius mahu terlibat dengan projek Xavi.

Barca menyatakan bahawa Dembele memang sudah tak ada hati mahu bermain untuk mereka lagi.

Dembele membalas kritikan itu dengan menegaskan bahawa dia terkejut kerana dibuang oleh Barcelona ketika dia masih bergelar pemain Barca.

Dembele juga mengakui bahawa ada pihak yang suka memburuk burukkan namanya.

Status tersebut kemudian mendapat sokongan daripada Antoine Griezmann yang kini dipinjamkan ke Atletico Madrid dengan adanya klausa pembelian tetap.

Itulah kisah Dembele yang akan diingati sebagai pembelian paling gagal dalam sejarah Barcelona. Akibat Bartomeu terdesak sangat nak membeli jiwa peminat selepas gagal mendapatkan Coutinho pada ketika itu. Namun. Selepas itu Bartomeu dengan tamaknya membeli juga Coutinho dan Griezmann sekali.

Baca yang lain