Lee Tuck: Menyertai Pahang Adalah Impian Saya Dari Dulu

Bekas kapten pasukan Terengganu, Lee Tuck menganggap kejayaan yang memeterai kontrak dengan pasukan Pahang sebagai satu impian menjadi kenyataan.

Lee Tuck antara nama yang meninggalkan pasukan Terengganu bagi musim hadapan. Beliau mendedahkan bahawa, sejak dari dulu beliau pernah memasang impian beraksi bersama pasukan Pahang.

Impian itu lahir sejak 2017 lagi di mana ketika itu Lee Tuck bermain untuk pasukan Negeri Sembilan.

Seterusnya Lee Tuck melihat pasukan Pahang serius dalam membentuk projek untuk menggapai kejayaan di masa akan datang.

Lee Tuck mendapat banyak tawaran termasuk daripada beberapa pasukan dari luar negara.

Depetik daripada BH Online, Lee Tuck berkata:

“Selepas TFC tidak berminat menyambung kontrak saya musim depan walaupun saya masih berminat menyarung jersi pasukan itu, saya mendapat beberapa tawaran pasukan Liga M dan kelab di luar negara.”

“Tapi saya rasa Pahang pilihan terbaik saya. Dalam minda saya skuad itu pasukan yang patut saya sertai kerana antara sebabnya kelab itu profesional dan serius untuk mencapai kejayaan.”

“Selain itu saya teringin mewakili Pahang ketika saya mula beraksi bersama Negeri Sembilan pada 2017 selain pernah menentang pasukan itu dalam saingan Piala FA, membuatkan saya memasang impian suatu hari nanti ingin menyarung jersi pasukan itu.”

“Saya rasa mampu bermain di Pahang dan pastinya akan gembira kerana tempatnya yang menarik untuk saya tinggal dan ia bonus buat keluarga saya, malah penyokong mereka juga terbaik.

“Saya memandang ke depan untuk permulaan liga 2021 dan berharap dapat memberi impak yang positif kepada pasukan itu sebagaimana ketika mewakili TFC selama tiga musim,” katanya kepada Sukan NSTP melalui aplikasi WhatsApp kerana dia sudah pulang ke negaranya, England Khamis lalu.

Seterusnya Lee Tuck mahu mencurahkan pengalaman yang ada pada dirinya untuk membimbing para pemain lebih muda.

“Impian untuk membantu pemain muda dan membangunkan pasukan Pahang membuatkan saya menyertai selama dua tahun bersama pasukan itu kerana saya nak menjadi sebahagian dalam pasukan Pahang untuk tempoh yang panjang.”

“Lagipun saya berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Malaysia, jika boleh menjadi pemain naturalisasi itu lebih baik kerana hanya semusim lagi untuk mencukupkan syarat selama lima tahun menjadi pemain berkenaan.”

Sumber: BH Online

Baca yang lain