Kenali Lawyer Yang Dibayar RM108,540 Sehari Bebaskan City Dari Hukuman & Pernah Halang Brexit 2 Kali

Manchester City telah melantik peguam yang berjaya membantu menghalang Brexit sebanyak dua kali. Beliau ialah David Pannick.

Pannick akan mewakili Man City dalam usaha mereka merayu keputusan UEFA di mahkamah timbang tara sukan antarabangsa (CAS).

Pannick dianggap sebagai salah seorang peguam terbaik di Eropah. Dan beliau kini akan cuba menghalang UEFA daripada menghukum Man City.

Sebelum ini UEFA telah menjatuhkan hukuman gantung 2 edisi UCL dan juga denda €30 juta kerana pelanggaran FFP.

Peguam 63 tahun itu sebelum ini mewakili Gina Miller sebanyak dua kali dalam usaha melawan Boris Johnson serta bekas Perdana Menteri, Theresa May.

Pada 2016, Miller berjaya menghalang Theresa May mengeluar Great Britain daripada kesatuan Eropah (EU).

City berharap Pannick akan menggunakan kepakarannya dalam membantu mereka mengelak hukuman UEFA. Dilaporkan Man City setuju membayar kos guaman Pannick £20,000 sehari ataupun sekitar RM108,540 sehinggalah kes ini tamat.

Beliau memang antara peguam yang paling mahal di dunia pada ketika ini.

Harapan City adalah untuk memastikan mereka terus bersaing di UCL.

City digantung

Manchester City telah digantung daripada menyertai Liga Juara Juara Eropah, dan didenda €30 juta (£25 juta) oleh UEFA.

Manchester City dihukum berat sebegitu rupa, selepas mereka didapati melakukan kesalahan serius oleh UEFA. Penggantungan tersebut berkuat kuasa untuk musim 2020/21 dan 2021/22.

UEFA menyatakan, penggantungan Man City daripada Liga Juara Juara Eropah ini menunjukkan bahawa tegasnya UEFA dalam hal hal berkaitan dengan piawaian FFP.

Sebelum ini terdapat penyebaran dokumen yang dibocorkan menyatakan bahawa Man City melakukan pelbagai salah laku.

Man City didapati bersalah oleh UEFA selepas siasatan oleh Club financial control body (CFCB) Kerana pelbagai kesalahan termasuk pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.

Dokumen tersebut dibocorkan oleh Der Spiegel pada November 2018.

Berdasarkan informasi dan email yang dibocorkan, ia menunjukkan pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan sebenarnya yang menyuntik sebahagian besar dana tajaan.

Ini termasuk tajaan jersi, stadium dan akademi. Pemilik kelab yang boleh sesuka hati menyuntik dana. Sebab FFP bak bagi persaingan lebih adil iaitu dengan menjana keuntungan menerusi operasi bola sepak.

Pemilik hanya boleh menyuntik dana dalam sejumlah yang ditetapkan sahaja.

Kalau tiada peraturan macam ni. Dan hanya bergantung kepada kekayaan owner, maka pemilik yang kaya raya akan memiliki kelebihan.

Dalam kes City, pemilik dia berselindung di sebalik tajaan dan menyuntik dana sebanyak mungkin untuk kelab menerusi penajaan yang dipalsukan.

Manchester City sudah memberitahu mereka sangat kecewa namun tidak terkejut dengan keputusan UEFA.

Mereka akan cuba untuk merayu di mahkamah timbang tara antarabangsa (CAS) selepas ini dan cuba memastikan Man City dapat beraksi di pentas tertinggi Eropah.

Malah mereka juga mempertikai ketelusan siasatan oleh CFCB serta bukti yang dikemukanan. Man City menyatakan kelab mereka sentiasa cuba memastikan mereka terlibat dan menepati piawaian UEFA dalam isu FFP.

Man City yakin mereka tidak melakukan apa apa kesalahan yang melanggar Financial Fair Play.

Jika Man City gagal dalam rayuan mereka, maka pasukan yang berada di tangga kelima akan layak ke UEFA Champions League musim hadapan.

Berdasarkan kedudukan semasa, memang nampak jelas Man City akan berada di empat teratas.

Pep Guardiola sebelum ini menyatakan misi utama mereka adalah menjuarai UCL. Beliau sendiri sangat dahagakan UCL selepas sekian lama tak menjulang piala itu.

Selain itu Man City juga tak pernah menjuarai Liga Juara Juara Eropah di dalam sejarah pasukan mereka, terutama sekali pada era pemilikan oleh Sheikh.

Sebelum ini mereka pernah dituduh melakukan kesalahan FFP namun mereka berjaya membersihkan ketidakseimbangan akaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan dan kemudian UEFA membersihkan nama mereka.

Pannick benar benar bebaskan City

Dan pada 13 Julai 2020, Pannick benar benar membebaskan Man City daripada hukuman oleh UEFA.

Manchester City bebas daripada sebarang pertuduhan salah laku berkaitan dengan regulasi pelesenan kelab dan financial fair play UEFA.

UEFA dalam kenyataan mereka berkata:

“UEFA sudah sedia maklum akan keputusan yang diambil oleh Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, berkaitan hukuman ke atas Manchester City selepas dikenakan hukuman oleh badan bebas Club Financial Control Body / CFCB berkaitan pelesenan dan Financial Fair Play.”

Berdasarkan kenyataan oleh UEFA mereka dimaklumkan oleh CAS bahawa mereka kekurangan bukti konklusif untuk mendakwa Manchester City.

“UEFA difahamkan bahawa panel CAS mendapati kekurangan bukti konklusif untuk menguatkan semua hujah daripada CFCB dalam kes spesifik berkaitan dengan tuduhan salah laku dalam masa lima tahun.”

“Dalam beberapa tahun ini Financial Fair Play telah memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam membantu dan melindungi kelab dari segi kewangan.”

“UEFA dan ECA akan kekal komited dengan perkara tersebut.”

Dengan kejayaan Manchester City membebaskan diri daripada hukuman oleh UEFA maka pasukan tersebut sah akan beraksi dalam liga juara-juara Eropah pada musim hadapan.

Ini berdasarkan kedudukan semasa mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Manchester City sekali lagi menyatakan bahawa mereka tidak pernah sesekali memalsukan angka tajaan.

Dengan keputusan oleh CAS ini ianya pasti menggembirakan pengurusan Manchester City yang sebelum ini risau impak daripada penggantungan ini akan membuatkan beberapa bintang mereka terpaksa dilepaskan termasuk Pep Guardiola.

Manchester City bebas.

Jadi, power tak Pannick? Tak perlu panik kan.

 

Baca yang lain