Leeds Dan Burnley Desak Premier League Untuk Potong Mata Everton Kerana Melanggar FFP

Everton baru sahaja memastikan tempat mereka dalam Liga Perdana Inggeris untuk musim depan dengan kemenangan dramatik ke atas Crystal Palace.

Namun dua lagi pesaing mereka tidak berpuas hati dengan Everton.

Leeds dan Burnley mengancam untuk membawa tindakan undang-undang selepas menuduh Everton melanggar peraturan perbelanjaan Liga Perdana ataupun financial fair play / FFP.

Kedua-dua kelab telah bergabung tenaga dan telah menulis surat rasmi mengkritik Everton serta Premier League.

Leeds dan Burnley memberikan amaran bahawa mereka boleh menuntut ganti rugi besar daripada penyingkiran mereka sedangkan Everton melanggar peraturan FFP dan wajar dipotong mata.

Peraturan keuntungan dan kemampanan kewangan Liga Perdana membenarkan kelab menanggung kerugian maksimum £105 juta dalam tempoh tiga tahun. Dan jika gagal dipatuhi, kelab berdepan kemungkinan pemotongan mata.

Pemilik Everton Farhad Moshiri telah membiayai kelab itu manakala Alisher Usmanov juga telah menjadi pelabur besar dana kelab tersebut sehinggalah dia dikenakan sekatan baru baru ini.

Everton melakukan perbelanjaan besar pada bulan Januari dengan membawa masuk Vitaly Mykolenko dengan bayaran £17 juta, Nathan Patterson dengan harga £12 juta, dan perjanjian pinjaman untuk Dele Alli dan Donny van de Beek yang membantu mereka terus kekal Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ke atas Crystal Palace.

Burnley dan Leeds bimbang bahawa Everton telah dibenarkan bermain tanpa sekatan atau siasatan yang boleh memberi mereka kelebihan yang tidak adil dalam perbelanjaa.

Mereka mahu siasatan bebas dijalankan untuk memutuskan sama ada Everton telah melanggar peraturan Liga Perdana Inggeris dari segi peraturan FFP yang telah dipersetujui oleh semua 20 kelab.

Kedua-dua kelab itu berjuang untuk kekal dalam EPL. Dan mereka telah bersuara tentang perkara itu.

Lebih menarik, ada beberapa kelab menyatakan sokongan kepada usul yang dibangkitkan Leeds dan Burnley, kerana mereak juga tidak berpuas hati dengan perbelanjaan Everton dan mempersoalkan isu intergriti.

Premier League kini berdepan dengan isu besar. Mereka harus memutuskan sama ada memotong mata Everton terutama sekali menjelang AGM akhir musim pada 9 Jun.

Jika itu berlaku, ianya adalah tindakan yang paling serius sejak West Ham United membayar pampasan sebanyak £20 juta kepada Sheffield United selepas didenda — berbanding dengan dikenakan hukuman pemotongan mata — pada 2007 kerana melanggar peraturan perjanjian pihak ketiga dalam menandatangani Carlos Tevez.

Gol bekas penyerang West Ham Tevez ketika itu telah membantu kelabnya kekal dalam EPL dan mengorbankan Sheffield United dan kini Burnley dan Leeds berisiko berdepan masalah yang sama.

Tetapi laporan oleh Mirror UK menegaskan bahawa ia adalah isu yang lebih besar, malah berpotensi menjejaskan Arsenal jika mereka tewas kepada Everton dalam usaha mereka mahu ke UCL musim hadapan.

Misalnya, Everton menang ke atas Arsenal dan Spurs turut tewas kepada Norwich. Arsenal mungkin menuntut 3 mata diberikan kepada mereka. Bagaimana pula dengan perlawanan lain melibatkan Everton sepanjang musim ini?

Mirror Sport menyatakan bahawa mereka sudah menghubungi Liga Perdana Inggers tentang perkara itu, dan buat masa ini, panatian liga Inggeris itu enggan mengulas.

Kelab boleh menghapuskan kerugian yang disebabkan oleh wabak Covid tetapi Leeds dan Burnley mendakwa bahawa pemfailan Companies House menunjukkan Everton menanggung kerugian lebih daripada tiga kali ganda berbanding kelab lain yang dianggap sama jumlah pendapatan dengan mereka.

Everton menanggung kerugian £371.8 juta dalam 3 tahun terakhir ini. Mereka sebelum ini diancam dengan pemotongan mata. Namun sehingga ke hari ini tiada tindakan dikenakan ke atas mereka.

Namun Everton yakin mereka sudah menepati piawaian FFP. Menganggap tuduhan Leeds dan Burnley sebagai tak berasas.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di