Kepa Arrizabalaga kembali ke dalam kesebelasan utama pasukan Chelsea. Ini selepas beliau disisihkan di dalam beberapa perlawanan kerana krisis prestasi.
Kepa Arrizabalaga berjaya kembali dengan cemerlang. Di mana penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu berjaya membantu pasukannya menang ke atas Liverpool.
Lebih manis lagi apabila beliau berjaya mencatatkan clean sheet di dalam perlawanan ini.
Kepa Arrizabalaga dalam shape terbaik beliau ketika berhadapan dengan pasukan Liverpool pada pusingan kelima Piala FA.
Kepa yang power
Salah satu daripada momen yang padu adalah ketika beliau melakukan Tripple saves yang juga point blank saves.
Korang tengok kat sini, tak pepasal korang tuduh aku menipu pula.
KEPA SAVES 👏
KEPA SAVES 😳
KEPA SAVES 🤯#UndertheLights #CHELIV pic.twitter.com/RBIedbfnoS— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 3, 2020
Padu kan?
Kepa Arrizabalaga berjaya melakukan 5 saves pada aksi sebentar tadi. Angka itu lebih banyak daripada yang beliau lakukan musim ini dalam 24 aksi di Liga Perdana Inggeris.
5 – Kepa Arrizabalaga has made five saves so far tonight against Liverpool, more than he's made in any of his 24 Premier League games this term. Staking. #CHELIV pic.twitter.com/Xm3JeRGIAL
— OptaJoe (@OptaJoe) March 3, 2020
Adakah selepas ini Kepa akan kembali menjadi keeper utama Chelsea dalam saingan liga?
Lampard kagumi Kepa
Lampard sebelum ini memuji profesionalisme yang ada pada Kepa Arrizabalaga. Walaupun beliau disisihkan, beliau tidak merajuk.
Sebaliknya beliau terus menunjukkan sikap terpuji, dan komited dengan latihan seperti biasa.
Chelsea singkirkan Liverpool
Chelsea berjaya menyingkirkan pasukan Liverpool dari pusingan kelima Piala FA.
Ini selepas The Blues mencatatkan kemenangan dua kosong di tempat sendiri.
Dua gol pasukan Chelsea adalah hasil jaringan daripada Willian Dan juga bekas pemain Everton iaitu Ross Barkley.
Sepanjang perlawanan Liverpool bergelut untuk mencipta peluang gol. Chelsea ternyata lebih baik di dalam perlawanan ini.
mereka bertahan dengan kompleks dan kemudian melakukan serangan balas yang kemas dan tajam.
Liverpool hampir sahaja mencatatkan kekalahan yang lebih besar di dalam perlawanan ini. Chelsea mempersia-siakan 30 keemasan mereka.
Peluang yang pertama adalah menerusi Pedro daripada situasi satu lawan satu.
Peluang yang kedua adalah menerusi sepakan percuma cantik oleh Mason Mount.
Dan satu lagi peluang untuk Chelsea adalah menerusi olivier Giroud yang gagal menyempurnakan percubaan dari jarak dekat dan hanya singgah pada tiang gol.
A brilliant team performance, but who was your individual man of the match tonight? 🤔#CHELIV
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 3, 2020
Liverpool ternyata masih belum dapat bangkit daripada kekalahan di tangan Atletico dan diikuti oleh kekalahan di tangan Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris.