Leicester Tersingkir Dari EPL Selepas Menjuarainya 7 Tahun Lalu

Gol menakjubkan Abdoulaye Doucoure untuk Everton memastikan tempat mereka dalam Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan dan menghantar Leicester City dan Leeds United ke Liga Kejuaraan.

Leicester berjaya melakukan bahagian mereka dengan mengalahkan West Ham United, dengan Leeds sah tersingkir kerana tewas kepada Tottenham Hotspur.

Tetapi kemenangan Leicester itu adalah sia-sia kerana keputusan dicatatkan Everton.

Everton mempunyai kelebihan menjelang hari terakhir musim ini, kerana mengetahui bahawa dengan kemenangan bermakna mereka akan terus kekal di EPL.

Leicester telah memberi diri mereka sedikit harapan pada hari terakhir dengan mengesahkan keputusan seri dengan Newcastle United dalam perlawanan sebelum ini.

Leicester menghidupkan peluang mereka untuk kekal dengan gol oleh Harvey Barnes meletakkan mereka di hadapan West Ham.

Pada ketika itu pasukan Smith kekal di peringkat teratas dan berjaya menolak Everton ke divisyen kedua buat kali pertama dalam tempoh 70 tahun, tetapi masih ada banyak masa lagi yang tinggal.

Leeds kemudian ketinggalan dua gol hanya beberapa minit selepas permulaan separuh masa kedua dan nampaknya pasti mereka sah akan tersingkir.

Doucoure kemudian menjaringkan gol di Goodison Park, sekali lagi membawa pasukan Dyche keluar dari zon penyingkiran.

Leicester kemudian menggandakan pendahuluan menerusi Wout Faes tetapi masih memerlukan gol untuk Bournemouth untuk keluar dari kedudukan mereka di kelompok tiga terbawah.

Harapan muncul sekali lagi untuk Leeds apabila Jack Harrison mengurangkan separuh defisit di tangan Spurs apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-67 tetapi Kane menggandakan jaringannya untuk petang itu hanya dua minit kemudian.

Pablo Fornals mencetak satu gol untuk pasukan David Moyes.

Kemudian Lucas Moura menjaringkan gol pada penampilan terakhirnya untuk Spurs.

Penyelamatan lewat Jordan Pickford menafikan percubaan Matias Vina pada lewat masa kecederaan adalah yang penting dan ia telah membantu mengekalkan Everton dalam Liga Perdana Inggeris.

Leicester yang bergelar juara EPL beberapa tahun lalu dan menjadi juara Piala FA, akhirnya menamatkan kisah dongeng mereka dengan kembali semula ke liga Kejuaraan.

Bagi Leeds United projek Marcelo Bielsa nampaknya bakal menjadi tinggal sejarah. Kerana kelab itu telah gagal meneruskan legasi DNA murderball oleh Bielsa.

Leicester bergelut untuk mengekalkan diri mereka sebagai pasukan yang kuat selepas kejuaraan EPL tujuh tahun lalu.

Ini kerana mereka seringkali kehilangan pemain pemain penting dalam skuad mereka.

Namun peminat Leicester pastinya tidak harus terlalu bersedih. Sebaliknya lebih menghargai apa yang telah berlaku pada kelab itu pada era Jamie Vardy.

Mereka kembali ke EPL pada masa itu, kemudian menjuarainya. Musim berikutnya menjadi pemenangn Perisai Komuniti.

Leicester turut mara sehingga ke suku akhir UCL. Dan beberapa tahun kemudian menjuarai Piala FA.

Baca yang lain